Ratusan Staff Bakal Hilang Kerja, AirAsia Masih Bergelut Kesan COVID-19

Share

COVID-19 yang mencetuskan pandemic di seluruh dunia bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia.

Ternyata apa yang ditakuti, bermula dari penurunan harga minyak mentah, pemotongan gaji pekerja, ketiadaan bonus dan sebagainya dan terkini pembuangan pekerja.

Jun lalu, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengumumkan telah membuang seramai 11 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera sebagai usaha untuk membendung kos operasi mereka.

Terbaru, AirAsia sekali lagi dilaporkan bakal membuang ratusan kakitangan lagi menjelang akhir bulan ini. Syarikat penerbangakan tambang murah ini, mempunyai sekitar 25,000 kakitangan seluruh dunia dengan 10,000 daripadanya adalah pekerja Malaysia.

Menurut sumber yang mendengar taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat, tiada angka terperinci diberikan dalam pembuangan kali ini namun ianya melibatkan beberapa ratus lagi tenaga kerja AirAsia Berhad.

Sumber: AirAsia Newsroom

Memetik kata Riad , pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam; tenaga kerja yang terlibat akan dimaklumkan Khamis ini berserta dengan jumlah pampasan yang bakal diterima.

AirAsia bagaimanapun akan terus menyediakan bantuan asas kepada mereka seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 ini.

“Dari perspektif perniagaan, kami sudah mencuba sebaik mungkin sejak beberapa bulan lepas untuk mengurus syarikat.

Bagi pekerja yang tidak terlibat, usaha harus ditingkatkan dalam menjalankan tugas anda. Gaji anda juga tidak akan dipotong.”

 

Sumber turut memaklumkan, selain daripada membuang kakitangan, antara beberapa langkah yang dilaksanakan AirAsia ialah:

1. Beberapa ratus tenaga kerja lain akan ditawarkan cuti tanpa gaji sehingga keadaan kembali pulih, dan
2. Air Asia X semak semula gaji pokok tenaga kerja dengan hanya 25% bayaran.

Akhir Ogos lalu, AirAsia X Bhd (AAX) telah mencatatkan kerugian bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu RM207.11 juta kepada RM305.24 juta.

 

Published by
Ruziana Zainal