
New year, new me.!
Masuk tahun 2025, trend fesyen dan kecantikan kembali bergelora dengan kebangkitan gaya rambut pendek yang menjadi kegemaran ramai, terutama di kalangan remaja. Gaya rambut french bob yang ‘fresh’, remaja, serta periang, dari Gracie Abram yang trendy pasti menjadi ikutan.
ARTIKEL BERKAITAN : Lihat Stail Rambut Pendek Terbaru Dua Lipa & 4 Selebriti Hollywood Lain. Nak Trylah!
Rambut bob juga serta-merta boleh membuatkan kamu berasa dan kelihatan lebih muda kalau digayakan dengan betul. Bahkan, menampilkan garisan rahang, membuatkan kamu nampak lagi seksi menggoda.
Potongan yang lebih pendek juga boleh membawa kepada rambut yang sihat, dengan membuang sebarang rambut hujung yang bercabang. Yang best, nak rias pun tak makan masa yang lama.
Jom ubah penampilan korang tahun 2025 ini, Ada berani?
BACA LAGI : Hobi Memasak Sejak Kecil, Shafiquecute Dari Makmal Forensik Ke Dapur
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun Sekadar Di Kedudukan Top 40, Wakil Republik Dominican Terima Gelaran Miss World Caribbean 2021

Menjadi lebih dari sekadar peserta di pertandingan yang disertai menjadi idaman buat semua. Ini termasuklah dalam pertandingan ratu cantik. Di pentas Miss World misalnya, pertandingan yang di adakan tahun ini menerima 97 penyertaan dari seluruh dunia.
Pertandingan ini juga dikenali sebagai pertandingan yang paling banyak disertai jika hendak dibandingkan dengan acara lain seperti Miss Universe atau Miss International. Dari 97 peserta kesemuanya dinilai dan ditapis untuk menjadi top 40 dan kemudiannya top 13 dan seterusnya top 6.

Baru-baru ini Miss World telah mengumumkan pemenangnya yang baharu dan memahkotakan wakil Poland, Karolina Bielawska. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi wakil Amerika Syarikat, Shree Saini yang juga layak ke peringkat akhir kerana memenangi kategori Beauty with A Purpose dan wakil Cote D’Ivoire, Olivia Yace. Selain itu turut berada bersama dalam kelompok top 6 adalah wakil Indonesia, Mexico dan Ireland Utara.
Dalam pertandingan ini, selepas malam finale pihak penganjur akan mengumumkan pemenang bagi kategori Continental Queens of Beauty yang mana peserta terbaik dari setiap benua akan dianugerahkan gelaran khas. Salah seorang peserta yang bertuah pada malam itu adalah wakil Republik Dominican, Emmy Pena apabila dia dinobatkan sebagai Miss World Carribean.
“Selepas beberapa bulan menunggu hari yang hebat ini tiba. Sangat tidak dapat dilupakan bagi kami semua yang menjadi sebahagian daripada projek itu. Hari tersebut sangat ajaib bagi saya sehingga ia kelihatan seperti tidak nyata, saya menjalani impian saya yang lama ditunggu-tunggu untuk mewakili negara saya di pentas Miss World dan akhirnya menunjukkan kepada dunia apa yang telah kami usahakan selama beberapa minggu tanpa rehat,” ujarnya di laman Instagram.
Walaupun hanya berada dalam kedudukan top 40, namun dia merupakan peserta terbaik dari benua tersebut dan akhirnya mendapat hak untuk memegang gelaran itu. Selain dirinya, wakil negara lain yang diangkat adalah dari mereka yang berada dalam kedudukan top 6.
BACA JUGA: Carla Yules, Penerus Legasi Kecemerlangan Indonesia Di Pertandingan Miss World

Wakil Indonesia, Carla Yules sebagai Miss World Asia, wakil Cote’ DIvoire, Olivia yace sebagai Miss World Africa, wakil Ireland Utara, Anna Leitch sebagai Miss World Europe dan wakil America Syarikat, Shree Saini sebagai Miss World Americas.
Kenapakah gelaran ini diberikan kepada seorang peserta dari setiap benua? Untuk pengetahuan anda, ereka yang menerima gelaran ini akan turut serta bersama pemenang utama iaitu Miss World dalam menjalankan projek Beauty with A Purpose yang telah sekian lama menjadi salah satu misi bagi organisasi tersebut.
BACA JUGA: 4 Ratu Cantik Yang Membanggakan Malaysia Sepanjang 2021. Menariknya, Mereka Semua Berdarah India

Miss World yang terkenal dengan kerja amal menjadi tunjang kepada pembangunan projek lokal dan setempat bagi membantu masyarakat yang memerlukan sekaligus menyampaikan kesedaran yang positif.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Fashion Show Sekarang Straight Forward, Dulu Model 70-an Kena Feel The Dress..” – Noor Kumalasari

Kemunculan seniwati Noorkumalasari di acara Hijab Fashion Award 2024 yang dibawakan oleh Majalah Nona & Hijabista pada minggu ini telah mengubati rindu ramai peminat beliau.
Kini jarang beraksi kaca televisyen mahupun menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan secara lokal, beliau yang mesra dengan panggilan Kak Noor teruja untuk menghadiri acara tersebut demi menggamit minatnya terhadap bidang fesyen. Tambahan pula mengenangkan beliau pernah menjadi salah seorang supermodel tempatan yang menjadi rebutan sekitar era 60-an ke 70-an sebelum bergelar anak seni.

