Kalau sebut tentang peserta Dewi Remaja, semua akan kaitkan dengan kecantikan..
Rambut yang cantik adalah salah satu elemen penarik mereka. Cer tengok kepada rambut Anzalna Nasir, Raysha Rizrose, Mawar Rashid dan Izara Aishah. Rambut mengurai dan sihat sepanjang masa adalah antara daya attraction mereka.
Salah seorang finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 yang mewakili dewi ‘berambut cantik’ kali ini ialah Fazreen Fazera. Finalis kelahiran Segamat, Johor ini selalu kelihata hair-perfect di dalam foto Instagram dan ketika bertemu live di hadapan mata.
Fazreen yang mesra dengan panggilan Faz berkongsi sikit tip penjagaan rambutnya.
***
Ramai yang gentar untuk mewarnakan rambut atau sekadar highlight kerana faktor rambut rosak. Sebenarnya, rambut rosak boleh terjadi kepada sesiapa saja. Apa yang lebih penting adalah bagaimana korang menjaga rambut.
“Tip ni sebenarnya boleh digunakan bagi rambut yang berwarna ataupun tidak. Faz amalkan syampu rambut selang 2 hari. Ini supaya rambut tak akan cepat kering dan hilang keratin.
“Faz tak amalkan conditioner, sebaliknya lebih suka menggunakan hair mask yang khusus bagi rambut berwarna. Mudah je, biarkan 5 minit sebelum dibilas air.
“Selain itu, Faz rasakan minyak kelapa banyak membantu Faz untuk mendapatkan rambut bersinar dan lembut. Lumurkan minyak kelapa sehingga ke hujung rambut dan biarkan selama 30 minit. Ia berkesan bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut bercabang,” katanya yang lebih yakin dengan warna rambut natural meskipun ditambah highlight.
Seperti Faz, penulis tahu ramai remaja perempuan yang mengalami masalah rambut mudah putus. Ini selalu terjadi kepada korang yang selalu curl rambut dan mengeringkan rambut pada setiap hari. Suhu yang terlampau tinggi menjadikan rambut mudah rosak.
“Faz pun alami masalah sama. Apa yang Faz lakukan adalah kurangkan penggunaan tools panas seperti curler kepada 2-3 kali seminggu je.”
Korang pun boleh apply bb serum sebelum memanaskan rambut.
“Memang cantik kalau warnakan rambut dan highlight. Tapi kita kena tahu limit-nya. Kalau lihat rambut tak bertahan lama, kurangkan kekerapan kepada 1-2 kali setahun,” katanya yang tak sabar menantikan episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada malam ini.
Jangan lupa untuk menonton Fazreen dan 11 lagi orang finalis pada episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada jam 10.30 malam ini di Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Kemudian, ikuti LIVE Instagram bersama finalis pada jam 11.30 malam okay.