Tidak semua bernasib baik pulih dari wabak COVID-19 kerana sebilangan pesakit yang dijangkiti berakhir dengan kematian.
Namun bagi mereka yang bebas dari wabak ini, ia umpama satu pengalaman cukup mahal dan begitu berharga. Seperti kata Yazid Mohammad ia seperti dibebaskan dari penjara, dapat jejak kaki di atas jalan raya dan mahu lakukan sujud syukur.
Perkongsian beliau petang tadi adalah satu pengalaman luar biasa dan mengharapkan bagi mereka yang membacanya dapat menjadi pengajaran bagi mereka yang melalui pengalaman sebegini.
Bacalah pengalamannya. Mungkin agak panjang tapi berguna untuk kita kerana apa jua yang terjadi, kita harus meletakkan penggantungan kepada Allah SWT.
“Saya Rasa Macam Orang Bodoh.” Ernie Zakri & Selebriti Lain Bidas ‘Gimik’ Haqiem Rusli
Melalui temuramah lebih 20 minit semalam di segmen Facebook Live Hot FM, Haqiem Rusli telah mendapat peluangnya untuk memperbetulkan keadaan selepas dia dikecam dengan isu ‘depresi’
Namun, lain pula jadinya. Ingatkan keadaan yang keruh boleh bertukar jernih. Dengan kehadiran tiga rakan penyanyi dalam temu ramah itu iaitu Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari, nampaknya Haqiem seakan-akan ‘menggali kubur’ sendiri apabila mereka bertiga mendakwa seperti dipergunakan semalam.
Ketiga-tiganya tak berselindung sebaliknya terang-terangan menyatakan pendapat masing-masing berkenaan isu dipergunakan ini. Ernie menerusi komen di Instagram terasa diperbodohkan selepas dia tidak tahu-menahu mengenai motif dia dijemput semalam bagi segmen itu. Ernie pada awalnya menganggap Hot FM menjemput dia ke konti bagi mempromosikan single Misteri.
Selepas terpaksa duduk selama 20 minit bersama Haqiem dan 2 lagi penyanyi lain, Ernie terus memuat naik rasa berangnya kepada pihak berkenaan yang tak menjelaskan perkara sebenar kepadanya.
“Saya marah pada pihak yang tahu tentang perkara ini. Saya tak tahu sama ada FMC (syarikat naungan Haqiem) atau Hot FM dah lama rancang atau mungkin ada niat tak nak beritahu kami bertiga.
“Tak logik FMC tak tahu kerana selalunya pihak stesen radio pasti telah jelaskan tujuan mereka panggil saya datang,” katanya panjang lebar.
Ernie juga meluahkan rasa sedih kerana terasa seperti dipergunakan Haqiem, tambahan pula Ernie adalah antara rakan selebriti yang memberi kata semangat dalam tempoh ‘Haqiem ingin berhenti’ daripada menjadi seorang penyanyi.
“Pelan gimik kemurungan dan nak berhenti (daripada menyanyi) ini memang saya tak tahu dari awal. Apa yang buat saya sedih adalah mengapa perlu gunakan saya untuk pelan dia.
“Kalau awak nak buat gimik atau sesuatu pada karier sendiri, buatlah. Bagi saya, (ia) sangat kejam dan tak baik melibatkan orang lain dalam hal kamu,” terangnya kepada rakan media di mStar Online.
BACA: “Ini Bukan Gimik” – Haqiem Rusli Buat Comeback Selepas Tak Jadi Bersara.
Selebriti Sama Pendapat Dengan Ernie
Sementara itu, beberapa orang selebriti termasuklah Wany Hasrita dan Ara Johari yang ada bersama Ernie Zakri semalam memberikan sokongan kepadanya yang turut merasakan semua ini tidak perlu berlaku. Dan dia tak perlu dipergunakan untuk kepentingan orang lain.
Soal kemurungan baginya bukanlah sesuatu yang boleh dibawa main dan sangat kbudak-budakkan jika semua ini dirancang. Sememangnya kami sendiri tahu betapa seriusnya Ernie memandang isu ini kerana dia sendiri memilih untuk memaparkan kisah penyakit mental dalam klip video terbarunya, Misteri.
“Tak ramai yang ketengahkan masalah ini kepada umum. Kebetulan pula liriknya mempunyai makna lebih kurang sama dengan isu kecelaruan identiti iaitu satu bentuk penyakit mental,” kata Ernie lagi dalam isu terbaru Majalah Remaja Julai ini.
Untuk tahu mengapa Ernie Zakri diangkat sebagai ikon Girl Power Remaja untuk bulan Julai ini, dapatkan Majalah Remaja korang hari ini okay!
Gara-gara Puding Buih ‘Beracun’! 74 Orang Berhari Raya Di Hospital!!
Keracunan makanan dan hari raya memang tak boleh dipisahkan.
