Ibu mana yang tidak dilanda perasaan sedih apabila anaknya terpaksa bergelut dengan kepayahan serta kesilapan dalam hidupnya sendiri.

Perasaan tersebut lebih dirasai apabila pasangan ibu dan anak itu sepopular Ratu Britain, Ratu Elizabeth II dan Putera Andrew. Hubungan mereka kembali diperkatakan media seluruh dunia susulan tindakan terbaru yang diambil ke atas putera raja itu.

Semalam, Ratu Elizabeth II dimaklumkan ‘terpaksa’ melucutkan gelaran tentera kehormat Putera Andrew sebelum terikh perbicaraan sivil terhadap Putera Andrew di Amerika Syarikat semakin hampir. Seperti yang REMAJA pernah laporkan dahulu, perbicaraan tersebut dijalankan berikutan kes serangan seksual terhadap seorang wnaita bernama Virginia Giuffre ketika berusia 17 tahun; satu pertuduhan yang dinafikan oleh pihak Putera Andrew secara mutlak.

Ratu Elizabeth II ‘Sedih’ Perlu Lucutkan Gelaran Putera Andrew Akibat Kontroversi
Virginia Giuffre bersama-sama peguamnya, David Boies. FOTO : Daily Mail menerusi Reauters.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Lelaki Ratu Elizabeth II Disaman Di Mahkamah New York Atas Kes Penganiayaan Seksual – REMAJA

Sejak temubual televisyen yang memaparkannya pada tahun 2019 dan teruk diasak dengan pelbagai pertuduhan, Putera Andrew semakin memencilkan diri daripada kemunculan awam. Namun beliau masih mengekalkan gelarannya sebagai Duke of York dan jawatan Kaunselor Negara yang dianugerahkan kepada kesemua anakanda Ratu Elizabeth II demi membolehkan mereka melaksanakan tugas buat sementara waktu.

Ads

Begitupun, status Putera Andrew sebagai ‘anak kesayangan’ Ratu Elizabeth II tidak mencukupi untuk menghalang ibunya itu untuk mengambil tindakan melucutkan jawatannya.

Keputusan itu diumumkan oleh Istana Buckingham melalui satu kenyataan ringkas hari Khamis lalu. Hasil tindakan ini, Putera Andrew kini kehilangan naungan dirajanya dan tidak lagi akan menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’.

Ratu Elizabeth II ‘Sedih’ Perlu Lucutkan Gelaran Putera Andrew Akibat Kontroversi
Kenyataan rasmi oleh Istana Buckingham.
Ratu Elizabeth II ‘Sedih’ Perlu Lucutkan Gelaran Putera Andrew Akibat Kontroversi
Momen gembira keluarga diraja Britain tidak lama dahulu sewaktu majlis perkahwinan Puteri Eugenie. Putera Andrew (paling kanan berdiri) turut serta dalam foto tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Kate Middleton, Bakal Permaisuri Yang Menginjak Usia 40 Tahun – REMAJA

Ads

Lapor media Britain, Ratu Elizabeth II bersetuju untuk mengambil keputusan itu setelah melakukan perbincangan dengan Putera Charles dan Putera William. Malah, Putera Andrew juga khabarnya telah dipanggil ke Istana Windsor bersama peguamnya untuk sesi perbincangan.

Ratu Elizabeth II ‘Sedih’ Perlu Lucutkan Gelaran Putera Andrew Akibat Kontroversi
Muka hadapan akhbar di Great Britain dipenuhi kisah perlucutan jawatan dan gelaran Putera Andrew.

Sekalipun Putera Andrew memenangi perbicaraan dan tidak dipersalahkan, imej beliau yang sudah tercalar akibat spekulasi umum ini tetap akan membawa impak kepada keluarga diraja Britain. Tambahan pula, Ratu Elizabeth II dijadualkan untuk meraikan ulang tahun pemerintahan baginda yang ke-70 pada bulan Jun ini. Oleh itu, keluarga diraja seboleh mungkin ingin ‘menjauhkan diri’ mereka dari segala kontroversi yang boleh merencatkan imej monarki.

Ratu Elizabeth II ‘Sedih’ Perlu Lucutkan Gelaran Putera Andrew Akibat Kontroversi
Putera Andrew bersama adindanya, Puteri Eugenie dan Puteri Beatrice.

Untuk pengetahuan, Putera Andrew merupakan ayahanda kepada dua orang cucunda Ratu Elizabeth II iaitu Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie hasil perkahwinan bersama Duchess of York, Sarah Ferguson yang popular dengan gelaran ‘Fergie’.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN : Tiara Ratu Elizabeth Dipinjam Sekali Lagi, Kali Ini Kepada Puteri Eugenie – REMAJA

BACA LAGI : Pengebumian Bermakna! Lihat Titisan Air Mata Putera Charles & 5 Momen Lain – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI