Setiap tahun, sambutan Hari Halloween disambut meriah oleh masyarakat luar, khususnya para selebriti luar negara. Waktu inilah mereka akan menonjolkan kreativiti memilih kostum terbaik untuk diperagakan semasa Hari Halloween.
Namun, siapa sangka sambutan Hari Halloween tahun ini menjadi satu peristiwa hitam buat rakyat Korea Selatan.
Mengikut, laporan Yonhap memetik pihak berkuasa bomba pada Ahad, lebih 149 orang terkorban manakala puluhan lagi yang lain cedera dalam insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween.
Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol turut mengumumkan tempoh berkabung dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang susulan insiden rempuhan ketika perayaan Halloween di Seoul.
Apa yang perlu diketahui mengenai tragedi ngeri ini?
1) Kota yang sudah sedia padat
Umum perlu ketahui bahawa bandar raya Seoul sendiri sudah padat dengan populasi sejumlah 10 juta orang. Tanpa keraian seumpamanya, penduduk tempatan sudah sedar akan suasana keramaian dan kesesakan harian. Sekarang ditambah pula dengan penganjuran pesta malam Halloween yang membuatkan lebih ramai orang dari luar Seoul tiba di kota itu, lalu memenuhi kawasan utama, baik di jalanan yang luas mahupun lorong sempit di sekitarnya.
2) Mangsa remaja.
Ads
Dianggarkan seramai 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk sambutan Halloween yang terbesar dan diadakan di kawasan terbuka sejak pandemik bermula. Sebahagian besar mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi adalah remaja dan orang dewasa berusia 20-an.
3) Serangan jantung penyebab kematian
Disebabkan terperangkap di lorong yang sempit, keadaan menjadi tidak terkawal seterusnya menyebabkan ramai daripada mereka mengalami sesak nafas. Mereka cuba menolak antara satu sama lain untuk mencari ruang bernafas. Seorang mangsa terselamat berkata orang ramai mula jatuh dan menghempap satu sama lain akibat ditolak.
4) Kostum Halloween jadi kostum kematian
Ramai mangsa terbaring di jalan raya memerlukan bantuan pernafasan dilihat memakai pelbagai kostum sambutan Halloween.
Ads
5) Ribuan petugas kecemasan dihantar ke lokasi kejadian
Lebih daripada 1,700 petugas perubatan kecemasan diarah untuk turun ke lokasi kejadian termasuk 517 anggota bomba, 1,100 pegawai polis dan kira-kira 70 kakitangan kerajaan.
6) Sukar mengenal pasti identiti mangsa
Pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenal pasti mangsa. Mereka juga telah meminta bantuan keluarga mangsa mengecam mayat ahli keluarga mereka.
7) Pelancong asing meninggal dunia
Ads
Sekurang-kurangnya 19 warga asing disahkan maut dalam kejadian rempuhan tersebut, termasuk antaranya berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway. Kerajaan bandar Seoul juga menerima banyak laporan tentang kehilangan pelancong asing.
8) Jumlah mangsa mungkin bertambah
Laporan terkini memaklumkan setakat ini seramai 151 orang dilaporkan meninggal dunia. Pihak berkuasa kesihatan tempatan menjangka angka itu mungkin akan terus meningkat. Ini kerana mangsa yang cedera dan kritikal yang kini dirawat di hospital juga agak ramai. Kerajaan juga akan membantu proses pengebumian dan menggerakkan perkhidmatan perubatan kecemasan untuk merawat pesakit termasuk menugaskan penjawat awam bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah berdepan dengan isu yang tular di media sosial pada minggu ini, usahawan dan ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Mohamed serta syarikat kendaliannya telah menarik balik permohonan penjenamaan produk Daging Harimau Menangis daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Beliau berkata sedemikian menerusi satu sidang media ringkas yang diadakan secara virtual sebentar tadi.
“Saya membuat keputusan membatalkan trademark Harimau Menangis secepat mungkin. Tindakan saya (memohon hak penjenamaan) itu sebenarnya untuk melindungi jenama perniagaan dan agen daripada produk-produk tiruan.
“Saya memohon maaf dan sedar kekhilafan yang telah dilakukan. Saya berharap keputusan ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan. Saya juga berharap isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” jelas beliau.
Tambahnya, beliau tidak sesekali berniat untuk menutup periuk nasih sesiapa terutamanya peniaga produk daging Harimau Menangis ataupun produk yang seakan dengannya.
