Selari dengan keputusan Malaysia untuk beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022 hari ini, umat Islam di negara ini menyambut baik kelonggara prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan. Tahun ini, kita sudah dapat meluangkan masa berbuka puasa serta beribadah secara separa normal dengan keluarga dan kenalan.
Tertarik pula rasanya apabila mendapat tahu mengenai program iftar ala berada di Madinah yang bakal dianjurkan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam bermula 4 April sehingga 2 Mei ini.
Bagi mereka yang pernah berpeluang berbuka puasa di kota suci Mekah dan Madinah, tentunya korang dapat mengubat rindu dengan suasana iftar sedemikian rupa di sini dengan masih menjaga SOP yang ditetapkan.
Korang tidak perlu pun membawa makanan dari rumah atau yang dibeli di luar; seperti yang selalu berlaku di dataran-dataran utama di seluruh negara. Di sini, juadah iftar ada disediakan secara percuma memandangkkan salah satu objektifnya adalah untuk bersedekah kepada golongan yang terjejas atau kurang berkemampuan.
Untuk pengetahuan, terdapat sesi tazkirah yang akan dilangsungkan sebelum iftar. Manakala, solat secara berjemaah bagi waktu Maghrib dan Isyak serta solat Tarawih juga boleh dilakukan di ruang yang disediakan di sini.
Untuk info lanjut, kunjungi media sosial Kumpulan Media Karangkraf.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.