Sukan badminton sudah menjadi salah satu aktiviti rekreasi popular dalam kalangan anak muda Malaysia. Kalau tidak di rumah sendiri atau gelanggang di taman permainan, pastinya korang akan bermain badminton di dewan badminton.
Namun apa pendapat korang jika REMAJA kongsikan sebuah lokasi baharu untuk bermain badminton secara unik iaitu bermain dalam ruang gelap?!
Haa, macam mana pula tu?
Bertempat di Shuttle In The Dark, Twin Towers Fitness Centre dekat Kuala Lumpur, pemain di sini akan diberikan raket dan bulu tangkis bercahaya agar mereka berpeluang merasai pengalaman bermain badminton secara glow in the dark yang pertama seakannya di Malaysia.
Antara pakej yang ditawarkan termasuklah :
Macam menarik, bukan? Kalau korang mahukan kelainan, bolehlah ke sini untuk cuba merasai pengalaman bermain badminton glow in the dark.
Jangan terjatuh pula ya gelap-gelap tu, hehe..**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)