Rasai Penggembaraan Lebih Mencabar Dalam Jumanji: The Next Level

Share

Jika sebelum ini korang pernah menonton Jumanji: Welcome To The Jungle, kini sekuel filem Jumanji telah pun ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.

Ekspedisi empat orang sahabat diteruskan lagi dalam Jumanji: The Next Level dan kali ini, mereka sudah pun berubah menjadi seorang dewasa.

Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia 'Jumanji' untuk menyelamatkan Spencer yang telah disedut dalam permainan video tersebut. Apabila rakannya Milo dan atuk Spencer, Eddie mengetahui perkara itu, dengan tidak sengaja mereka turut disedut masuk ke dunia 'Jumanji' juga.

Apa yang menariknya, mereka menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka juga sudah bertukar. Situasi tidak seperti yang dijangkakan dan kini mereka perlu menggembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi untuk melepaskan diri daripada permainan video tersebut.

Filem ini bermula dengan pengenalan kepada watak-watak pelakon utama yang kini sudah dewasa dan agak sedikit perlahan kerana penonton dah tak sabar untuk menyaksikan ekspedisi mereka dalam dunia 'Jumanji'.

Bila babak permainan video tersebut bermula, barulah penonton rasa excited untuk meneruskan menonton. Kehadiran Milo dan Eddie dalam permainan kali ini sangat mencuit hati. Boleh kami katakan watak mereka menjadi dengan telatah lucu kedua-duanya.

Namun begitu, kami rasakan siapa yang ingin menonton Jumanji: The Next Level perlu menonton filem prekuelnya sebelum ini. Jika tidak, mungkin korang akan rasa sedikit blur dan lost.

Seperti filem-filem yang lepas, ekspedisi Jumanji kali ini tidak kurang cabarannya dan membuatkan penonton di dalam panggung tidak senang duduk. Rasa berdebar-debar setiap kali melihat babak aksi yang ditampilkan dalam filem ini.

Bagi korang yang belum tahun, filem ini juga melakukan penggambaran di kawasan pergunungan, ladang dan lembah Hawaii yang merupakan lokasi sama di mana filem Jurassic Park dijalankan. Sinematografi yang sangat indah dan betul-betul membuatkan penonton merasa seperti berada di satu 'alam' yang lain.

Untuk merasakan sendiri ekpedisi Jumanji kali ini, korang kenalah menonton sendiri di pawagam. Barulah feel!

Published by
Noor Ain Norman