“Rasa Macam Nak Pengsan! It’s New York…” Seorang Lagi Artis Malaysia Hiasi Mercu Tanda Ikon Dunia

Share

Jika baru-baru ini wajah Iman Troye menghiasi papan iklan digital gergasi di bumi New York.

Terbaru, seorang lagi anak Malaysia dapat peluang menghiasi mercu tanda ikon dunia tu.  Artis yang dimaksudkan ialah Naib Juara program realiti, The Masked Singer Malaysia (TMSM) iaitu Vanessa Reynauld, 21, yang berasal dari Klang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN : “Mama Muka Adik Kat Billboard”, Wajah Iman Troye Pula Terpampang Di New York Times Square

Ini menjadikan Vanessa sebagai artis tempatan kelima yang diberi peluang untuk berada di papan iklan digital tersohor di New York tersebut. Pencapaian ini merupakan sebahagian daripada kempen EQUAL yang dibawakan oleh platform penstriman digital, Spotify.

“Saya terharu menjadi sebahagian daripada kempen itu. Segala penat lelah terbayar dan saya amat berbangga dengan diri sendiri,” ujar Vanessa yang popular dengan lagu Rindu Separuh Nyawa berduet bersama Naqiu.

Malah Vanesse sempat menulis satu hantaran dan ‘mesej ‘padu’ buat meraka yang selalu menyinggung perasaannya terutama kepada golongan pembuli siber.

“Peduli apa orang lain nak cakap pasal kita, yang penting kita focus and achieve apa yang kita nak,” jelasnya dalam satu hantaran melalui akaun Instagram miliknya.

“Orang nampak saya selalu tersenyum dan yakin atas pentas, tetapi, sebenarnya ada sisi kehidupan saya yang orang tak tahu.

“Sebenarnya disebabkan rambut, saya sering diejek sehingga sampai satu tahap pernah rasa takut dan trauma ke sekolah.

“Antara kutukan paling teruk pernah diterima apabila ada yang menyamakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu.

“Sehingga kini, saya masih menerima kecaman mengenai penampilan, tetapi, tidaklah seburuk dahulu. Ini kerana saya sudah pandai menyesuaikan gaya rambut dengan gaya,” jelas Vanessa lagi.

Beliau yang pernah menyertai program Ceria Popstar musim ketiga pada 2015 berkata, ahli keluarganya terutama sekali abangnya, Christopher yang menghidap sindrom down, adalah sumber inspirasi dan kekuatannya selama ini.

 

Vanessa bakal muncul dengan single baharu berjudul Buat Ku Sempurna ciptaan Faizal Tahir bersama Mage pada 28 Januari ini yang didedikasikan untuk abangnya itu.

“Dia adalah cinta hati keluarga kami, meskipun abang tidak sempurna, tetapi Christopher membuatkan saya rasa sempurna pada matanya”.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Vanessa . You made it dan moga terus banggakan nama Malaysia di mata dunia!

***

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Instagram Vaneesa

Published by
Nana