Kegembiraan menyambut Aidilfitri penduduk di Kampung Rusila, Marang, Terengganu, bertukar menjadi duka apabila mereka terpaksa berhari raya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kerana disyaki keracunan makanan.
Kejadian malang yang menimpa penduduk kampung terbabit dikatakan angkara memakan puding buih lalu menyebabkan dipercayai keracunan makanan selepas menikmati hidangan pencuci mulut itu ketika berbuka puasa pada hari terakhir Ramadan pada Sabtu, 23 Mei 2020.
Mangsa yang terkena keracunan itu dikatakan mula sakit perut dan muntah-muntah kira-kira jam 5 pagi 24 Mei 2020 hingga keadaannya menjadi lesu-lesu selepas menikmati puding buih yang menjadi kegemaran penduduk negeri ini.
Kejadian yang menimpa penduduk kampung itu kemudian menjadi tular dalam media sosial Facebook oleh keluarga mangsa.
Bagaimanapun, penjual puding buih itu bertindak segera menghubungi mangsa selepas salah seorang ahli keluarga mangsa memuat naik status mengenai perkara itu dalam laman sosial Facebook.
Menurut, Pengarah Kesihatan negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah itu, yang terdiri daripada 16 keluarga, seramai 62 pesakit tinggal di Kuala Terengganu manakala 12 lagi dari daerah Marang.
“Daripada siasatan dilakukan Jabatan Kesihatan Daerah, kita dapati, kemungkinan besar, ataupun punca yang kita syaki, adalah daripada telur yang digunakan dalam puding buih tersebut.
“Bagaimanapun, pengesahan masih belum kita perolehi daripada makmal yang menjalankan ujian terhadap sampel yang kita ambil, sama ada daripada persekitaran tempat premis memasak puding tersebut, mahupun sampel yang kita ambil daripada pesakit yang dirawat,” katanya.
So ini 5 tip keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang tersayang adalah bersih dan selamat:
- Amalkan kebersihan diri dan mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum mengendalikan makanan.
- Gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih.
- Gunakan peralatan yang berasingan seperti papan pemotong untuk makanan mentah dan yang telah dimasak.
- Masak makanan dengan sempurna dan pastikan ianya dimakan dalam tempoh tidak melebihi empat jam.
- Simpan makanan pada suhu yang bersesuaian dan tidak melebihi tiga hari di dalam peti sejuk.
Sumber :Astro Awani
Pelancaran Produk Kosmetik Selena Gomez Terhenti, Stok Disimpan Di Rumah
Bukan kita sahaja yang terpaksa dikuarantinkan di rumah, malah selebriti antarabangsa juga kerap berkongsi pengalaman mereka termasuklah Selena Gomez.
Penularan Covid-19 nyata telah mengehadkan aktiviti Selena yang sedang bersiap sedia untuk melancarakn jenama kosmetiknya, Rare Beauty tak lama lagi.
2 minggu lalu, Rare Beauty telahpun melancarkan kempen #WeAreRare dan meminta orang ramai untuuk menghantar kisah peribadi meraka. Itu adalah peluang bagi peminat Selena dipilih untuk menyertai penggambaran ataupun photo shoot untuk kempen pertama mereka.
Itu dua minggu lalu. Kini kempen tersebut telahpun dilapor dibatalkan.
.
Menerusi paparan di Instagram Story, Rare Beauty berteriima kasih kepada peminat Selena yang menghantarkan entri kepada mereka. Ia bermaksud ramai yang menyokong tagline Rare Beauty yang meminta agar semua orang berfikiran positif.
Namun dengan merebaknya wabak Covid-19 di seluruh dunia, mereka memutuskan untuk menangguh penggambaran tersebut ke satu tarikh yang akan diumumkan.
*
Menerusi sesi Live di Instagram sebentar tadi pula, Selena turut mengajak peminatnya agar bersabar dengan pelancaran Rare Beauty dan duduk di rumah buat masa ini.
“Pada setiap hari, saya dan team akan menggunakan facetime untuk membincangkan pelancaran produk Rare Beauty. Seperti yang kamu dapat lihat, ada juga stok yang disimpan di rumah saya. Saya turut gementar untuk menantikan tarikh yang sesuai untuk melancarkannya,” katanya yang jarang sekali muncul menerusi Instagram Live.
.
Meskipun Rare Beauty belum lagi dilancarkan di stor Sephora bermula musim panas 2020, ramai orang yang tidak sabar untuk menantikan kehadirannya. “Ia lebih daripada sekadar jenama kecantikan. Saya mahu kita semua untuk berhenti membandingkan diri masing-masing dan mula menyintai keunikan sendiri,” katanya lagi.
Selena dalam pada itu turut menyertai trend #SafeHandsChallenge dengan memuat naik video cara membasuh tangan yang betul bagi mengelakkan diri daripada penularan wabak.