Kalau hendak diikutkan, soal ‘claim’ antara warganet di rantau Asia Tenggara tidak pernah senyap.
Ada je subjek identiti atau kebudayaan yang ingin direbut oleh semua negara; baik makanan, pakaian, tarian dan macam-macam lagi.
Terbaru, wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss World 2021, Dr Lavanya Sivaji telah menjadi sasaran lebih 16,000 warganet Indonesia yang menuduhnya ‘claim’ fabrik batik sebagai fabrik yang berasal dari Malaysia semasa dia mempertontonkan gaun hijau-hitam, baru-baru ini.
Lalu, demi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh, wanita berusia 25 tahun itu pantas memohon maaf sekiranya ada masyarakat Indonesia yang terasa hati dan menyalah anggap apa yang diperkatakannya sebelum ini.
Ads
Kata Dr Lavanya menerusi satu muat naik di Instagram, dia menjelaskan bahawa Malaysia juga mempunyai versi batiknya sendiri.
“Saya tahu perkataan Batik itu berasal dari Jawa termasuklah rekaannya dan sejarah di sebaliknya. Namun ada juga beberapa negara lain yang mempraktikkan elemen, rekaan dan motif seakan sama; seperti di Malaysia, Sri Lanka dan India. Sama ada (batik) berasal dari Malaysia, Indonesia atau negara lain, saya akan sentiasa merasa bangga menyarungkan Batik.
“Saya terus merasa bersemangat sebagai pemakainya,” jelasnya.
Ads
Untuk pengetahuan, Dr Lavanya baru saja memenangi gelaran Miss World Malaysia pada hari Ahad lalu. Sehari kemudian, dia berkongsi foto dalam rekaan gaun berkenaan dan menyebut Batik sebagai simbol diversiti di Malaysia. Namun sejak menerima kecaman daripada peminat ratu cantik Indonesia termasuklah yang memanggilnya sebagai ‘badut’, Dr Lavanya telah menukar sedikit kapsyen pada foto tersebut dengan berterima kasih kepada perekanya yang menyiapkan gaun untuknya.
Ads
Demi mengelakkan mana-mana komen yang tidak beradab singgah ke akaun Instagram-nya, Lavanya juga bertindak memadamkan fungsi komen pada setiap foto yang dimuat naik sebelum ini.
Harapnya, Dr Lavanya kuatlah berdepan dengan kecaman sedemikian. Biasalah, apa je yang tak di-claim oleh jiran seberang. Eh!
Dr Lavanya akan mewakili negara ke pertandingan Miss World 2021 yang dijadualkan berlangsung di San Juan, Puerto Rico pada bulan Disember ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelagat seorang lelaki yang sedang merajuk gara-gara kesilapan pekerja pam “set” membuatkan dirinya merajuk menjadi tular di media sosial.
Sinar Harian dalam perkongsian beritanya memaklumkan, gelagat seorang penunggang motosikal yang merajuk di sebuah stesen minyak mencuit hati warganet. Video berdurasi 1 minit 21 saat itu dikongsi Firdaus Moetar dalam Facebooknya itu memberitahu, kejadian tersebut berpunca daripada pihaknya.
“Merajuk selepas staf salah 'set' pam, maafkan kesilapan kecil kami ini," kata Firdaus yang dipercayai pekerja di stesen minyak tersebut.
Video tersebut memaparkan seorang penunggang motosikal yang sedang merajuk enggan berganjak dari kawasan pam minyak walaupun seorang pekerja telah mengisi minyak dan mengalihkan motosikalnya dari kawasan itu.
Gelagat penunggang tersebut yang tetap berdiri di kawasan berkenaan menyebabkan pekerja terbabit datang semula memujuk penunggang motosikal itu, namun dia bertindak membelakangkan pekerja stesen minyak tersebut sebagai reaksi terhadap kesilapan dilakukan pihak terlibat.
Perkongsian video tersebut kini tular di Facebook yang kini meraih 241,000 tontonan dan 2,900 tanda suka dan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat penunggang terbabit.
Are Myrul berseloroh “Kenapa tak dukung sahaja, timang-timang dia letak tepi, comel sahaja tengok, hahaha."
Tonton video di bawah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum, seorang remaja maut selepas menyertai cabaran ‘Benadryl Challenge’ di aplikasi TikTok yang memerlukan pengguna mengambil ubat alahan melebihi dos disarankan.
Kali ini ubat batuk pula yang digunakan sebagai ‘ramuan lentok istimewa’ dalam masakan hidangan ayam yang dikenali sebagai ‘Cabaran Sleepy Chicken’. Trend yang sangat luar biasa dan berisiko ini menjadi tular di TikTok. ‘Sleepy Chicken’ juga telah mendapat banyak perhatian daripada doktor dan profesional perubatan.
Dalam laporan berita yang dikeluarkan di portal astro AWANI, Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa memasak ayam dalam ubat batuk seperti itu bukan sahaja menjadikan hidangan tersebut tidak menyelerakan tetapi juga boleh menjadi sangat berbahaya.
‘Cabaran Sleepy Chicken’ ini menyeru orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.
Paling menakutkan, pakar juga mendakwa ubat yang dididihkan itu juga boleh menjadikannya lebih pekat dan mengubah sifatnya.
“Walaupun anda tidak makan ayam, menyedut wap ubat semasa memasak boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan anda, dan boleh membahayakan paru-paru,” jelas amaran FDA itu lagi.
Tiada kematian dilaporkan mengenai trend setakat ini. Tetapi pakar mencadangkan bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dalam hal trend seperti Sleepy Chicken.
Hmm, walaupun korang suka berekperimentasi dengan masakan tapi jangan sampai membahayakan kesihatan dan diri okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berdasarkan laporan dari media kerajaan Saudi, sebuah bas yang membawa jemaah umrah ke kota suci Mekah terbakar selepas perlanggaran di jambatan semalam yang turut mengorbankan nyawa 20 individu dan mencederakan puluhan jemaah yang lain.
Insiden di wilayah selatan Asir itu dikatakan terjadi pada minggu pertama Ramadan yang turut dikenali sebagai masa tersibuk untuk jemaah melakukan ziarah umrah, dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam dijangkakan akan menunaikan haji tahunan.
Bas itu dikatakan melanggar jambatan, kemudian terbalik dan terbakar.
“Menurut maklumat awal yang kini kami terima, jumlah kematian dalam kemalangan ini mencecah 20 orang, dan jumlah kecederaan adalah kira-kira 29 orang,” lapor saluran Al-Ekhbariya yang bersekutu dengan kerajaan.
Ianya turut melaporkan bahawa mangsa mempunyai kewarganegaraan yang berbeza tetapi tidak menghuraikannya secara terperinci lagi atas faktor siasatan yang masih dijalankan.
Saluran itu turut berkata bas itu mengalami “masalah teknikal”, tanpa menyatakannya secara spesifik, manakala akhbar swasta Okaz berkata kemalangan itu berpunca daripada masalah dengan brek. Sehingga kini, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Malaysian Reserve, Ahram Online, News Strait Times
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...