Biarpun bulan Ramadan Al-Mubarak menuntut umat Islam menahan lapar dan dahaga sepanjang siang hari, namun di Malaysia, budaya mencari makanan berlainan jenis sepanjang tempoh sebulan ini sudah sebati dengan diri masyarakat kita.
Jika diberikan peluang, ingin saja hati ini mencuba sebanyak mungkin makanan dan minuman baharu yang hanya muncul pada bulan Ramadan saja.
The Coffee Bean & Tea Leaf tidak terlepas daripada menawarkan seleksi menu baharu berserta promosi yang tidak harus kamu lepaskan.
Sepanjang Ramadan tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf kini menawarkan menu Ramadan & Raya khas.
Menu ini menggabungkan pelbagai perisa yang pastinya memberikan pengalaman baharu semasa kamu berbuka puasa mahupun ketika ia dijadikan sebagaiur moreh ataupun menu supper.
REMAJA berkesempatan mencuba sendiri beberapa pilihan menu yang disediakan.
Kami mulakan dengan dua jenis pilihan minuman Turkish Mocha iaitu versi panas dan juga Ice Blended. Jelas, dalam kedua-dua minuman mempunyai campuran coklat, kopi dan buah pelaga. Penangan whipped cream dan coklat di atasnya menyeimbangkan rasa buah pelaga dengan sedikit perisa manis.
Kami mencuba Opah Rendang Pie yang merupakan ‘twist’ kepada chicken pie yang selalu kita rasa. Kepingan ayam di dalamnya mempunyai sedikit rasa pedas bagi membangkit selera sebelum kamu beralih kepada menu Per-chick Sandwich.
And yes, we are obsessed with the name play.
Sandwich berintikan kepingan ayam dengan sos percik, telur dan sayur ini juga mempunyai hidangan sampingan salad dengan taburan badam serta tomato. Secara peribadi, penulis menggemari bagaimana tekstur roti sandwich yang dibakar bertemu dengan sayuran salad dan sos percik yang menyelerakan.
Sebagai penutup sesi moreh di The Coffee Bean & Tea Leaf, tentunya kami memilih pencuci mulut berupa kek The Straits yang pernah kami rasai semasa Aidilfitri tahun lalu. Kek ini bukan biasa-biasa guys. Ia menggabungkan rasa pandan, Gula Melaka, krim, keju mascarpone dan kepingan kelapa pada bahagian atas.
Jika korang lebih menggemari perisa selain pandan, The Coffee Bean & Tea Leaf turut menyediakan pencuci mulut lain seperti kek The 72%, The Raya Cookie, The Sea Salt Mac atau Sour Cherry Muffin.
Promosi Sebulan Yang Tidak Harus Dilepaskan
Sempena pengenalan menu khas Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kali ini, The Coffee Bean & Tea Leaf kini menawarkan promosi yang dinamakan Late Night Dessert Special.
Dengan mendapatkan dua minuman ‘handcrafted’ The Coffee Bean & Tea Leaf di mana-mana cawangan mereka, kamu boleh memilih satu pencuci mulut dari kaunter secara PERCUMA.
Harus diingat, promosi ini hanya ditawarkan dari 13 April hingga 12 Mei, dari jam 8 malam hingga waktu kafe ditutup. Seperkara lagi, semua minuman layak untuk dibeli bagi menebus pencuci mulut percuma kecuali Ristretto, Espresso dan Espresso Macchiato.
Di samping itu, The Coffee Bean & Tea Leaf juga menawarkan promosi Raya di mana kamu boleh dapatkan diskaun 30 peratus untuk Single Serve Machines. Promosi Raya ini hanya tertakluk dari sekarang hingga 27 April ini.
So, tunggu apa lagi. Kunjungi cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf terdekat dan nikmati moreh pada harga promosi sepanjang bulan Ramadan ini.