Ratu Cantik Lupakan Gelaran, Kembali Jadi Doktor Perangi Wabak COVID-19

Share

Di saat seluruh dunia sedang berperang melawan pandemik COVID-19, barisan tenaga hadapan seperti doktor, jururawat dan mereka yang terlibat secara langsung sudah pasti ditagih untuk membantu pesakit yang disahkan positif.

Ternyata apa yang dilakukan oleh Ratu Cantik England ini, Dr Bhasha Mukherjee harus diberi pujian kerana memahami betapa ilmu yang ada padanya boleh disalurkan kepada golongan memerlukan rawatan saat ini.

Ya inilah dikatakan, beauty with brain. Tahu untuk melakukan sesuatu yang berfaedah di saat masa yang sesuai.

Dr Bhasha Mukherjee kembali bertugas untuk membantu perangi pandemik covid-19

Kata Dr Bhasha Mukherjee, saya rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan pandemik COVID-19, termasuk rakan-rakan sekerja saya.”

Dan demikian gadis manis dari United Kingdom ini berkata  dia sanggup melupakan hasrat menamatkan misi kerja amal di luar negara dan pulang ke negara asal untuk kembali berkhidmat sebagai doktor dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

Mukherjee, yang sebelum ini dimahkotakan Miss England dua tahun lalu, berehat dari karier utama beliau sebagai doktor junior bagi memberi fokus dalam pertandingan ratu cantik dunia Miss World pada Disember 2019.

Difahamkan, wanita berusia 24 tahun itu berada di India sepanjang Mac lalu bagi mewakili sebuah komuniti kebajikan sebagai duta dalam memberikan bantuan kepada beberapa sekolah dan rumah kebajikan di sana.

Dr Bhasha Mukherjee banyak melakukan kerja amal di India sebelum kembali ke bidang perubatan di saat wabak covid-19 mengganas di seluruh dunia

Mukherjee, bagaimanapun, berkata beliau membuat keputusan untuk kembali berbakti selepas melihat situasi negara berdepan pandemik yang semakin teruk.

Katanya, beliau juga menerima mesej daripada rakan-rakan di Hospital Pilgrim di Boston, hospital lama tempat beliau pernah bekerja, yang turut menceritakan kepadanya situasi sukar dihadapi mereka ketika ini.

“Bila kamu membuat aktiviti kemanusiaan di luar negara, kamu masih dianggap sebagai ratu cantik yang memakai mahkota, sentiasa bersedia untuk nampak menawan.

“Tetapi, saya teringin untuk pulang ke rumah. Saya teringin datang dan terus pergi bekerja,” katanya.

Beliau yang pada asalnya sudah merancang untuk memberi fokus kepada kerja-kerja kemanusiaan sehingga Ogos tahun ini, tanpa keberatan menghubungi pihak pengurusan hospital untuk memberitahu hasratnya kembali bertugas sebagai pegawai perubatan.

“Saya telah diundang untuk ke beberapa buah negara seperti Afrika, Turki, India, Pakistan juga negara-negara di Asia untuk menjadi duta kepada kerja-kerja amal,” katanya kepada agensi berita CNN.

Bagi Mukherjee, beliau kagum melihat bagaimana seluruh dunia menghargai petugas barisan hadapan dan berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada mereka kerana mengetahui beliau juga mampu untuk membantu.

“Tiada saat yang indah bagi saya untuk bergelar Ratu Cantik England sementara membantu di saat England memerlukan,” katanya.

United Kingdom setakat Selasa mencatatkan 51, 608 kes jangkitan dan 5,373 kematian akibat COVID-19. Sumber : ASTRO AWANI

Published by
Almaswa Haji Che Ros