Peruncit barangan sukan Decathlon akan membuka cawangannya yang terbaharu secara rasmi di Four Seasons Kuala Lumpur City Centre pada 14 Mei ini. Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur yang sibuk, kedai utama baharu Decathlon di Shoppes @ Four Seasons bersedia untuk menjadi kedai Decathlon pertama di dunia yang memberikan pelanggannya lebih daripada sekadar runcit.
Bukan hanya menjual pakaian dan peralatan sukan, ia turut memberikan pengalaman unik kepada pelanggan dengan menggabungkan elemen gaya hidup seperti perkhidmatan fisioterapi, studio kecergasan bersama kelas senaman, restoran makanan sihat dan yoga hotpod pertama di Asia Tenggara.
Korang boleh membeli produk sukan terbaik di pasaran dan pada masa yang sama terus mempraktikkannya di premis mereka. Lengkap dengan kelas sukan yang luar biasa, kemudahan ini pastinya memberikan kelainan dan kemudahan buat mereka yang ingin melakukan aktiviti-aktiviti sihat.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Decathlon membolehkan peminat sukan mencuba produk di tempat sebelum membuat pembelian. Pusat Bandar Decathlon KL menyediakan ruang untuk pelanggan berbuat demikian dengan pelbagai kelas senaman dan sukan yang ditawarkan.
Decathlon juga berhasrat untuk membina komuniti sukan yang mampan melalui flagship store ini dan menggesa pelanggan untuk menyertai Kelab Decathlon MY serta menggunakan sepenuhnya Decastudio yang disediakan. Decathlon bekerjasama dengan Manic Studio by Evomania dan Hot Yo Studio untuk memberikan ahli pengalaman senaman bertaraf dunia.
Selain kedai fizikal, Decathlon juga mempunyai aplikasi mudah alih mereka sendiri untuk lebih mudah diakses oleh pengguna. Ini dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha transformasi digital untuk mengikuti perkembangan dunia teknologi.
Dengan semua tawaran yang disediakan oleh Decathlon, secara dalam atau luar talian, sudah tentu ia dapat menarik lebih ramai lagi pengguna yang tidak bersukan tetapi menjadi lebih semangat untuk bersukan.
Untuk pembukaan secara rasmi Sabtu (14 Mei 2022) ini, 200 pelanggan pertama berpeluang menerima cash voucher bernilai RM50. Ha apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di Decathlon Four Seasons Kuala Lumpur City Centre hujung minggu ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja
untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.