Siapa pula remaja yang jadi jutawan di usia muda ini?
Mungkin korang yang seusia remaja ini sedang sibuk mencari kerja atau tengah mencari arah untuk melanjutkan pelajaran. Namun, berbeza dengan nasib wanita ini.
Nama Alexandra mula menarik tumpuan dunia apabila dia merangkul gelaran bilionair termuda dunia ketika berusia 19 tahun pada 2016. Malah, Alexandra mengungguli kedudukan bilionair termuda dalam senarai Forbes selama tiga tahun berturut-turut.
Bilionair termuda dunia kelahiran Norway, Alexandra Andresen ini. Menjangkau usia 27 tahun pada 23 Julai ini, anak bongsu daripada dua beradik ini seorang yang cukup sederhana. Kalau tengok kehidupan Alexandra dan tidak tahu status dirinya, pasti ramai yang anggap dia seperti orang kebanyakan.
Hakikatnya, Alexandra Gamlemshaug Andersen merupakan pewaris empayar syarikat pelaburan Ferd iaitu salah sebuah syarikat swasta terbesar di Norway yang menyediakan dana lindung nilai dan pelabur aktif di bursa saham negara-negara Nordik.
Alexandra mempunyai seorang kakak iaitu Katharina yang berbeza umur setahun dan mereka mewarisi 42 peratus saham di Ferd. Forbes melaporkan tahun ini kekayaan yang dimiliki Alexandra mencecah sehingga 1.5 bilion Dolar Amerika atau bersamaan RM6.93 bilion.
Meskipun mempunyai wang yang banyak untuk membeli barangan fesyen, aksesori perhiasan diri dan kereta mewah, Alexandra memilih untuk hidup secara sederhana. Meninjau media sosial wanita ini, tidak kelihatan beg tangan atau pakaian label mewah yang digayakan.
Sebaliknya dia lebih gemar berkongsi aktiviti riadah dan meluangkan masa bersama insan tersayang.
Sebelum ini, Alexandra merupakan atlet ekuestrian dan pernah menjuarai Junior Norway sebanyak tiga kali dalam acara dressage.
Pasangan Johan Andersen Jr dan Kristin ini ternyata bijak membentuk peribadi kedua-dua anak mereka. Kongsi kakak Alexandra dalam satu temu bual, ibu bapa mereka mendidik anak-anak agar tidak terlalu menonjolkan kemewahan dan boros terutama dalam soal pembelian kenderaan.
“Ayah mempunyai peraturan di mana kami boleh membeli kereta yang diidamkan tetapi ia mestilah yang terpakai.”
Sementara itu, Alexandra yang ditemu bual pada tahun 2014 pula memberitahu, “Saya sebenarnya berjimat sepanjang masa dan menyimpan wang yang saya peroleh sama ada elaun mingguan daripada ibu bapa, wang tunai kemenangan pertandingan ekuestrian atau wang hadiah pada hari lahir.”
Kebanyakan orang berjaya dan berilmu memang tak gemar tunjuk kemewahan diri. Bahkan mereka lebih suka hidup sederhana dan menikmati hidup dengan santai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) kini akan dikenali sebagai Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) setelah Kementerian Pengajian Tinggi meluluskan usul agar gedung pendidikan itu dijadikan sebagai universiti sepenuhnya.
Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC berkata pencapaian yang dikecapi institusi pendidikan tersebut yang telah ditubuhkan sejak 53 tahun lalu merupakan satu pencapaian atas kerja keras dan rekod cemerlang yang ditonjolkan.
“Sejak 53 tahun lepas, institusi ini telah berkembang pesat dengan diperakui dan diiktiraf atas kecemerlangannya dalam pendidikan serta latihan, terutama dalam bidang pengurusan dan teknologi. Berlandaskan asas yang kukuh ini, TAR UMT bersedia untuk memainkan peranan lebih besar bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui sempadan,” katanya kepada wartawan yang menghadiri majlis pengumuman tersebut.
Sempena dengan penaiktarafan sebagai universiti, Datuk Seri Wee Ka Siong turut melancarkan pertandingan mencipta logo TAR UMT yang berasaskan falsafahnya ‘Melangkaui Pendidikan’. Pertandingan yang berlangsung hingga 11 Mei ini, menawarkan hadiah utama bernilai RM10,000, diikuti tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000.
Dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman memiliki lebih 28’000 penuntut yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia bahkan luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pakaian warna putih memang cantik digayakan namun tidak semua gemar untuk memilih warna ini kerana ia mudah lusuh dan cepat kotor.
Baju putih sememangnya agak sukar dijaga dengan baik tetapi untuk mengekalkan warna putih itu, ada cara yang korang boleh buat dengan mudah. Selain daripada menggunakan petua-petua orang zaman dulu, cara paling mudah adalah dengan menggunakan serbuk pencuci yang terdapat di pasaran.
Korang boleh cari serbuk vanish kerana ramai yang berkongsi tentang keberkesanannya untuk mengekalkan warna putih pada pakaian yang dicuci. Caranya bagaimana? Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hasnan Hasbi.
1. Tuang vanish dalam kuali air mendidih
2. Kacau seperti masak dadih, nanti akan menjadi buih
3. Kemudian, masukkan baju putih
4. Kacau sehingga rata pada semua permukaan baju
5. Korang boleh lihat perbezaannya, kesan kuning pada baju mula tanggal
6. Kemudian, sidaikan baju di bawah cahaya matahari
Korang boleh lihat sendiri kesannya, memang terbaik. Tidak memerlukan kos yang tinggi, baju putih boleh bertukar menjadi seakan baju baharu. Hiks! Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua penyokong fanatik sukan badminton tanah air baru-baru ini mendapat perhatian apabila sanggup menempuh perjalanan jauh dan hadir ke Porte De La Chapelle Arena untuk memberikan sokongan padu kepada kem badminton negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bukan sekadar memberi sokongan, malah mereka juga hadir dengan gaya dan penampilan unik apabila tampil mengenakan pakaian kreatif yang direka khas menggunakan bulu tangkis.
Menerusi satu video temubual bersama wartawan Astro Arena, dua penyokong fanatik memberitahu bahawa proses menyiapkan pakaian istimewa yang direka sendiri itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.
Kredit: Astro Arena
“Kalau dikira bermula dengan saya beli bulu tangkis, baju jaket dan seluar ini mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan. Sebab kami mulakan dengan fikir tentang rekaan dahulu, nak potong bulu tangkis dan kemudian perlu dijahit”
“Semuanya saya buat sendiri bersama sahabat saya. Apa yang paling penting adalah tulisan Malaysia dibahagian belakang jaket!”
Dalam pada itu, mereka juga meletakkan harapan kehadiran mereka di Paris dapat menyaksikan detik sejarah atlet Malaysia merangkul pingat emas pertama negara dalam temasya berprestij itu.
Kredit: Astro Arena
“Kami berada di sini untuk beri sokongan pada Malaysia, Olimpik hanya empat tahun sekali dan saya sangat sukakan badminton. Saya harap Malaysia boleh merangkul pingat emas!”
Sekadar info, skuad badminton negara mencipta magis apabila mengekalkan momentum positif di temasya Sukan Olimpik 2024 Paris. Kemenangan dicipta apabila beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berjaya melayakkan peluang mereka ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas menumpaskan pasangan keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada aksi Kumpulan A.
Sumber: Astro Arena
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...