Aktres jelita, Sweet Qismina tampil berkongsi berita gembira apabila dia berjaya memiliki rumah sendiri setelah bertahun menunggu.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Sweet menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana berpeluang membeli rumahnya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Jadi Hebat Kena Lalui Fasa Ini… Tolong ‘Persetankan’ Mereka” -Dedikasi Reen Rahim Buat Sweet Qismina
Katanya menerusi coretan di ruangan kapsyen, pelakon berusia 27 tahun itu sudah bertahun mencari rumah dan menunggu kelulusan daripada pihak bank.
Selain itu, dia juga pernah mengeluarkan banyak wang pendahuluan untuk menempah rumah, namun belum mempunyai rezeki.
“Bismillahirrahmanirrahim, macam mana ya nak mula? Rasa bersyukur tak terhingga sangat ini. Bertahun- tahun cari rumah. Bertahun juga la tunggu nama lepas di bank.
“Kenangan yang paling tak boleh Sweet lupa rasanya setahun itu memang kehulur kehilir dengan mama pergi tengok pameran rumah( terima kasih Mama untuk segalanya). Baik rumah baru atau rumah lama semua pergi tengok.
“Sampai rasanya banyak dah deposit kita keluarkan untuk tempahan. Tapi itu la, Allah kata bukan rezeki kan. Kita redha. Rumah ni pun, patutnya tahun lepas dapat kunci tapi Alhamdulillah, Allah dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Adam Lee itu turut mendedahkan bahawa dia dan suami tercintanya sudah pun mempunyai perancangan untuk membeli rumah sebelum mereka berkahwin lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat dan rakan selebriti tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah buat Sweet Qismina.
SUMBER FOTO: Instagram Sweet Qismina
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.