Ramai ‘Terkena’ Dengan Roti Baharu Perisa Pandan, Sekali Beli Rupa-Rupanya..

Share

Roti favorite masyarakat Malaysia, Gardenia telah pun memperkenalkan perisa terbaharu mereka iaitu Pandan Kelapa. Namun begitu, ramai pembeli yang rasa ‘tertipu’ kerana roti yang mereka dibeli rupa-rupanya bukanlah perisa terbaharu.

Seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai syesenaa_, dia turut tertipu dengan tagging Pandan Kelapa yang dibelinya. Roti yang dibeli oleh syesenaa_

itu bukanlah roti berperisa pandan, sebaliknya ia adalah roti putih yang biasa.
@sysenaa_Saya tak keseorangan kan? 🤣 ##MalaysiaDiHatiku ##kitajagakita ##smallbusinessmalaysia ##kitasupportkita ##smallbusiness ##tiktokmalaysia♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect

Kami tersenyum menonton video yang dimuat naik oleh gadis itu kerana baru-baru ini, penulis juga turut ‘terkena’ kerana menyangka ia adalah roti berperisa pandan.

Punyalah excited nak rasa perisa baharu, pandan pula tu memang favorite kami. Sekali balik rumah hampa bila tengok roti yang nak dimakan itu berwarna ‘putih’. Hiks!

Rasanya bukan seorang dua rakyat Malaysia yang ‘terkena’, ramai juga yang berkongsi nasib yang sama dan meluahkan diruangan komen TikTok gadis itu.

Haih, macam-macam. Pengajaran untuk kita semua, lain kali sebelum beli jangan main ambil sahaja, baca dulu pengerangan dan bahan kandungan, paling tidak pun belek-beleklah sampai korang puas hati dengan produk yang nak dibeli itu. Hiks!

Difahamkan, roti perisa Pandan Kelapa ini hanya dijual pada setiap hari Rabu dan Sabtu. Nah, makin berebutlah orang nak beli lepas ni.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman