Ratu Elizabeth II Jadi “Barbie”, Dijual Pada Harga RM324

Share

Khamis lalu, Ratu Elizabeth II telahpun menyambut hari lahirnya yang ke 96 tahun. Baginda yang dilahirkan pada 21 April 1926 menaiki takhta ketika berusia 26 tahun sejurus kematian ayahandanya, Raja George VI.

Tahun ini juga merupakan baginda menyambut jubli platinum pemerintahan yang menandakan genap 70 tahun sebagai ratu. Sempena dengan hari bersejarah ini, Mattel telah mengeluarkan koleksi khas Barbie yang diinspiraikan berdasar wajah dan juga stail fesyen peribadi Ratu Elizabeth II.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter Barbie, tertulis, “Dengan 70 tahun perkhidmatan, Ratu Elizabeth II merupakan monarki British yang paling lama berkhidmat, dan yang pertama meraikan Jubli Platinum. Barbie meraikan peristiwa penting ini dengan anak patung dalam rupa baginda, berpakaian gaun putih gading, selempang biru dan mahkota mewah.”

Stail yang dizahirkan pada patung tersebut cukup menawan dengan pemakaian gaun labuh kembang rona putih gading dan dipadankan bersama selempang berona biru lengkap dengan replica kebesaran seperti yang selalu digayakan Ratu Elizabeth II.

ARTIKEL BERKAITAN: Barbie Lancar Koleksi Patung ‘Role Model’, Inspirasi Petugas Barisan Hadapan

Selain itu, gaya rambut yang diserlahkan juga mengambil inspirasi dari stail peribadi baginda. Manakala mahkota yang diletakkan di atas kepala pula merupakan rekaan yang diambil dari mahkota yang dipakai oleh figura popular ini ketika hari pekahwinannya.

Patung Barbie ini dijual pada harga US$75 ataupun bersamaan RM324 dan ia sudah pun habis dijual pada Jumaat lalu. Walaupun seorang pelanggan hanya boleh membeli sebanyak tiga patung sahaja, nilai ekslusiviti patung tersebut menjadi buruan peminat Barbie terutamanya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen