Dengarn jumlah selebriti berperangai pelik di Malaysia pada masa ini, kami sebenarnya sudah immune dengan berita baru mengenai kepelikan mereka
Salah seorang ‘peneraju’ -nya termasuklah Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ayah di kalangan 162,000 pengikutnya di Facebook. Menerusi sesi bersama Sinar Harian petang tadi, kami sempat untuk mendapatkan 10 soalan yang netizen ingin tanyakan kepadanya.
Termasuklah kenapa ayah memilih headphone Beats tu..
Semenjak ayah menubuhkan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia, ayah lihat persatuan lain di Malaysia seperti PiBG, Bulan Sabit Merah mempunyai pakaian sendiri. Jadi ayah nak buat kelainan. Memandangkan ayah merupakan bekas tentera jadi ayah seragamkan pakaian kami.
Bila di khalayak ramai, ia nampak menarik. Orang mungkin bercakap buruk tapi akhirnya orang berminat untuk ingin tahu lebih mengenainya. Umur dah 80 tahun, dah tak kisahlah apa orang nak cakap.
Selagi ayah boleh pakai dan bawa brand Rani Kulop ni, ayak akan pakai. Kalau tak, tutup lah Kipidap, tutuplah Dongibap.
Pada tahun 2015 bila ayah menjadi popular di kalangan media, telefon ayah memang tak henti-henti orang call. Jadi semasa memandu, panggilan tu mengganggu ayah nak memandu. Jadi aya jawab call gunakan bluetooth.
Disebabkan earphone kecil sangat dan tak puas, ayah pakai headphone terus.
Tongkat ni adalah simbol kepimpinan, bukannya sebab sakit lutut, sakit belakang. Bukan semua orang pakai tongkat, hanya pemimpin je yang selalu.
Ayah gunakan pakaian ayah untuk membantu orang susah. Contohnya apabila ada orang minta bantuan, ayah akan melelong cermin mata atau topi baret untuk harga tertentu bagi mencari dana. Contohnya, ayah pernah melelong topi ini untuk RM8,000 di Shah Alam dulu.
Bukan je dekat celah pokok, ayah pun bergambar dalam lubang kubur. Dalam pasu bunga dan di dasar air pun pernah. Motifnya untuk cuba perkara yang orang lain pernah buat, jadi ayah pun nak try. Kebanyakan daripada followers ayah ini terdiri daripada remaja kerana mereka sukakan gambar seperti itu..
P.S: Hhm, betul ke?
Persoalannya, kenapa perempuan cantik yang suka bergambar dengan ayah, kan? Ayah pun tak pernah tanya, mungkin sebab mereka minat dengan kepelikan ayah ni.
Ayah dah biasa dengan troll ni. Bagi ayah, mengutuk tu tanda kasih sayang kerana Facebook ni terbalik sikit konsep dia. Semakin dikutuk itu maksudnya mereka nak tahu pasal kita. Kalau ayah tak tahan dengan kecaman seseorang, ayah block
je dia terus.Itu short form untuk ‘Kita Pilih Damai & Perpaduan’.
Sebelum ayah jawab tu, ayah tahu ramai yang bertanya apa pekerjaan ayah sebenarnya. Ayah pernah ada buku ‘Kipidap’, buku ‘Jangan Cakap Ayah Tak Payung’, ayah ada perfume, ayah ada baju dan macam-macam lagi. Mungkin sebab itulah, ramai yang nak ambil gambar dengan ayah, kata mereka wangi.
Jadi sekarang ayah sudah ada lagu sendiri bertajuk Rentak Merdeka. Ayah ingin sangat bawa lagu ini ke peringkat kebangsaan. Kalau boleh digunakan untuk Hari Kebangsaan nanti.