Kisah keluarga Diraja England sememangnya menjadi perhatian ramai. Lihat sahajalah pada karya-karya moden popular menerusi siri televisyen, naskhah dalam talian dan filem seperti The Crown dan Spencer yang banyak mengambil inspirasi dari sejarah, konflik dan juga kegemilangan keluarga terkenal ini.
Jika anda penonton tegar siri The Crown yang disiarkan di Netflix, pastinya anda akan kenal dengan figura Camilla Parker-Bowles yang merupakan kekasih gelap Putera Charles yang kini bergelar isterinya sejak tahun 2005.
Biarpun hubungan mereka mencetus kontroversi dalam keluarga Diraja kerana mengadakal skandal cinta saat Putera Chales masih bergelar suami kepada Puteri Diana, namun kasih yang teguh sehingga kini membuktikan bahawa bakal Raja England itu benar-benar telah menemui cinta sejatinya.
Camilla yang merupakan seorang janda anak dua sebelum berkahwin dengan Putera Charles. Beliau sebelum ini tidak disukai ramai dan kerap dibandingkan dengan Puteri Diana, namun begitu kini perlahan-lahan diterima baik bukan sahaja dalam keluarga Diraja bahkan oleh rakyat jelata juga.
Terbaharu, dalam ucapan sempena Acsession Day, Ratu Elizabeth II telah bertitah yang dia mahu Camilla digelar queen consort atau permaisuri apabila Putera Charles menaiki takhta kerajaan itu nanti.
Titah baginda, “’Lambat laun, anak saya Charles akan menjadi Raja, saya tahu anda akan memberikan dia dan isterinya Camilla sokongan yang sama seperti yang telah anda berikan kepada saya; dan saya sangat berharap, apabila tiba masanya, Camilla akan dikenali sebagai Permaisuri dan dia akan meneruskan perkhidmatan dengan setia.”
BACA JUGA: Puteri Beatrice Pilih Gaun Ratu Elizabeth II Untuk Majlis Kahwinnya
Baginda dikatakan kagum dengan kerja keras yang ditunjukkan oleh menantunya dan sokongan yang ditunjukkan kepada Putera Charles tanpa berbelah bahagi.
Kini, Camilla digelar sebagai Duchess of Cornwall mengambil gelaran kebesaran suaminya. Walaupun Putera Charles digelar Duke of Wales, namun Camilla tidak digelar Duchess of Wales kerana sebagai tanda hormat kepada mendiang Puteri Diana yang digelar Princess of Wales sebelum ini.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Dailymail