Bagi golongan perempuan, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah dibolehkan seorang wanita itu memotong kuku atau menggunting rambut ketika mereka berada dalam hadas besar seperti haid dan nifas?
Nah, mungkin kita sering mendengar kata-kata orang yang mengatakan haram bagi seorang wanita memotong kuku atau rambutnya ketika datang haid, namun persoalannya adakah ia memang benar-benar haram?
Gambar hiasan
Tidak dinafikan sedari kecil, kami juga menyangka bahawa perbuatan ini haram dilakukan ketika haid. Jadi, bila dah dewasa timbul pula rasa keliru kerana ada yang kata haram dan ada pula yang berkata tidak haram.
Menyentuh tentang isu ini, jom kita baca kupasan daripada PU Azman yang pernah dikongsi di laman Instagramnya.
Foto: Instagram PU Azman
Menurutnya, tiada dalil yang melarang wanita yang sedang dalam haid, nifas atau hadas besar, junub untuk memotong kuku, rambut dan bulu. Dan mereka juga tidak perlu membawa semua yang dah dipotong ketika mandi wajib kerana tiada dalil yang mewajibkannya.
Ads
Sebelum ini mungkin korang juga pernah mendengar bahawa setiap kuku atau rambut yang dipotong ketika haid perlu dibawa bersama ketika mandi wajib atau ditanam, tapi PU Azman telah pun menerangkan bahawa ia sebenarnya tidak perlu.
Katanya lagi, tidak ada kaitan langsung kuku atau bulu yang tak dimandikan sekali akan memberi kesan buruk di akhirat kerana tiada dalil tentang itu. Disebabkan ini membuatkan perempuan takut untuk memotong kuku ketika haid.
Ads
Kredit foto: The Guardian
Terdapat sebuah hadis ketika Aisyah, isteri Nabi SAW menunaikan haji Wada’ bersama Nabi dan ketika itu Aisyah sedang dalam haid dan Nabi memintanya untuk mandi dan bersisir.
Maksud hadis: “Uraikan rambutmu dan bersikatlah. Serta berihlal (talbiyah) dengan haji dan tinggalkan umrah,” (Bukhari Muslim).
Ads
Daripada hadis ini, kita semua sedia maklum bahawa bersikat akan mengundang risiko menggugurkan rambut sedangkan Nabi tidak langsung mengingatkan Aisyah tentang rambut gugur yang mesti dibawa ketika mandi wajib nanti.
Jadi kesimpulannya, korang BOLEH/HARUS potong rambut dan kuku ketika haid atau dalam hadas besar. Tidak wajib tanam kuku atau bulu atau rambut yang sudah dipotong. Buang sahaja dengan baik, disamping menjaga kebersihan. Kalau nak tanam, terpulang. Tapi, kalau nak tanam dengan kepercayaan tertentu, maka khurafat.
Maka dengan pencerahan ini diharap dapat memberikan keterangan yang jelas untuk golongan perempuan yang mungkin selama ini keliru tentang isu tersebut. Jadi, tak perlulah lagi kita nak sampaikan info-info yang tidak betul dan menggelirukan orang ramai.
Januari lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai seorang remaja bernama Zoe Gabriel yang bertukar tular setelah dirinya dimalukan netizen hanya kerana menggayakan beg berjenama Charles & Keith dan menggelar beg yang dibelikan oleh ayahnya itu sebagai ‘barangan mewah’.
Berkat kesabaran Zoe apabila menjadi mangsa buli siber di media sosial, wakil jenama Charles & Keith Singapura sendiri telah merapati Zoe dan mengundang gadis berusia 17 tahun itu bersama-sama ayahnya untuk melawat ibu pejabat mereka.
Tambah istimewa apabila Zoe menerima hadiah berupa dua beg tangan baharu Charles & Keith!
Terkini, Zoe menerima satu lagi layanan istimewa apabila dia dilantik sebagai model bagi sebuah kempen koleksi Charles & Keith baharu.
Kempen bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 ini menampilkan Zoel dengan model beg tangan Alia Chain-Strap Crossbody Bag – salah satu model beg kegemaran pembeli Charles & Keith – dalam rona ungu.
Bagi meraikan kempen tersebut bersama penggemar jenama Charles & Keith, ia turut memaparkan coretan tulisan tangan Zoe yang berbunyi;
“Wanita adalah ibarat bunga. Masa dan keperluan untuk kita mengembang mungkin tidak sentiasa selari, tetapi itu adalah OK.
“Kita ibarat hamparan ladang popi dan tasik yang dipenuhi bunga teratai – berbagai-bagai dan menonjol dengan perbezaan, cantik dengan cara tersendiri.
“Sempena Hari Wanita Sedunia pada kali ini, ayuh kita raikannya dengan penuh belas kasihan. Let us celebrate with equality through equity, sebagaimana bunga-bungaan.”
