Peranan sebagai peserta pertandingan ratu cantik nyata melebihi sekadar memperagakan kecantikan rupa paras semata. Sebaliknya, mereka merupakan wakil kepada masyarakat sejagat di serata dunia dan seharusnya mempertahankan isu-isu kemanusian.
Susulan perkembangan mendukacitakan antara negara Palestin dan Israel yang mengakibatkan masyarakat di sana hidup dalam ketakutan, juara Miss Universe Filipina 2019; Gazini Ganados akhirnya tampil bersuara di media sosial untuk memberikan gambaran sebenar apa yang sedang dihadapi oleh ayah serta keluarganya yang menetap di Gaza, Palestin.
“Sick to my stomach.” Begitulah luahan Gazini, 28 pada minggu ini apabila memikirkan nasib keluarganya sendiri yang tidak dapat menjanjikan sama ada mereka akan terus selamat dan hidup pada hari berikutnya.
Gazini bersama ayahnya yang berasal dari Palestin. Hubungan kekeluargaan di antara mereka kembali terjalin pada tahun 2020 buat kali pertama.
“Saya telah senyap mengenai konflik peperangan antara Israel dan Palestin kerana seperti ada di antara kamu tahu, baru-baru ini saya kembali berhubungan dengan ayah saya dan keluarga saya yang sedang menetap di Gaza, Palestin.
“Saya menyendirikan diri kerana saya rasakan seperti, “Oh, saya tidak mempunyai maklumat mencukupi untuk menyatakan pandangan,”. Namun (saya sedar) ada perkara yang boleh saya lakukan. Lengkapkan diri (dengan maklumat yang diperlukan).”
Ads
Gazini Ganados sewaktu dimahkotakan oleh Catriona Gray dengan gelaran Miss Universe Filipina 2019 di pertandingan akhir Binibining Pilipinas.
“Perbuatan Hamas membunuh rakyat jelata adalah teruk tetapi apa yang Israel lakukan untuk mempertahankan diri dengan membunuh 10 kali ganda jumlah rakyat Palestin adalah satu kegilaan.”
“Saya tidak lagi akan senyapkan diri mengenai pembunuhan beramai-ramai ini terutama apabila nyawa ahli keluarga saya berada di hujung tanduk.”
“Mengapa masih ramai yang memilih untuk senyap? Apa yang anda takutkan? Takut untuk mempertahankan hak asasi kemanusiaan sewaktu nyawa tidak berdosa melayang?” Gazini persoalkan.
Dalam pada itu, jelitawan itu turut berkongsi mesej perbualan dengan abangnya, @hassan_2000_zxk dan ibu tirinya di sana, @e_no0osaaa dan ia cukup meruntun hati.
Ads
Untuk pengetahuan korang, Gazini telah dibesarkan oleh ibu, atuk dan neneknya di Filipina. Hanya pada Januari 2020, Gazini berpeluang untuk bertemu ayahnya dari Palestin untuk kali pertama namun menyatakan dia tidak pernah berdendam dengan ayahnya itu biarpun tiada komunikasi di antara mereka berdua pernah terjalin.
Sejak 7 Oktober lalu sehingga kini, peperangan di antara pihak Hamas dan Israel masih berlarutan sehingga mengakibatkan ribuan rakyat tidak bersalah maut. Konflik tersebut tambah mencabar apabila satu serangan bom ke arah sebuah hospital di Gaza sehingga meragut sekurang-kurangnya 200 nyawa telah mengejutkan dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka sebenarnya posisi tidur boleh memainkan peranan dalam mengurangkan sedikit rasa sakit yang dialami oleh seseorang individu itu.
Public Health Malaysia telah pun berkongsi sedikit info berkaitan dengan posisi tidur dan kesihatan, serta tip posisi tidur yang terbaik untuk masalah atau penyakit tertentu.
Jom kita lihat antara posisi tidur yang dinyatakan.
1. Tidur atas perut
Ada masalah tidur? Jika ya, posisi tidur seperti ini akan menjadikan tidur korang lebih teruk, gelisah, sakit leher dan sakit belakang
2. Posisi terbaik untuk Gerd
Bagi individu yang mengalami penyakit Gerd, iaitu gangguan penyakit pencernaan yang kronik, korang boleh tidur secara mengiring ke kiri seperti dalam gambar
3. Posisi cegah kedut muka
Ha jangan tak tahu, posisi tidur juga boleh main peranan untuk mencegah kedut pada muka. Jangan tidur tiarap muka dekat bantal, sebaliknya tidur telentang untuk awet muda
4. Sakit belakang, bahu dan leher
Korang boleh letak bantal di kaki. Kedudukan bantal perlu seimbangkan kaki dan kaki yang diatas takkan menarik otot dibelakang
5. Perempuan mengandung
Mengiring ke kiri baik untuk ibu dan bayi, serta lebih darah dan nutrien kepada bayi
6. Mengiring (tangan ke depan)
• 13% tidur dalam posisi ini
• Bagus untuk yang sesak nafas bila berdengkur
• Tapi tidak bagus jika ada sakit sendi arthritis
Selain itu, posisi tidur yang disarankan juga adalah secara mengiring (tangan ke bawah, fetus position), posisi freefall (tidur meniarap dan tangan memeluk bantal) dan tidur secara terlentang.
Selepas ini jika korang mengalami gangguan kesihatan seperti yang dinyatakan, bolehlah mencuba posisi tidur yang sesuai dengan masalah/penyakit yang dialami. Tak salah sekiranya kita cuba berikhtiar kan?
Ramai yang suka makan mee segera. Selain lebih mudah disediakan, ia hanya mengambil masa kurang dari lima minit untuk kita menikmatinya. Malah sejak dulu lagi, bahaya mee segera banyak dikongsikan di media sosial namun makanan ini tetap menjadi pilihan orang bujang khasnya bagi menahan lapar.
Bacalah perkongsian dari Dr Zubaidi Ahmad mengenai cara memasak mee segera ini dengan teknik yang betul seperti dikongsikannya. Tetapi adalah lebih baik kita menikmati makanan lebih berkhasiat dari mee segera dengan memakan makanan lebih berkhasiat.
Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mee segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya. Jadikan mee segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain yang boleh didapati.
Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mee segera itu.
CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA
Biasanya, cara kita memasak mee segera ialah dengan meletakkan mee ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mee itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE :
1. Rebus mee di dalam periuk air. 2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet. 3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api. 4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee. 5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering. Mee segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
APA ITU MSG?
MSG ialah 'Mono Sodium Glutamate' sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita. .
*1 – Perasa
*2 – Pewarna
*3 – Penaik
*4 – Penstabil
*5 – Pemanis
*6 – Pengawet .
Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita. #HealthDrZubaidi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini telah tular gambar Datin Seri Dayang Noor Camelia Abang Khalid yang dimuat naik jurusolek terkenal Malaysia, Khir Khalid di media sosial. Menerusi kapsyen hantaran tersebut, wanita anggun itu telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Majlis Santapan Malam sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-259 di Istana Negara.
Menerima lebih enam ribu tanda suka, pujian demi pujian diberikan kerana Camelia masih lagi kekal anggun seperti permulaannya dalam dunia seni suatu ketika dahulu. Apatah lagi wajahnya dirias oleh jemari jurusolek terkenal itu.
Menarik perhatian penulis adalah busana yang digayakan oleh pemenang Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik Malaysia 1998 ini. Beliau tampil mewah dan memukau dalam persalinan Gajah Oleng, busana ini merupakan pakaian tradisi atau busana adat persandingan Melayu Sarawak.
Seperti yang dijelaskan oleh Danny Zulkifli yang merupakan pemilik jenama dkeringkam yang bertanggungjawab menata gaya Camelia dalam satu hantaran di Instagram, “Walaupun terdapat pelbagai pengaruh dari pelbagai budaya di sekitar Nusantara, busana ini tetap memiliki identiti tersendiri melambangkan budaya Melayu Sarawak.
“Perhiasan mahkota bertingkat-tingkat yang mempunyai identity tersendiri dengan bentuknya seperti telinga gajah dan perhiasan kecilnya yang teroleng-oleng atau bergoyang kemungkinan besar busana ini digelar Gajah Oleng.”
Busana tradisi yang menyerlahkan aura mewah ini menggunakan fabrik Kain Berunei yang merupakan songket tenun Melayu Sarawak dan dilengkapkan dengan pemakaian keringkam.
Jelasnya lagi, “Busana ini mempunyai beberapa komponen penting dari perhiasan kepala hingga kaki. Semunya mesti diatur mengikut aturan tertentu. Rambut mestilah disanggul lipat pandan. Busana ini dipakai sedemikian rupa sejak dahulu sehingga ke hari ini. Tukang hias atau tukang dandan mewarisi ilmu ini dari generasi ke generasi.”
Gaya pemakaian Gajah Oleng pada sekitar tahun 1960an. Kredit foto: Kuching In And Out
Menurut artikel yang disiarkan oleh laman sesawang kuchinginandout.com, kewujudan Gajah Oleng dalam masyarakat Melayu Sarawak boleh dibuktikan melalui rekod yang diterbitkan seawal pertengahan abad kesembilan belas, semasa pentadbiran James Brooke.
Ia disebut oleh Harriette McDougall dalam bukunya, Sketches of Our Life at Sarawak (1882) ketika dia menghadiri majlis perkahwinan cucu Datu Temenggong, Matussin dengan anak perempuan Nakhoda Sadum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini...