Budaya muzik rap diminati oleh ramai orang, tetapi tak semua memandang rappers dari sudut pandangan positif.
Tanggapan nakal yang mengatakan mereka ini tiada masa depan justeru menyertai geng muzik rap bukanlah sesuatu yang baru didengari. Tetapi berapa ramai di kalangan korang yang betul-betul mengenali seorang rapper secara personal?
Tak baik judge orang tanpa betul-betul kenali mereka okay. Baru-baru ini, REMAJA berkesempatan untuk melihat sesi ujibakat musim kedua ‘Budak Belakang’ yang mencari bakat rappers baru di kalangan pelajar sekolah dan pelajar univrsiti.
Hampir 200 orang hadir untuk mencuba nasib mereka dalam ujibakat terbuka itu kerana ini merupakan kali pertama program ‘Budak Belakang’ membuka peluang kepada pelajar universiti.
Kata pelopor ‘Budak Belakang’ iaitu Syahir Andy (Sir Badang), dia merasakan industri hip hop dan rap di Malaysia ini mempunyai potensi yang cukup besar.
Ads
“Ramai orang mengenali program ’16 Baris’ tetapi tak semua orang berpeluang untuk menyertainya, terutama pelajar sekolah dan universiti kerana kekangan slot. Idea ’16 Baris’ itu mencetuskan misi kami untuk turut mencari rappers pelapis yang lebih muda seperti korang.
“Melalui ‘Budak Belakang’ yang hari ini melakukan ujibakat di kampus UNIRAZAK Kuala Lumpur, kami bukan saja ingin perkenalkan peserta kepada muzik hip hop. Kami juga kenalkan mereka kepada muzik akustik, kebudayaan, pelajaran dan kesemua itu kita gabungkan dengan minat peserta dalam rapping.
“Kami faham, rappers muda seperti korang inginkan platform to speak up, untuk menjadi original dan untuk didengari. Jadi melalui ‘Budak Belakang’, kami sebagai penganjur akan memastikan peserta kejar impian mereka sebagai rappers itu dan pada masa yang sama skor untuk peperiksaan dan pelajaran masing-masing.
“Ramai tak percaya rappers pun educated. Ya, rappers juga mempunyai masa depan yang cerah sama seperti orang lain juga. Paling penting, mereka kena tahu ke mana untuk curahkan minat dalam bidang muzik secara betul,” terang Sir Badang.
Ads
***
Dalam pada itu, ini merupakan kali pertama REMAJA mendengar sebuah universiti tempatan menyokong kolaborasi pencarian rappers seperti ‘Budak Belakang’.
Bercakap dengan pensyarah Bank Rakyat School of Business & Entrepreneurship di UNIRAZAK iaitu Puan Nor Khalidah Abu, beliau berpendapat pencarian seperti ini boleh dijadikan sebahagian daripada proses pembelajaran pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan universiti tersebut.
Whoa, best-nya dapat pensyarah sporting macam ni!
Ads
“Pembelajaran itu kenalah komprehensif – sama ada di dalam kelas atau di luar. Kami ingin lahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan tahu selok-belok dunia sebenar di luar sana. Jadi, projek kolaborasi seperti ‘Budak Belakang’ bagi saya boleh memberikan pendedahan kepada mereka sebelum mereka tamat belajar kelak,” kata beliau.
Sir Badang sendiri berkata mereka terharu kerana UNIRAZAK mempercayai misi yang mereka bawakan iaitu untuk memberi impak positi kepada golongan remaja dari sekolah hingga ke peringkat universiti.
So, rappers pun ada masa depan okay. Jom tengok klip ‘Budak Belakang’ ni untuk melihat apa yang menarik pada musim pertama yang lepas.
Untuk musim kedua ini pula, 30 orang peserta akan mengikuti 12 minggu pembelajaran, penggambaran dan persembahan. Sementara itu, 23 orang pelajar UNIRAZAK pula akan mengikuti mereka untuk menghasilkan filem pendek sebagai liputan ‘Budak Belakang’ musim ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kandungan digital Korea sering kali mendapat perhatian oleh pengguna media sosial seluruh negara. Sama ada muzik, filem atau drama, apa-apa yang berkaitan dengan dunia hiburan Korea pastinya menjadi trending.
Terbaharu, Twitter telah mendedahkan drama dan filem Korea yang paling banyak disebut dalam masa tiga tahun ini.
Head of Global K-Pop and K-content Partnerships telah pun berkongsi laporan rasmi Twitter berkenaan dengan k-drama dan filem Korea yang mendapat sebutan paling banyak di seluruh dunia dari 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2021.
Jom kita lihat drama Korea mana yang tersenarai sebagai k-drama paling banyak menjadi sebutan oleh ‘dak-dak’ Twitter.
1. Kingdom
2. Itaewon Class
3. True Beauty
4. Vincenzo
5. Sky Castle
6. Hotel Del Luna
7. Start Up
8. Hospital Playlist
9. Goblin
10. The Penthouse
11. Vagabond
12. Sweet Home
13. Crash Landing On You
14. Voice
15. Love Alarm
16. It’s Okay to Not Be Okay
17. Kairos
18. Arthdal Chronicles
19. Extracurricular
20. Forest of Secrets (Stranger)
Daripada 20 k-drama popular ini, berapa banyak yang korang dah tonton? Kalau semua pun korang dah tengok, korang peminat peminat k-drama sejati. Hiks!
Sempena bahagian terakhir saga Skywalker untuk filem Star Wars, dalam diam The Walt Disney Company (Malaysia) telah mencipta projek lagu istimewa yang melibatkan 2 orang penyanyi ini.
Penyanyi rap, SonaOne dan Alif telahpun melancarkan sebuah single yang mengambil inspirasi daripada filem tersebut.
Single berjudul Rise itu mengimbas kembali jalan cerita saga Skywalker. Lirik dan lagunya pula memang dicipta oleh kedua-dua artis tersebut.
“Sejuta tahun pun, kami tak akan terfikir yang genre Hip Hop dan Star Wars akan disatukan sebegini.
“Kami merasa terharu untuk menjadi sebahagian daripada projek ini dan berharap peminat filem Star Wars dapat menikmatinya. RISE!” KATA SonaOne dan Alif.
Cer dengarkan Rise di SPOTIFY dan beritahu kami komen korang mengenainya!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha tampil berkongsi pengalaman sulungnya digandingkan bersama aktor berbakat besar, Hun Haqeem menerusi siri adaptasi terbaharu berjudul W: Two Worlds.
Berkata kepada Remaja, aktres berusia 29 tahun itu menzahirkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan pelakon muda tersebut menerusi naskhah yang bakal ditayangkan di platform Viu.
“Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Hun dalam set pengambaran dan watak pun memang rapat. Hun sangat sweet, baik dan berbakat. Saya suka bekerja dengan dia.
“Malahah juga, mudah bila kita berkolaborasi mahupun berbincang bagaimana nak perform menerusi babak yang sama,” katanya.
Selain itu, penyanyi lagu popular Penat itu turut menyifatkan mudah bekerjasama dengan aktor berusia 25 tahun itu, terutama saling bertukar idea berkaitan babak lakonan ketika di set pengambaran.
“Ya, kami sangat mudah untuk berbincang di mana dia juga membuka idea dan selalu bertanya pendapat saya.
“Selepas kami meluangkan masa bersama, ketika membaca skrip. Ya pada ketika itulah kami mengenali satu sama lain, hati budi dan cuba untuk rasa selesa bagi mengukuhkan lagi ikatan kimia dalam siri ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Daiyan sempat juga berkongsi perkembangan karier muzik buat para peminat yang merindukan hasil buah tangannya.
“Untuk karier muzik saya pula, jangan risau. Saya sudah ada perkara yang bakal saya keluarkan buat anda semua.
“Tinggal tunggu masa sahaja untuk dikeluarkan. Bagi genre pula, masih lagi DNA yang sama,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...