Tidak dinafikan dengan situasi yang melanda dunia, ramai diantara kita yang menjadi lebih paranoid dan stres apabila memikirkan tentang wabak COVID-19.
Risau, curiga serta was-was sering berlegar di kepala kerana bimbang sekiranya diri dijangkiti virus dan menyebarkan pula kepada ahli keluarga yang lain.
Ya, kami faham memang ada yang berperasaan sedemikian. Jadi, untuk mengelakan rasa panik dan cemas yang berlebihan, cuba lakukan saranan yang telah diberikan oleh Public Health Malaysia
ini.Cuba berhubung dengan orang lain. Bercakap dengan orang yang korang percaya dan prihatin dengan perasaan korang.
Kekalkan kesihatan diri, fizikal dan mental. Amalkan deep breathing (tarik nafas dalam-dalam), serta lakukan regangan badan. Ambil makanan yang berkhasiat dan tidur yang cukup.
Berhenti layari cerita COVID-19. Berhenti daripada membaca, mendengar tentang COVID-19 termasuk di media sosial. Hadkan masa dan pilih hanya sumber yang dipercayai mengenai COVID-19.
Ramai juga masyarakat yang sebenarnya memang mengalami masalah cemas dan panik ini berkongsi pengalaman di ruangan komen.
Jangan pandang ringan dengan individu yang korang rasakan terlebih panik disebabkan korang tidak merasa perasaan tersebut. Cuba nasihatkan mereka dengan memberi kata-kata positif dan paling penting elakkan daripada melayari media sosial kerana pada saat ini, memang ramai yang sibuk membahaskan tentang isu COVID-19 ini.
Apa-apa pun stay at home and stay safe guys!