Terdahulu, warganet terutamanya di Facebook dan Twitter bertindak menyelar tindakan Datin Noor Kartini termasuklah ahli keluarganya yang lain selepas video di mana beliau dan anaknya, Ameera Khan berbual mengenai perihal mempatenkan produk Daging Harimau Menangis tular.
Tambah memburukkan keadaan apabila tangkap layar permohonan syarikatnya di MyIPO tersebar lantas mengesahkan perbualan dua beranak itu.
Okaylah guys, tak perlulah lagi kita mencari ‘dosa kering’ dengan melontarkan cercaan. Isu ini telahpun selesai. Jika korang menyokong produk tersebut dan ingin merasainya sendiri, sokonglah dengan membelinya.
Jika tidak, lebih molek jika sebarang bentuk cercaan itu disimpan kepada diri sendiri saja.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalunya kalau kita bertuah untuk menerima apa-apa pemberian dan hadiah daripada orang lain, secara automatik kita akan tersenyum, ketawa mungkin dan mengucapkan terima kasih. Kan?
Well, itu tidak berlaku pada seorang remaja dari New Delhi India ini. Sempena hari lahirnya, ibu bapa kepada remaja berusia 22 tahun ini telah menghadiahkannya sebuah kereta BMW berharga 3.5 juta Rupee (kira-kiraRM206,167).
Namun setelah ‘dikejutkan’ dengan pemberian itu, remaja tadi memberontak kerana dikatakan tidak mendapat kereta idamannya iaitu sebuah model Jaguar berharga 5 juta rupee (kira-kira RM294,521).
Walaupun berbeza kurang RM80,000, tapi BMW kot! Dan dapat secara PERCUMA. Tak kan kau tak happy lagi?!
Remaja tersebut nyata tidak gembira dan bertindak untuk
– wait for it –
membenamkan kereta BMW berwarna putih itu tadi ke dalam sebuah sungai, merekod video ketika kereta perlahan-lahan tergelincir dan menghantarkan video itu kepada ibu bapanya.
Sebagai seorang millenial, penulis tak terkejut apabila dia juga memuat naik video itu ke media sosial.
Well buddy, that is a wrong decision. Video tersebut menjadi viral dan rata-rata netizen di India mengecam tindakannya itu sebagai “anak yang tidak mengenang budi”. Lantas netizen remaja dari negara lain juga mengecamnya.
Apa yang terjadi kepada kereta BMW itu masih tidak jelas. Yang pasti, penduduk sekitar, seorang diver dan sebuah jentera telah digunakan untuk menarik semula kereta ke darat setelah ia tersangkut di tebing sungai.
Ish, anak macam kau ni memang tak layak terima apa-apa hadiah!
Sumber: Daily Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lai Chi Kang adalah minuman tradisional yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia merupakan campuran pelbagai bahan herba, bijirin, dan buah-buahan yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Namun, perlu diingat bahawa sifat-sifat kesihatan dan khasiat air Lai Chi Kang mungkin bervariasi bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan oleh penjual atau peniaga.
Malah, jika korang buat sendiri Air Lai Chi Kang ini di rumah lebih jimat dan berbaloi. Memang puas hati, senang je nak buat.
Cara membuatnya dikongsi oleh Ariff Budiman Zainal Abidin. Air lai chi kang yang dibuat sendiri ini sedapnya memang lain macam sebab bahannya boleh letak banyak, ikut cita rasa kita.
1. Sediakan barli, getah anggur, kundur, kulat kering, longan kering, kismis, gula batu, gula kabung, kurma merah dan juga biji selasih serta kembang semangkuk. Bahan-bahan ini ada di jual di pasar raya (saya beli di kedai ubat Cina)
2. Sediakan mangkuk dan rendam biji selasih dan kembang semangkuk hingga kembang.
3. Masukkan bahan-bahan lain dalam periuk bersama air dan daun pandan lalu rebus sampai bahan bertukar warna dan lembut.
4. Kemudian masukkan selasih dan kembang semangkuk. Sejukkan.
5. Bila dah dekat waktu buka puasa, sediakan ais ketul masukkan dalam mangkuk dan tuang laicikang tadi. Sedia diminum.
Bukan sahaja dapat hilangkan dahaga, malah ramuannya sangat bagus dan berkhasiat buat tubuh badan. Selamat mencuba.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya...