Seperti yang diketahui oleh peminat Blackpink, Lisa akan membuat kemunculan semula sebagai penyanyi solo tak lama lagi.
Terbaru, Lisa telah melancarkan video teaser untuk lagu baru solo berjudul Rockstar yang bakal dilancarkan pada 28 Jun ini.
Walaupun hanya teaser, Lisa atau nama sebenar Lalisa Manobal telah membuktikan popularitinya apabila video itu telah berjaya meraih lebih 5 juta tontonan di YouTube dan lebih 63 juta tontonan di Instagram Reels dalam waktu yang singkat.
Berdasarkan video yang dimuat naik, Lisa dilihat telah merakam muzik video
Rockstar di Thailand termasuk salah satu kawasan pasar paling sibuk yang terletak di Yaowarat Road.Menurut laporan, anggota Blackpink itu telah membayar sebanyak 20,000 Baht iaitu bersamaan lebih kurang RM2560 kepada semua pemilik kedai di situ supaya mereka menutup perniagaan buat sementara waktu bagi penggambaran muzik video Rockstar. Difahamkan, terdapat ratusan kedai yang beroperasi di Yaowarat Road.
Sekadar info, ini merupakan solo terbaru Lisa selepas keluar dari YG Entertainment. Kini, Lisa telah bernaung di bawah syarikat muziknya sendiri iaitu LLOUD.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.