Penyanyi dan pelakon terkenal, T.O.P baru-baru ini tampil dalam satu wawancara bersama media Korea Selatan buat pertama kalinya selepas 11 tahun mendiamkan diri dan menerusi laporan beberapa portal, beliau menyentuh banyak hal mengenai perkembangan kerjaya termasuk pengunduran dirinya daripada BIGBANG.
Menurut Sports Kyunghyang, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung-hyun (38) menjelaskan alasan mengapa beliau tidak gemar dengan peminat yang kerap mengaitkan dirinya dengan BIGBANG yang kini merupakan bekas kumpulan baginya.
“Saya adalah seseorang yang telah menyebabkan kerugian besar bagi BIGBANG dan juga bekas syarikat pengurusan saya kerana kesalahan yang saya buat di masa lalu”
“Saya minta maaf atas kesalahan saya yang banyak merosakkan nama dan reputasi BIGBANG sehingga ada anggota yang dikritik disebabkan hal itu. Saya mengumumkan niat untuk meninggalkan group kerana tidak ingin menjadi penyebab kepada kerosakan itu lagi,” katanya sambil menundukkan kepala ketika ditanya oleh pihak media.
BIGBANG yang kini hanya dianggotai oleh G-Dragon, Taeyang & Daesung
Dalam pada itu, bercakap mengenai reaksinya kepada para peminat yang mengaitkan T.O.P dengan BIGBANG sehingga ada yang disekat di media sosial pula. Pelantun lagu ‘Turn It Up’ itu menjelaskan harapan untuk beliau dan BIGBANG bergabung semula adalah terlalu menyakitkan baginya.
“Saya ingin menjelaskan semuanya dengan jelas tetapi saya tiada cara untuk mengungkapkan perasaan saya. Saya pergi kerana pilihan kerana betapa bersalahnya saya”
Ads
“Jadi ketika saya melihat mesej dari peminat yang mahu kami reunion atau melihat gambar-gambar bersama BIGBANG, rasanya seperti melihat foto-foto keluarga yang telah saya tinggalkan,” tambahnya.
“Tiada sesiapa yang dapat memahami kesakitan dan penderitaan itu. Namun, cara saya melakukannya juga mungkin terlalu melulu dan pemergian sedemikian bukanlah niat saya,” ujarnya lagi.
Apabila ditanya sama ada bekas anggota cuba menghalangnya daripada pergi, T.O.P dengan berhati-hati menjawab bahawa beliau tidak mahu bercakap tentang orang di belakang mereka. T.O.P mengaku terputus hubungan kerana rasa bersalah di hatinya.
Ads
“Saya tidak berhubungan dengan para anggota saat ini. Saya tidak tahu sudah berapa lama, tetapi sekarang saya sudah lebih tenang. Pada masa yang sama, saya masih merasa sangat bersalah dan menyesal kerana saya tidak menghubungi mereka,” jawabnya.
Sementara itu, pelakon Squid Game 2 itu juga turut berkongsi bagaimana beliau turut menonton penampilan BIGBANG di MAMA 2024 Awards yang berlangsung tahun lalu.
“Saya tonton penampilan mereka, saya terfikir saya sudah menghabiskan usia 20-an bersama BIGBANG dan itu adalah antara waktu yang indah bagi saya,” jelasnya lagi.
Kelibat T.O.P yang dilihat sedang berinteraksi bersama peminat buat pertama kali selepas 11 tahun mendiamkan diri
Menurutnya yang terkenang saat indah bekerja keras dalam projek terakhir bersama BIGBANG adalah ketika album ‘Still Life’ berkata, “saya ingat itu adalah karya terakhir, tetapi peminat sehingga kini masih ingin kami bersatu kembali.”
Ads
“Saya rasa sangat patah hati setiap kali gambar kami di tag bersama. Saya ingin menundukkan kepala sekali lagi dan memohon maaf dari lubuk hati saya,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kali ini, remaja bersama dua anggota STAYC, Seeun dan J, yang baru sahaja melancarkan single digital khas mereka, “Over U, Goodbye” 🎶🌟 So, apa tunggu lagi? Bersempena dengan vibe tahun baru, REMAJA ajak STAYC untuk buat 2025 prediction yang pasti akan buat korang teruja! 🌟ℹ️ STAYC adalah girlgroup Korea Selatan yang terkenal dengan konsep fresh dan energetic! Di bawah naungan High Up Entertainment, STAYC terdiri daripada 6 ahli yang menawan: Sumin, Sieun, Isa, Seeun, Yoon dan J. Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu catchy seperti “So Bad”, “ASAP”, “Stereotype”, dan “RUN2U”.
P/S: Siapa bias korang? Drop komen dan kongsi apa expectation korang untuk tahun ni! 🔥
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon muda, Atiq Azman beri bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Alia.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, pelakon naskhah hit Nur itu dilihat sedang membuat persiapan perkahwinan selain menghitung hari untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam video itu juga kelihatan, Atiq yang mengenakan songkok dan Alia yang memakai tudung mengambil gambar dipercayai bagi melengkapkan borang nikah mereka.
“Bismillah #countingdays,” coretnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata penggiuna meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar urusan mereka ke jinjang pelamin dipermudahkan.
“Semoga dipermudahkan urusan Alia dengan Atiq nanti,” tulis seorang pengguna.
