Kebelakangan ini, tidak dinafikan memang terlalu kerap kita dengar kes cerai yang terjadi melibatkan artis, pempengaruh dan juga masyarakat di sekeliling kita.
Bagi pasangan yang sudah berkeluarga, sudah pasti ia bukanlah sesuatu yang ‘enak’ didengar kerana kadang-kala kita sebagai orang luar juga terfikir apakah nasib anak-anak apabila kedua ibu dan bapa mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama duduk sebumbung.
Seperti yang terjadi kepada industri hiburan tanah air baru-baru ini dihidangkan dengan khabar penceraian yang melibatkan beberapa selebriti terkenal sehingga mengundang persoalan “apakah yang sudah terjadi?” kepada orang ramai.
Ini disebabkan majoriti daripada pasangan tersebut nampak bahagia di media sosial tetapi rupa-rupanya ada kisah duka terpendam.
Hal ini, bukan sahaja memberi impak kepada masyarakat bukan sahaja kepada pasangan yang sudah berkahwin. Malah, bagi individu bujang atau masih belum berkahwin juga turut merasa cuak, risau jika hal seperti ini berlaku kepada mereka satu hari kelak.
Sama seperti pelakon terkenal, Azhar Sulaiman yang mengakui hal sama. Beliau menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya berkata, dirinya mula sedih, bimbang, dan takut apabila memikirkan isu rumah tangga yang melibatkan rakan-rakan artis.
“Tahun 2024 merupakan tahun yang buruk kepada ramai pasangan selebriti yang telah berpisah. Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar”
Bapa kepada Kasih Iris Leona itu turut mengakui tahun 2024 seolah-olah menjadi tahun malang buat banyak pasangan selebriti yang telah bercerai.
Menerusi perkongsian sama, video bergambar yang dimuat naik oleh Azhar Sulaiman juga dipenuhi dengan kenangan manis bersama isteri tercinta, Chempaka Emalin Pahamin, serta ketiga-tiga cahaya mata mereka yang melengkapkan keluarga kecil itu.
Sementara itu, melihat di ruangan komen, warga internet dan peminat juga mendoakan agar kebahagiaan terus menyelubungi rumah tangga bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 itu bersama isteri tersayang.
Sekadar info, Azhar dan Chempaka telah mengikat tali perkahwinan pada 23 Julai 1995 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin, dan Kasih Iris Leona.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kejadian jam 9.07 pagi pada Ahad, pesawat Jeju Air 7C2216 yang membawa 181 orang penumpang dan kru teribat dalam nahas tergelincir dari landasan lalu merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan.
Pihak berkuasa di sana melaporkan 179 penumpang dan kru yang rata-rata merupakan warga Korea serta dua orang penumpang warganegara Thailand dianggap sudah terkorban setakat jam ini.
Manakala hanya dua orang mangsa yang terselamat. Kedua-dua mangsa wanita itu kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Mokpo.
Beberapa jam selepas nahas dilaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul petang tadi mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam pesawat Jeju Air berkenaan. Namun, pihak kedutaan akan terus memantau rapat insiden berkenaan.
“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yangg berada di dalam pesawat tesebut.
“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden ini, termasuk rakyat dan kerajaan Republik Korea,” catat kenyataan rasmi itu.
Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkuasa Korea Selatan. Begitupun, rakaman awal yang disiarkan oleh stesen TV tempatan menunjukkan pesawat Jeju Air tersebut cuba mendarat tanpa menggunakan gear pendaratan. Gear berkenaan dipercayai pihak berkuasa mengalami kerosakan disebabkan pelanggaran burung.
Ia kemudia tergelincir di atas tanah, merempuh tembok konkrit sebelum meletup dan terbakar. Akibat letupan tersebut, keseluruhan pesawat hampir musnah.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui dirinya dalam keadaan ‘lost’ dan juga keliru selepas mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk membuka hijab, beberapa minggu lalu.
Menerusi hantaran di Instastory, ibu kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan dirinya kini sedang berjuang untuk melawan rasa keliru yang ada dalam dirinya itu.
Bekas peserta program realiti Dewi Remaja itu turut memohon ampun selain berdoa agar Allah mengembalikan dirinya yang dahulu.
“Ya Allah ya tuhanku, kembalikanlah diriku yang dahulu. Aku sangat keliru, sesat dalam dunia ini. Aku sedang berjuang, dan aku akan sentiasa berjuang,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon naskhah drama ‘Suamiku Paling Sweet’ itu meminta orang ramai untuk menitipkan doa buatnya.
“Mohon anda semua doakan saya juga ya,” ujarnya.
Menerusi hantaran terbaharu di platform yang sama, Mawar memohon maaf buat semua pihak terutama rakan media susulan dirinya masih belum bersedia untuk memberi maklum balas terhadap isu berkenaan.
Hasil tinjauan Remaja mendapati, pelakon itu telah pun memadam gambar tidak berhijab yang dikongsikannya sebelum ini. Malah, Mawar ada memuat naik hantaran terbaharu yang menunjukkan beberapa foto dirinya manis berhijab.
Sebelum ini, selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, Mawar Rashid membuat kejutan apabila berkongsi foto dalam keadaan tidak lagi berhijab.
Terdahulu, usahawan popular itu memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya pada bulan Ogos 2020 selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selain membeli key chain, pergi ke Nami Island dan mencuba makanan Korea, apa lagi cara untuk menjadikan percutian kamu di Korea Selatan lebih berbaloi?
Pergi ke lokasi penggambaran K-Drama, of course! Trend ini semakin popular di kalangan backpackers yang menggilai K-Drama. Cer tengok 5 lokasi yang kami senaraikan ini. Mesti korang boleh cam punya.
01
Sanmotoonge Cafe : Coffee Prince
Penulis masih ternantikan peluang untuk melawat kafe di dalam drama Coffee Prince ini. Dinobatkan sebagai kafe paling indah di Seoul kerana dekorasi antiknya serta pemandangan indah, perjalanan ke sana sedikit sukar kerana ia terletak di perkampungan berbukit, Buam-dong.
02
Jujumin Beach : Goblin
Terletak di bahagian paling utara Gangneung, pantai ini adalah lokasi Ji Eun Tak bertemu Goblin selepas meniup lilin pada kek hari jadinya. Apa yang mungkin korang tak tahu adalah terdapat 5 lokasi yang kelihatan seakan sama di sana.
So mana satu yang betul? Perhatikan je pada papan tanda besar yang menyatakan lokasi Goblin. Sediakan skaf berwarna merah dan bunga gandum (buckwheat). Kalau boleh, datang awal kerana ramai yang akan beratur panjang.
03
E-World Amusement Park : Weighlifting Fairy Kim Bok Joo
Walaupun kawan Bok Joo buat kacau daun saja semasa date di antara mereka berdua, tetapi ramai penonton masih merasakan date tersebut adalah antara adegan paling romantik pernah ditunjukkan dalam K-Drama.
Lakukan parodi menyedut straw minuman sama dan parodi melihat bunga api pada waktu malam. Aww romantiknya!
04
N Seoul Tower : Boys Over Flowers
Okay, lokasi ni nampak macam klise kerana ia akan dipenuhi pelancong pada setiap hari. Tetapi tak dinafikan, pemandangan bandar Seoul dari puncak Namsan Mountain adalah antara landmark paling cantik di sana. Selain daripada menguncikan padlock, korang boleh juga menikmati masa di dalam kereta kabel seperti Jan Di dan Jun Pyo..
..atau boleh juga menaiki tangga Sam-Soon yang dinamakan sempena drama My Name is Kim Sam-Soon.
05
Namsan Tower Cable Car : The Legend of the Blue Sea
Haa, sementara korang dekat sana, better pergi ke satu lagi lokasi penggambaran yang tak jauh dari situ. Di kawasan tangga berdekatan, lakukan parodi di rumah Heo Joon Jae daripada drama The Legend of the Blue Sea.
Walaupun hanya boleh mengambil gambar dari luar rumah je, tetapi lokasi ini mesti diingati oleh peminat setia drama tersebut. Jom tempah penginapan dan rancang percutian ke Korea guna kod promo istimewa ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Onz atau tak?Projek siri televisyen HBO Original Harry Potter pada hari ini mengumumkan barisan pelakon generasi baharu yang bakal memegang watak Harry Potter, Hermione...