Menariknya, daripada beberapa hantaran foto kempen tersebut yang dimuat naik oleh akaun rasmi Charles & Keith semalam, foto Zoe ini telah menerima jumlah likes dan komen terbanyak; iaitu melebihi 12,800 likes dan 532 komen.
Rata-rata daripada netizen terinspirasi dengan kisah Zoe yang tidak mudah patah semangat dek kritikan warga digital dan kini berjaya sampai ke tahap menjadi duta jenama fesyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, kejohanan terbesar dunia bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 akan berlangsung kira-kira sebulan sahaja dari sekarang. Bersiaran langsung dari Qatar bermula 20 November 2022 untuk edisi ke-22 ini, perlawanan pertama di antara negara tuan rumah menentang Equador dijangka bakal disaksikan oleh berjuta-juta penduduk dunia.
Hmm, tapi bagi penonton di Malaysia yang tidak berkesempatan untuk ‘terbang’ ke Qatar untuk merasai kemeriahan perlawanan di sana, apa cara terbaik agar korang tidak terlepas peluang menonton kesemua saingan pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan terbaik dunia itu?
Jangan risau! Korang tidak akan terlepas punya dengan adanya NJOI.
Bagi menikmati keterujaan sama seperti berada di dalam stadium, NJOI menjanjikan keselesaan menonton kesemua 64 perlawanan bola sepak dalam Definisi Tinggi (HD) dari rumah.
Menariknya, korang tidak perlu terikat dengan kontrak baru ataupun bil bulanan baru. Dengan NJOI, korang hanya perlu membayar untuk setiap perlawanan yang korang tonton SAHAJA.
Dapatkan NJOI HD box pada harga RM414 sekaligus jimat RM95 dan nikmati pas istimewa Piala Dunia 2022. Selain pas ini, korang juga akan mendapat Pek HD 30 Hari, baucar GO SHOP RM50 (untuk pembelian 50 terawal sahaja) dan pelan sooka VIP+Sports 30 hari PERCUMA.
Bagaimana pula dengan pelanggan NJOI sedia ada? Korang pun tidak akan terlepas kelebihan sempena kejohanan tahun ini apabila NJOI menawarkan pas istimewa Piala Dunia 2022 dengan diskaun promosi ‘early bird’ bernilai RM10.
Bukan setakat itu, 50 pelanggan NJOI juga akan memperolehi baucar GO SHOP bernilai RM30 pada setiap minggu dan mendapat pelan sooka VIP+Sports 30 hari PERCUMA.
Dengan segala tawaran menarik ini, pastikan korang tidak terlambat untuk melanggan pas Piala Dunia 2022 menerusi aplikasi My NJOI. Ingat, tawaran sah sehingga 15 November sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Vaksin Covid-19 dari syarikat farmasi terkenal dunia Pfizer-BioNTech baru tiba di Malaysia Februari lepas. Vaksin tersebut kini diagihkan kepada frontliner seperti kakitangan kesihatan, polis dan tentera serta diikuti dengan mereka yang berada dalam kumpulan risiko seperti orang tua, penyakit tidak berjangkit dan penyakit pernafasan kronik.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), vaksin Pfizer sebanyak dua dos sangat diperlukan bagi membekalkan imuniti yang mencukupi kepada setiap penerima. Suntikan buat pertama kalinya telah menemui reaksi imun yang lemah selepas beberapa mingu kumpulan penerima mengambil dos yang pertama.
Kemudian dos kedua pula diberikan kepada kumpulan penerima yang sama selepas 3 minggu. Dos kedua yang diberikan ini bertujuan untuk melihat keupayaannya dalam mencegah penularan wabak ini.
Tidak cukup 2 dos
Namun, satu kajian yang dilaporkan Mirror UK, para saintis di Itali mendakwa suntikan dua dos vaksin Pfizer kurang menampakkan kesan perlindungan kepada golongan obesiti atau sesiapa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30.
Kepada golongan obesiti atau terlebih BMI, para saintis Itali secara kerasnya mendakwa bahawa golongan ini dipercayai memerlukan kadar dos suntikan vaksin Pfizer yang lebih banyak berbanding dua dos suntikan seperti disarankan oleh Pfizer untuk melindungi diri daripada terjangkiti COVID-19.
Walau bagaimanapun, kajian ini masih belum ada kata sepakat yang kukuh untuk mengesahkan bahawa suntikan vaksin Pfizer ini kurang berkesan kepada golongan obesiti kerana berdasarkan ujian suntikan vaksin Pfizer terhadap 248 orang obesiti di Institut Fisioterapici Ospitalieri di Rom, hanya 26 peserta sahaja dilaporkan mendapat separuh perlindungan antibodi daripada suntik vaksin Pfizer ini.
Jelas sekali walaubagaimanapun kita kena menjaga kesihatan dan elakkan BMI berlebihan. Virus ini tidak mengenal umur dan mampu untuk menjangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada obes atau tidak, kita seharusnya menjaga kesihatan dengan lebih baik lebih-lebih lagi dalam waktu sekarang ni.
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...