“Adakah akan menamatkan zaman bujang? Jika ya, tahniah Alia dan Atiq,” komen seorang lagi pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
*Gap dalam bahasa Sawarak bermaksud segak atau bergaya.*
Topik pakaian tradisional yang digayakan oleh wanita berketurunan Iban hangat diperkatakan pada minggu ini.
Semuanya gara-gara kontroversi yang dicetuskan oleh sensasi YouTube, Ryzal Ibrahim yang disifatkan tidak sensitif apabila mempermainkan pakaian tradisional masyarakat di Sarawak biarpun niat asalnya adalah untuk bergurau senda.
Bukan hanya warga Sarawak saja yang mengecam tindakan lelaki tersebut, bahkan seluruh warganet tempatan sama sekali tidak bersetuju dengan kata-kata hinaan yang telah dimuat naik oleh Ryzal sendiri dalam bentuk video sebelum ia dipadamkan kelmarin.
Dalam perkembangan lain, penyanyi kelahiran Sarawak, Alena Murang sama sekali tidak membiarkan dirinya terkesan dengan kontroversi tersebut.
Memetik hantarannya di Instagram Story, Alena berpendapat adalah lebih baik sekiranya kita berkongsi kepentingan pemeliharaan unsur budaya yang kita ada di Malaysia berbanding menyebarkan kata-kata berbaur kebencian kepada seorang dua individu yang telahpun mengakui kesalahannya.
“Akaun media sosial kamu adalah ruang khas untuk kamu dan komuniti kamu. Jika ada sesuatu yang tidak kamu sukai di sini, it is block-o-clock time.”
Alena tidak menjadikan isu ini sebagai penghalang untuknya berasa teruja melancarkan video muzik baharu bagi lagu berjudul Warrior Spirit yang dipetik dari album Sky Songs, semalam!
Video yang diterbitkan oleh Alena dan Fabian Joseph dengan arahan daripada Sarah Lois Dorai ini masih mengekalkan elemen kebudayaan dalam olahan moden kontemporari; bersesuaian dengan identiti Alena selama ini.
Penulis sendiri tidak boleh move on dengan gabungan alat muzik gitar elektronik dan sape dalam satu gubahan muzikal indah.
Warrior Spirit membawakan energi dan mengingatkan penontonnya agar tidak sesekali pernah putus asa apabila berdepan cabaran hidup. Selagi nyawa dikandung badan, kita harus bangkit untuk memperjuangkan sesuatu that is worth fighting for.
Ibarat menonton sebuah filem pendek berdurasi 4 minit 20 saat, Alena tampil dengan beberapa busana indah yang digayakannya sepanjang video tersebut. Dengan gabungan merah, kuning dan hitam yang mewakili bendera Sarawak, this is truly a patriotic visual feast for us all.
Kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram, salah satu ‘look’ yang digayakannya adalah sejenis aksesori bermanik untuk kepala yang disarungkan oleh ibu Alena sendiri pada majlis perkahwinannya pada tahun 80-an.
“Dua tahun lalu, makcik saya Aunty Remat mengolahnya agar ia boleh dipakai oleh saya dan menambah manik agar ia jatuh di sisi kepala saya untuk mengimitasi bulu pelepah burung Kenyalang. Ia sekaligus menunjukkan bahawa elemen tradisional wanita Kenyah juga boleh dijadikan aksesori pada zaman ini. Terima kasih kepada pasukan penata gaya saya,” catatnya.
Sekitar jam 1.45 petang tadi, selesailah sudah pengebumian jenazah Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak Kuala Lumpur.
Arwah meninggalkan suaminya, Shuib dan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni; 10, Dzahira Talita Zahra; 8, Ariq Matin; 6 dan bayi yang baru lahir, Ayash Affan setelah disahkan dijangkiti wabak COVID-19.
Semasa van yang membawa jenazah tiba pada jam 12.35 tengah hari tadi dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia; sekumpulan penggiat media sudahpun menunggu di pintu masuk tanah perkuburan sebaik saja. Turut kelihatan berada di dalam kawasan perkuburan ialah suaminya Shuib dan ahli keluarga terdekat.
Di luar pagar tanah perkuburan pula adalah rakan media dan beberapa rakan artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir.
Menurut Shuib, di antara permintaan arwah adalah untuk dikebumikan berdekatan kubur arwah ibunya, Allahyarhamah Noor Aini Mohamad yang meninggal dunia pada tahun 2013. Permintaan tersebut dapat juga ditunaikan dan Shuib bersyukur apabila Allah SWT mempermudahkan urusannya.
Menerusi siaran lintas langsung yang dilakukan oleh beberapa platform media dari sana, hanya 10 orang saja termasuk Shuib yang dibenarkan untuk berada di sisi arwah sewaktu majlis pengebumian dilangsungkan.
Mereka semua perlu memakai persalinan PPE lengkap. Setelah majlis selesai, masing-masing melalui proses semburan sanitasi oleh petugas di situ sebelum dibenarkan melangkah pergi. Malah, tapak pengebumian juga disanitasi sebagai langkah berhati-hati demi mengelak wabak merebak.
Cukup sebak suasana yang dirakamkan tadi apabila Shuib yang berada di tengah-tengah dilihat berulang kali menoleh ke belakang semasa beredar pergi dari tapak perkuburan isteri tercinta untuk menukar pakaiannya. Dia kemudiannya kembali ke situ untuk bersama-sama ahli keluarga terdekat.
Allahhyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada jam 5.13 pagi tadi.
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...