Wow! Foto terbaru pelakon, Rebel Wilson yang popular dengan watak Fat Amy menerusi filem Pitch Perfect telah menarik perhatian warganet disebabkan perubahan mendadak bentuk badannya yang semakin langsing.
Sebelum ini, REMAJA pernah berkongsi berkenaan kisah Rebel yang mula kelihatan berbeza sejak September tahun lalu. Nampaknya, Rebel meneruskan usahanya itu bagi tujuan kesihatan dan tentunya imej menawan.
ARTIKEL BERKAITAN : 2020 Tahun Kurus Rebel Wilson. Korang Bagaimana? – REMAJA
Rebel pernah berkata pada tahun 2020 bahawa dia mahu komited menjalani kehidupan yang lebih sihat. Seawal Mei 2020, dia sudah kehilangan hampir 14kg dan jumlah itu mencecah hampir 30kg menjelang suku pertama tahun 2021.
Khabarnya, penurunan berat badan drastik Rebel sehingga 30 kilogram ini berhasil dengan hanya menukar pola pemakanan kepada diet berprotein tinggi. Now, apakah yang dimaksudkan dengan diet tinggi protein ini?
Ia merupakan sejenis pola diet yang dipopularkan oleh Dr. Atkins dengan pengambilan protein tinggi dan rendah karbohidrat (serendah 100g sehari) demi penurunan berat badan pantas.
Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai diet berprotein tinggi.
- Berat turun cepat : Penurunan berat badan drastrik pada permulaan adalah penurunan kandungan air. Apabila kita tiba-tiba mengelak karbohidrat, badan akan memasuki mod ‘flush’ dan membuang air berlebihan. Di sini, korang boleh kurangkan 3-4kg pada minggu pertama.
- Kurang lapar : Ini kerana paras insulin menjadi rendah dan tidak mempengarahi nafsu makan.
- Jangka masa panjang : Walaupun perubahan pada berat badan adalah pantas, tetapi seseorang itu perlu melakukannya untuk jangka masa yang panjang. Berapa lamakah korang boleh mengelak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bi-hun, roti dan buah?
- Ketosis dan ketones. Dengan ketiadaan karbohidrat, badan terpaksa memecahkan lemak sebagai sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperolehi daripada ketones iaitu produk sampingan daripada ketosis.
BAGAIMANAPUN, pengambilan protein berlebihan boleh memberi tekanan kepada fungsi ginjal kita. Pengambilan berlebihan ini akan meningkatkan ‘kerja’ ginjal dan sudah tentu lebih banyak wear and tear akan berlaku jika ia berteruskan untuk jangka masa berpanjangan.
*
Selepas berjaya menurunkan berat badan, pelakon kelahiran Australia ini mendedahkan perubahan paling ketara yang berlaku kepada dirinya adalah bagaimana orang di sekeliling melayannya sekarang berbanding semasa berbadan gempal.
“Dahulu, Kadang-kadang orang tidak akan menoleh dua kali kerana saya bersaiz besar. sekarang apabila saya dalam keadaan yang baik, ada yang menawarkan diri untuk membawa barangan saya ke kereta dan memegang pintu untuk saya. Saya terfikir, adakah ini yang orang lain rasai selama ini?”
Sememangnya Rebel sanggup untuk berdiet sakan demi mendapatkan bentuk badan yang lebih sihat secara semula jadi. Korang sanggup tak jika tidak makan nasi sehari? Hehe..
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi kisah penurunan berat badan pemenang anugerah Grammys, Adele.
ARTIKEL BERKAITAN : Penampilan Pertama Adele Dengan Tubuh Slim! Rahsianya, Diet Sirtfood – REMAJA