Tahniah diucapkan kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang telah dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) dengan membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Pemenang pingat perak sukan Olimpik Rio 2016 dan pingat gangsa sukan Olimpik London 2012 berusia 28 itu merupakan di antara 1,326 penerima darjah kebesaran serta pingat.
Mendahului senarai penerima darjah kebesaran ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang menerima darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D A) yang membawa gelaran Datuk Amar.
Ads
Turut menerima darjah kebesaran sama ialah bekas anggota Kabinet pertama Sarawak selepas pembentukan Malaysia pada 1963, Allahyarham Datuk Seri Pengiran Hipni Pengiran Annu.
Dengan pencapaian yang telah diraih oleh atlet muda itu, kami pasti gelaran ini wajar diberikan kepadanya.
Sekali lagi, berita baik bagi Institusi Pengajian Tinggi negara, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini diiktiraf sebagai universiti ke-146 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024.
Pencapaian UMPSA ini meletakkan universiti itu berada di kedudukan ke-3 di Malaysia, sekaligus menjadikan ia universiti nombor satu terbaik di bawah Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
Menurut Naib Canselor UMPSA, Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, UMPSA adalah sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan dan teknologi dan kini telah pun berusia 22 tahun.
Kredit: UMPSA News
“Indikator yang menjadi kekuatan UMPSA adalah kualiti penyelidikan”
“Pencapaian ini turut membuktikan bahawa UMPSA berada di landasan yang tepat selari dengan Pelan Strategik UMPSA 2021-2025 dalam memacu kecemerlangan agar setanding dengan universiti terkemuka di dunia amnya dan di Malaysia khasnya,” katanya.
Tambahnya, UMPSA memberikan tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan.
Dalam pada itu, THE Young University Rankings 2024membuat penilaian berdasarkan kualiti penyelidikan (30%), pengajaran (29.5%), persekitaran penyelidikan (29%), pandangan antarabangsa (7.5%) dan pendapatan industri (4%).
Kredit: NST Asset
Beliau berkata, prestasi cemerlang UMPSA ini juga mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen utuh dari warga universiti dan kerjasama strategik yang produktif bersama pihak industri, agensi, sektor awam, serta tidak ketinggalan, dan alumni.
“UMPSA sentiasa komited mencipta inovasi dan keunikan dalam penawaran program akademik melalui jalinan strategik di peringkat antarabangsa,” ujarnya.
Sementara itu, UMPSA menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi dan program pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Termaju (Advanced TVET).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengarah terkenal, Syamsul Yusof, meluahkan rasa bangga dan terharu apabila putera sulungnya, Syaikhul Islam, menerima anugerah ‘Player of the Year’ daripada Kuala Lumpur FC.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Syamsul mengungkapkan rasa bangga sebagai seorang ayah terhadap pencapaian luar biasa anaknya itu dalam sukan bola sepak. Menurutnya, kejayaan Syaikhul turut menggembirakan seluruh ahli keluarganya.
“Anak lelaki saya dapat best soccer ‘player of the year’ award from Kuala Lumpur FC. Ayah and seluruh ahli keluarga bangga dengan kamu Syaikhul Islam. Alhamdulillah,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada Syaikhul. Ibu Syamsul, Datin Patimah, turut menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian cucu kesayangannya itu.
Tanda pisah (–) merupakan antara tanda baca yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu. Tanda pisah disebut sebagai “dash” dalam bahasa Inggeris.
Menurut buku Gaya Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en.
Tanda pisah harus dibezakan dengan tanda sempang (-) kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berlainan.
Tanda sempang ialah garis pendek yang melintang untuk menceraikan suku kata dan menjadi tanda hubung atau tanda sengkang. Dalam bahasa Inggeris, tanda sempang disebut sebagai “hyphen”.
Dari segi penulisan tanda pisah dan tanda sempang, jarak merupakan aspek yang terpenting. Bagi tanda pisah, perlu ada jarak sebelum dan selepas penggunaan tanda tersebut. Contohnya, Kuala Lumpur – Johor. Bagi tanda sempang pula, tidak akan ada jarak pada sebelum dan selepas penggunaan tanda tersebut. Contohnya, perkataan “bersama-sama” dan perkataan “kuih-muih” yang tidak ada jarak selepas tanda sempang.
Antara fungsi dan penggunaan tanda pisah adalah seperti yang berikut:
Pengganti kepada kata hubung “ke” atau “hingga.”
Contoh: Januari – Mac, Tahun 2010 – 2020, Negeri sembilan – Johor
Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau diakhir ayat.
Contoh: Kejadian itu meninggalkan kesan kepada diri saya – gembira, sedih dan kesal.
Menyisipkan kata, frasa, klausa dalam ayat bagi menunjukkan aliran fikiran penulis yang berubah-ubah, terganggu, atau terhenti.
Contoh: Semasa saya meninggalkan syarikat itu – hampir 15 tahun saya di sana – jawatan terakhir saya ialah sebagai pengurus.
Memberikan keterangan yang lebih jelas dalam sesebuah penulisan.
Contoh: Rangkaian temuan ini – evolusi, teori kenisbian, dan kini juga pembelahan atom – telah mengubah persepsi kita tentang alam semesta.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga menjernihkan kekeliruan yang pernah dihadapi oleh pembaca sebelum ini.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh PROF. MADYA DR. RAMALINGGAM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun telah meraih pencapaian yang membanggakan apabila muncul sebagai salah seorang pelajar terbaik...