Personaliti media sosial dan penyanyi, Syada Amzah menyambut lebaran bersama ibu tercintanya, Datin Fauziah Sarman serta adik-beradik yang lain.
Namun begitu, kata gadis berusia 25 tahun itu dirinya agak terkesan sebaik sahaja melihat raut wajah ibunya ketika mereka meraikan hari raya bersama orang lain yang keluarganya lengkap.
BACA JUGA: “Kami Telah Menerima Hakikat,” – ND Lala Tidak Dapat Dihubungi, Syada Amzah Luah Rasa Buat Bapa
“Dari raya pertama rasa rendah diri tengok orang lain ada keluarga lengkap, berpasangan (semestinya saya berasa seronok untuk mereka).
“Semalam saya macam rasa sebak betul! Akhirnya dapat sambut raya dengan adik-beradik lengkap. Jangan salah anggap, beraya berdua dengan ibu saya pun best. Dia layan sahaja saya beraya, tema warna raya tahun ini saya yang pilih dan dia ikut sahaja apa saya nak makan.
“Tetapi saya kesian tengok dia sebab mesti sambil beraya itu dia tengok sahaja orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. la meruntun hati saya,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan adik kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah menerusi coretan panjang di Instastory miliiknya.
Selain itu, dia bagaimanapun, menzahirkan ucapan terima kasih buat saudara mara yang hadir memeriahkan raya mereka sekeluarga.
“Belum dengan saya perlu jaga dia daripada terdengar lagu raya sedih, sebelum dia mula nangis, saya sudah nangiskan dulu dah. Dia yatim piatu, kalau datuk dan nenek masih ada, saya pasti ia akan lebih menggembirakan dia.
“Sekurang-kurangnya adik-beradik perempuannya ada di sisinya. Terima kasih Mak Ngah dan Mak Lang datang beraya. Cucu sedara penuh satu rumah. Saya buatkan dia sibuk sampai semalam bila balik rumah, kami berdua terus K.O! Saya sayang mak,” coretnya lagi.
Terdahulu, ibunya telah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dan mendakwa individu itu mengganggu rumah tangganya bersama penyanyi veteran, ND Lala.
Kemudiaannya pada 3 April lalu, Fauziah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan perceraian terhadap suaminya. Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh Syada.
Sekadar informasi, penyanyi lagu hit Mat Tahir Mat Air itu telah mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada tahun 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Shahila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syada Amzah