Isi Kandungan

 

Seakan dah menjadi adat sekarang sewaktu majlis pernikahan dan majlis resepsi, pengantin millennial akan mengambil khidmat gadis bridesmaids dan dulang boys.

 

Dulang boys ni, tak adalah selalu sangat ada kerana ia bergantung kepada skala majlis tersebut. Kalau setakat di rumah, tak perlu lah kot.

Tapi lain pula ceritanya dengan bridemaids yang akan mengiringi pengantin perempuan. Sama ada majlis tersebut grand ataupun biasa-biasa, bridesmaids sudah menjadi seolah-olah ‘satu kewajipan’.

Ramai Perempuan Tak Faham Tugas Sebenar Bridemaids, Bukan Setakat Angkat Dulang Okay
Dulang boys atau best men ni pun antara konsep yang semakin popular

Bagi REMAJA, okay je kalau mereka ada kerana sebagai seorang pengantin, dia dah tak menang tangan nak buat segalanya pada hari perkahwinan. Korang sebagai bridesmaids pun suka kan kalau dapat melaram matching dengan kawan lain.

Tapi itulah masalahnya, bridesmaids BUKAN sekadar PAKAI BAJU CANTIK dan pergi photoshoot je!

Seorang pengguna Twitter, Sue Kz telah berkongsi apa sebenarnya tugas korang sebagai bridesmaids. Mungkin Sue ni pernah geram kot tengok bridesmaids tak buat kerja hehe… sorry!

 

 

01

Biasanya pengantin akan sponsor baju pembawa dulang, pengiring dan pengapit ni. So korang kenalah first and foremost berterima kasih sikit dengan pengantin! Jangan setakat WhatsApp cakap thanks je.

Ramai Perempuan Tak Faham Tugas Sebenar Bridemaids, Bukan Setakat Angkat Dulang Okay

02

Sebelum bermula majlis, dapatkan password telefon pengantin. Nanti leceh asyik kena tanya dia bila nak bergambar atau bila ada yang menghantar WhatsApp.

 

03

Ramai Perempuan Tak Faham Tugas Sebenar Bridemaids, Bukan Setakat Angkat Dulang Okay

Selain membawa dulang, bridesmaids perlu bersiap sedia untuk membantu keluarga si pengantin sebelum, semasa dan selepas majlis. Jangan hanya terperam dalam bilik bersama pengantin perempuan dan iringi je.

 

04

Kalau nampak keluarga pengantin tak cukup orang, tawarkan diri untuk menjadi usherette, pemberi door gift atau tukang ambil hadiah.

 

05

Ramai Perempuan Tak Faham Tugas Sebenar Bridemaids, Bukan Setakat Angkat Dulang Okay

Sebagai bridesmaids, korang kenalah kenal betul-betul keluarga pengantin, terutamanya ayah dan ibunya. Malulah datang majlis orang, parents pun tak kenal.

 

06

Ramai Perempuan Tak Faham Tugas Sebenar Bridemaids, Bukan Setakat Angkat Dulang Okay

Bila dah seronok melayan tetamu atau bergambar, keluarga pengantin kadangkala terlepas pandang beg dan barangan berharga yang ada di atas kerusi dan meja. Tolong mereka untuk menjaga barang-barang tersebut.

 

07

Ramai Perempuan Tak Faham Tugas Sebenar Bridemaids, Bukan Setakat Angkat Dulang Okay

Bukan senang okay pengantin nak berjalan dengan baju meleret. So, tolong dia angkat baju semasa naik tangga, tarikkan kerusi makan dan sediakan compact powder di dalam tas tangan in case muka pengantin mula berminyak.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI