Ramai Pengguna IG Muat Naik Gambar Beli PS5, Rupanya Guna Filter Je

Share

Semalam, ramai yang memuat naik gambar Sony PlayStation 5 (PS5) dan menyatakan bahawa mereka sudah mendapatkan permainan video idaman ‘kaki gamers’ itu. Pelik juga, sedangkan PS5 belum lagi dilancarkan di negara kita, tetapi bagaimana mereka sudah memilikinya?

BACA: Sony PS5 Mungkin Akan Dijual Dengan Harga Serendah RM1,677

Nah, jangan tertipu lagi. Ia sebenarnya dalah satu filter di Instagram yang telah dicipta oleh @aroneverthing dan tidak sangka ia menjadi tular dengan pantas.

Filter ini membolehkan pengguna Instagram meletakkan PS5 tersebut dimana-mana yang mereka mahu kan dan paling menarik, ia memang nampak ‘real

’. Maka, tidak hairanlah jika ada yang terpedaya pada mulanya.

Korang boleh mencari filter ini dengan carian ‘PS5 Box’ dan jika tidak ingin filter PS5 ini dipamerkan, tekan sahaja simbol save

. Filter ini juga membolehkan korang untuk ‘adjust’ saiz permainan video tersebut supaya lebih nampak real.

Ha, menarik kan? Kalau tak mampu beli, bolehlah feeling-feeling guna filter ni kan? Hiks!

IKLAN