Ramai Percaya Ambil Air Tulang Belakang Boleh Lumpuh, Doktor Jelaskan Mitos Berleluasa Ini

Share

Jangan bagi doktor ambil air tulang belakang, boleh lumpuh. Bukan itu saja, sakitnya ambil air tulang belakang membuatkan pengidapnya menderita sakit tulang belakang.

Ini antara mitos yang jutaan orang mempercayainya, namun doktor perubatan Dr Khairul  Faizie Mohammad Kamar menulis ilmu di fbnya yang sangat bermanfaat untuk kita membacanya.

Berapa ramai yang masih percaya, bahawa prosedur ” AMBIL AIR TULANG BELAKANG BERISIKO MENYEBABKAN LUMPUH”.

Pengambilan air tulang belakang biasanya bagi mengesan masalah penyakit terutama meningitis

Itu adalah mitos paling hebat tentang prosedur ini.

Ambil air tulang belakang, dipanggil LUMBAR PUNCTURE, LP atau Spinal Tap.
Ianya adalah prosedur yang SELAMAT dan TIDAK akan menyebabkan lumpuh.

Memang biasa ahli keluarga / kawan2 akan beria ia nasihatkan jangan benarkan buat prosedur ini, lebih lebih lagi dalam kes kanak kanak / baby.

Pesakit yang awalnya yakin nak buat, rasa pressure dan mula jadi was-was sebab saranan yang tak berasas ini.

Tolong faham doktor tak saja-saja nak buat LP tanpa sebab. Doktor pun banyak kerja lain nak buat.

Pengambilan air tulang belakang biasanya dilakukan ketika pesakit dalam keadaan sedar dengan posisi yang betul dan tepat

Bila ada keperluan mendesak, baru kita minta kebenaran buat LP. Antara keperluan untuk buat LP ialah:

-Untuk mengesan jangkitan yang berlaku di otak atau saraf, contohnya penyakit Meningitis

– Untuk membuat diagnosis tepat tentang penyakit keradangan yg melibatkan otak / sistem saraf tunjang( inflammatory neuropathy).

– Untuk mengukur tekanan dalam otak dan saraf tunjang

– Untuk pemberian ubat

– Untuk prosedur pembiusan ( spinal anaesthesia)

Air tulang belakang itu dipanggil Cerebrospinal fluid, CSF


CSF ada glucose, protein, dan sel sel.
Apabila CSF di kaji, doktor akan melihat bacaan sel darah putih( yg lawan jangkitan), bacaan protein, glucose, dan melihat kehadiran bakteria, fungus, ataupun kalau wujud sel sel yang abnormal.


Kenapa tak boleh lumpuh lepas buat LP?

Sebabnya, prosedur ini dibuat di level tulang vertebra lumbar L2 ke bawah. Kenapa? Sebab saraf tunjang ( spinal cord org dewasa) berakhir di level L1 (Lumbar 1). Dan prosedur LP untuk dewasa dibuat selalunya di level L3/L4 atau L4/L5, atau L5/ S1.

So, memang tak logik akan lumpuh sebab tiada saraf tunjang yang akan dicucuk. Prosedur LP ini sendiri pun memang tak akan dicucuk jarumnya dalam-dalam. Imagine la korang kena ambik sample darah. Ada ke doktor cucuk jarum kat lengan tu, sampai tercucuk dalam sangat sampai ke tulang? Tak kan?


Untuk kes baby baru lahir, saraf tunjang berakhir di level antara L1 ke L3. Jadinya, kalau perlu buat LP dalam baby, doktor akan cucuk jarum bawah lagi, jauh dari level ni…di level L4/S1 umpama nya.

ARTIKEL LAIN : 5 Punca Kenapa Makin Ramai Anak Muda Kena Slipped Disc #1 Selalu Memandu Kenderaan

ARTIKEL LAIN : Patutlah Wanita Mudah Kena Kanser Payudara, Hari-hari Kita Makan Makanan Ini

Side effect paling biasa lepas LP?

Sakit kepala yang dipanggil Post Spinal Headache. Ini common, jangan risau,tak bahaya. Tak perlu rawatan pun, hanya bed rest..beberapa hari ia akan hilang sendiri.

Ada banyak aspek tentang LP yang aku nak cerita, tapi key point paling penting ialah AMBIL AIR TULANG BELAKANG TIDAK AKAN MENYEBABKAN LUMPUH.

Published by
Almaswa Haji Che Ros