Kak Noor ketika bercakap kepada rakan media bagaimanapun mengakui ada perbezaan jika melihat kepada persada pentas peragaan dahulu dan sekarang.
“Nak difikirkan fashion show sekarang very straight forward. Tak macam zaman saya dulu, kita memang kena rehearsal dan tiap-tiap kita jalan straight tu kita ada kena pusing ke.. kita swirl ke. Macam-macam stail kita buat, kita pose.
“Tapi sekarang it is just straight catwalking, mudah. Sesiapa yang boleh berjalan lurus dan muka you macam model, you boleh jadi model. Tapi kita dulu tidak. Kita kena ada stail,” ujarnya yang kini sudah menginjak ke usia 67 tahun.
Kenang Kak Noor lagi, stail fesyen dari era 70-an yang lebih ranggi dan eksploratif sedikit sebanyak turut membantu model ketika itu untuk menjiwai karakter di pentas. Mereka bukan sekadar berjalan memperagakan pakaian bahkan perlu ‘beraksi’ dengan mood persalinan yang diberikan oleh pereka fesyen.
“Sewaktu zaman 70-an, bila kita modelling kita ikut feel & mood of the dress. Jika memakai pakaian slim, black & mysterious; (riak) muka kita kita pun kena mysterious.
“Kalau baju kita happy.. sundress, muka kita pun kena senyum. Now, it is all about straight look. Very straight. I think I still prefer those days sebab pada zaman itu, we feel the catwalk. So audience pun boleh feel kita.
“Zaman saya dulu lagi terror pakaian nak dibandingkan dengan sekarang. Sekarang fasal Muslimah dan lebih ramai bertudung. Dulu 70-an tiada lagi, orang yang bertudung di tempat awam pun kurang,” kata penerima anugerah Hijabista Legend Award itu.
Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Kak Noor mengakui dirinya masih menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi tempatan. Namun beliau memilih untuk menolak tawaran-tawaran yang mendatang dengan cara baik mengenangkan dirinya sudah tidak lagi berminat untuk menceburi industri glamor.
“Sekarang saya selesa sebegini. Jaga kucing.. ada 10 kena jaga di rumah kondo saya. Itulah hiburannya hari-hari, macam anaklah. Lagi teruk daripada anak,” seloroh beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dikatakan Tidak Terkenal Sebagai Miss Universe, Harnaaz Sandhu Dituduh Sengaja Gemuk Demi Populariti

Satu detik memalukan dan kekok telah berlaku kepada Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu saat dia membuat kemunculan di sidang media Miss Universe Vietnam 2022 yang berlangsung di Bandar Ho Chi Minh.
Dalam majlis yang turut disertai oleh Miss Universe 2018, Catriona Gray dan Miss Universe 2005, Natalie Glebova itu, seorang wartawan telah bertanya soalan dengan sangat kasar dan dianggap tidak sesuai.
Soalnya kepada Harnaaz, “Sejujurnya apabila anda menang tidak banyak perhatian diberikan kepada anda. Walau bagaimanapun kisah kenaikan berat badan anda telah menjadi perhatian dunia dan kisah tersebut diperkatakan lebih lama berbanding kisah ketika salah juara diumumkan pada 2015.
“Saya musykil, adakah anda dengan sengaja menaikkan berat badan semata-mata mahu menjadi terkenal seantero dunia?
Namun begitu, soalan tersebut telebih dahulu dipintas oleh direktor nasional Miss Universe Vietnam, Hoang Tran Viet Bao, yang mana beliau bertanyakan sama ada wartawan tersebut ada soalan lain kerana soalan yang ditanyakan tidak sopan.
Wartawan tersebut mempertahankan keputusannya untuk bertanya soalan tersebut dan menyamakan kejadian yang berlaku kepada Miss Universe 1996, Alicia Machado yang terpalit kontroversi kerana dia menjadi gemuk selepas memenangi mahkota.
ARTIKEL BERKAITAN: Dari Seorang Atlet Ke Ratu Cantik, Transformasi Naib Juara Miss Global 2022 Tuai Pujian
Ujarnya, “Tidak, saya mahu mendengar sendiri jawapan dari Harnaaz kerana paa 1996, ada juga Miss Universe yang mengalami masalah berat badan, jadi saya ingin dengar apakah mesej yang dia ingin sampaikan.”
Apabila dia berkeras mahukan jawapan, salah seorang wartawan lain yang turut berada di sidang media tersebut menempelak soalan yang ditanya kerana ia menjatuhkan maruah wartawan seolah-olah tidak berpengetahuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu Hidapi ‘Celiac Disease’. Kenali Penyakit Autoimun
“Tentang soalan yang ditanya, terutamanya kepada tetamu antarabangsa, mereka akan mengatakan yang kita kurang pengetahuan. Bukankah Harnaaz sudah dijelaskan sebelum ini yang kenaikan berat badannya disebabkan penyakit celiac yang dihidapinya. Dia bukan melakukan perkara ini dengan sengaja,” kongsi wartawan tersebut yang kurang senang dengan soalan yang diajukan oleh rakan wartawan tempatannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.