Ramai Tidak Perasan ‘Busana Bunga’ Aina Abdul Berkembang Atas Pentas AJL-36!

Share

 

Sebut saja nama Aina Abdul, pastinya tiga perkara ini akan terlintas di minda; vokal yang mantap, kreativiti dalam mencipta dan keberanian memperagakan pelbagai jenis busana!

Aina boleh dianggap sebagai salah seorang selebriti Malaysia pada zaman ini yang tidak gentar untuk berkolaborasi dengan mana-mana pereka fesyen dan jurusolek.

Pasukan penata gaya Aina mengerti akan keterbukaan dan kebebasan yang diberikan oleh Aina untuk mempersiapkannya bagi persembahan sebesar pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 semalam dan percubaan kali ini nyata tidak mengecewakan.

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Gaya Fesyen Yang Mendominasi Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 – REMAJA

Aina yang muncul sebagai peserta kedua bersama-sama Khai Bahar menerusi lagu Nafas Cinta telah mencuri perhatian ramai penonton apabila dia tampil unik dalam persalinan Melinda Looi Couture.

Adi busana berkonsepkan taman flora itu sarat dengan perincian motif bunga pada fabrik dan lingkaran dedaun serta kelopak bunga di sekelilingnya.

Sumber Foto : Badrul Azhar

Apa yang menarik adalah kesemua kelopak tersebut merupakan bunga segar ya! Sepanjang hari sebelum AJL bermula semalam, pasukan Melinda Looi telah berhempas-pulas mengambil bunga-bunga segar untuk dilekatkan pada busana krim dengan siluet ala bell skirt.

Kemudian, Aina mengenakan pula satu lagi lapisan korset di atasnya yang dikerumuni dengan pelbagai jenis bungaan dan dedaun bagi mencipta ‘taman bergeraknya’.

Ya ia boleh bergerak!

Melinda Looi. Sumber Foto : Badrul Azhar

Beberapa tangkai yang disambungkan dengan korset tersebut boleh ‘berkembang’ ke atas ibarat bunga sebenar pada pagi hari.

Cuma, disebabkan momen tersebut tidak ‘ditangkap’ oleh kamera sewaktu Aina dan Khai menyanyikan lagu Nafas Cinta semalam, maka penonton di rumah tidak perasan akan momen istimewa itu.

Melinda Looi bersama Aina Abdul di belakang pentas. Sumber Foto : Badrul Azhar
(Dari Kiri) Khai Bahar bersama Aina Abdul. Sumber Foto : Badrul Azhar

Apapun, usaha Aina dan Khai semalam nyata berbaloi apabila pasangan duet itu diundi sebagai Penyanyi Pilihan Popular AJL ke-36. Tidak lama kemudian, Aina diumumkan sebagai penerima Vokal Terbaik menerusi lagu Sepi.

BACA LAGI : 30 Perkataan ‘Fool’ Gambaran Gadis Bangkit Semula – Pereka Fesyen Aina Abdul – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