“Ramainya Toxic!” Peminat Pertahankan Haqiem Rusli & Kisah Mercedes ‘Semput’ Selepas Isi Petrol

Share

Sedangkan pemandu yang memiliki kenderaan berharga puluhan ribu Ringgit pun akan menyayangi kenderaan mereka bagaikan menjaga anak sendiri, inikan pula jika seseorang itu memiliki kenderaan berharga ratusan ribu Ringgit.

Begitulah perumpamaan yang sesuai dengan situasi yang berlaku kepada penyanyi, Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea.

Menerusi hantaran lewat malam di Instagram, Haqiem meluahkan rasa kecewanya terhadap sebuah stesen minyak yang terletak di Terengganu setelah pihak mereka enggan bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku

Dedah Haqiem, keretanya daripada jenis Mercedes telah mengalami kerosakan selepas mengisi minyak yang didakwa telah bercampur air di stesen itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Reward Yourself…”, Haqiem Rusli Beli Kereta Mewah Di Usia 22 Tahun. Wow! – REMAJA

“Saya dan isteri menegaskan bahawa pihak stesen minyak tidak memberi kerjasama untuk membayar kos membaik pulis kereta saya yang rosak akibat dibekalkan minyak yang bercampur air ketika mengisi minyak di stesen minyak di Bukit Besi, Terengganu.”

“Untuk makluman pada 17 Mac 2023, saya telah mengisi minyak petrol di stesen minyak. Kemudian, saya meneruskan perjalanan keluar dari stesen minyak tersebut tetapi lebih kurang 100 meter, kereta saya menunjukkan tanda amaran dan menyebabkan enjin kereta mati dan tidak dapat dihidupkan semula.

“Kemudia kereta saya terpaksa ditunda ke bengkel autorized Mercedes Benz paling berdekatan yang beralamat di Kuala Terengganu. Pada 19 Mac 2023, Pihak Asbenz Stern Sdn Bdn selaku authorized Mercedes Benz dealer telah memaklumkan kepada saya bahawa kerosakan yang berlaku ke atas kereta saya disebabkan oleh kerana dalam tangki minyak kereta terdapat air yang berlebihan daripada minyak. Pihak Asbenz memberitahu kos untuk membaik pulih kereta saya ini dianggarkan hampir RM50 ribu,” catat Haqiem.

Tambah Haqiem lagi, setakat hari ini sudah hampir sebuulan lebih pihak stesen minyak menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dengan berdiam diri dan gagal memberikan maklu balas biarpun sebelum ini, pihak stesen minyak pernah menghubungi Haqiem untuk meminta kebenaran memindah kereta Mercedes Benz milikny untuk dibaiki di bengkel yang dicadangkan oleh stesen minyak.

Namun kerana kenderaannya masih berada dalam tempoh waranti Mercedes Benz, maka Haqiem dan isteri menolak pelawaan untuk menunda keretanya untuk dipindahkan ke bengkel berlainan.

Ada Netizen Yang Musykil, Peminat Pertahankan

Tinjauan REMAJA di ruang komen mendapati ada segelintir netizen yang sedikit musykil dengan situasi yang dihadapi oleh Haqiem dan isterinya, Anis memandangkan tidak banyak kes sebegini pernah diadukan oleh pelanggan stesen minyak berkenaan sehingga tular.

Kenapa sebiji kereta saja yang kena… kereta lain yang isi di stesen minyak yang sama ada berlaku tak?”

“Cam pelik lak kereta dia je yang kena. Rasanya mesti ramai yang complain kan kalau isi minyak dari tempat yang sama.”

“Yang pelik tu, awat tak ada orang lain senasib Haqiem ni? Ke ada?”

“Dah dah la kau banyak duit baiki kereta mahal kan, pergi je lah towing bawa dekat bengkel yang under waranti Mercedes. Tak payahlah kecoh-kecoh macam ni adeh. Bincang elok-elok, tak payahlah viral sana viral sini. Tak penat ke ayo..”

Begitupun, majoriti peminat Haqiem tampil mempertahankan keputusannya untuk melakukan pendedahan ini secara terbuka dengan menamakan stesen minyak berkenaan dalam kenyataan medianya.

“Banyak je yang kena. Cumanya kes mereka diwar-warkan sebab mereka kan artis.”

“Kenapa ramai sangat yang toxic eh dekat comment ni? Dah kereta dia mestilah dia nak minta ganti rugi.”

“Macam kereta ayah saya jadi kerosakan sama macam Haqiem ni. Kereta jadi semput. Bila dibawa ke bengkel, pomen tu kata minyak bercampur dengan air.”

Sabarlah ya Haqiem dan Anis, harapnya semua urusan membaiki kereta premium ini dipermudahkan.

FOTO: Instagram @haqiemrusli98_

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