Bayangkan anda sedang enak menikmati hidangan makanan tengah hari, secara tiba-tiba anda perasan bahawa terdapat kaki buaya di dalam juadah tersebut. Haaaa…mesti terkejut habis kan?

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Universiti Sengsara Bila Medan Selera Tutup, Ini 5 Cara Untuk ‘Survive’ Dari Ikat Perut!

‘Ramen Godzilla’ Tarikan Buat Yang Inginkan Kaki Buaya Sebagai Bahan Masakan, Eww!

Itulah apa yang terjadi di sebuah restoran berdekatan daerah Yunlin, Taiwan. Baru-baru ini mereka telah melancarkan entri menu terbaharunya iaitu Godzilla Ramen di mana kaki buaya direbus dan dimasukkan ke dalam mangkuk hidangan tersebut.

Hidangan tersebut dilaporkan dibuat dengan 40 rempah yang berbeza, tetapi bahan utama yang boleh dilihat dengan jelas dari mangkuk tersebut adalah kaki buaya yang direbus.

‘Ramen Godzilla’ Tarikan Buat Yang Inginkan Kaki Buaya Sebagai Bahan Masakan, Eww!Visual ramen isopod.

Ads

Menerusi perkongsian di Facebook, inspirasi pembuatan ramen tersebut datang dari kegilaan rakyat Taiwan terhadap ramen isopod (haiwan menyerupai lipas gergasi yang tinggal di bawah laut). OMG….sungguh unik sekali citarasa mereka!

Setelah mempelajari cara memasak sup buaya semasa lawatan ke Thailand, pemilik restoran ramen Witch Cat dengan segera mencipta resipi Godzilla Ramen tersebut dan mula mempromosikannya secara dalam talian.

Reaksi salah seorang warganet yang mencuba hidangan viral tersebut.

Ads

Kini, gambar mangkuk ramen dengan kaki buaya terjulur daripadanya telah tersebar di semua platform media sosial dengan meraih pelbagai reaksi bercampur baur dari warganet.

Kaki buaya untuk Godzilla Ramen dilaporkan diperoleh daripada teluk buaya di Taitun. Namun dek kerana stok yang terhad, hidangan itu perlu ditempah terlebih dahulu oleh pelanggan. Turut dilaporkan bahawa semangkuk Godzilla Ramen tersebut dijual dengan harga $48.

Haaaa…kalian berani tak nak makan hidangan unik ini?

Ads

BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Taiwan News

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI