Sewaktu musim perayaan pastinya ramai yang pulang ke kampung lebih-lebih lagi selepas dua tahun tidak menyambut lebaran bersama keluarga tersayang. Bila dah ramai dalam satu rumah, maka banyak jugalah telefon bimbit yang bakal ‘berebut’ untuk mencari tempat caj.
Apa yang biasa dilakukan, kita akan menambah ‘extension’ untuk memudahkan urusan penggunaan elektrik bagi kerja-kerja mengecas atau pun selainnya. Namun, masih ramai yang tidak faham tentang extension plug socket
.Jika korang pasang banyak seperti dalam gambar tetapi hanya digunakan secara serentak semuanya untuk mengecas telefon bimbit atau digunakan untuk alasan setiap satunya tidak melebihi 1 amp (ringan) dan tidak kekal ON sepanjang hari, maka ia tidak mempunyai sebarang masalah kerana soket plug utama boleh menahan sehingga 13 amp beban maksima.
Tetapi, ia menjadi bahaya apabila pengguna menggunakan secara serentak semua socket extension tersebut dengan alatan-alatan yang high amp seperti cerek air (8 amp), periuk nasi (8 amp), seterika (5 amp), peti sejuk (3 amp), portable air conditioning
1.5 hp (5.5 amp) dan lain-lain.Sepatutnya MCB C20 akan trip kerana overload, tetapi ramai dikalangan rakyat Malaysia menggunakan DB Automatic jenis murah dan berkualiti rendah. Jadinya, MCB murah tersebut tidak trip walaupun amp tengah overloading.
Kabel akan menjadi semakin panas, soket plug akan cair, penebat kabel mula pecah dan berlakunya lintar pintas. Cut Out (fius luar di meter) di bypass dengan wayar tembaga tebal dan tidak putus. Kabel mula terbakar lalu membakar kayu rangka bumbung rumah dan dalam masa kurang 10 minit bahagian bumbung akan marak api dan berlakulah kebakaran akibat lintar pintas.
Jadi selepas ini diharap korang lebih berhati-hati terutamanya apabila menggunakan extension plug. Jangan kerana nak mudah, akibatnya bakal memusnahkan segalanya. Stay safe guys!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.