Al-Quran menjadi panduan kehidupan seorang Muslim. Bukan sekadar dibaca, kita juga perlu memahami isinya agar mampu hidup berlandaskan ajaran yang ditetapkan. Membaca dan memahami pasti biasa kita dengar, namun untuk menghafaz keseluruhan Al-Quran hanya mereka yang benar-benar komited sahaja yang mampu melakukannya.
Baru-baru ini tular kisah Rawan Dweik, seorang gadis sindrom down dari Jordan yang sudah berjaya menghafaz Al-Quran setelah tujuh tahun mendalami kitab suci tersebut. Ini menjadikan dia gadis sindron down pertama di dunia yang menjadi hafizah.
Menurut ibunya, Awatef Jaber, “Saya merupakan ibu tunggal setelah kematian suami dan saya bangga. Setelah melahirkan dan diberitahu doktor yang Rawan menghidap sindrom down, seperti ibu-ibu yang lain, pastinya saya berasa sedih dan kecewa. Namun saya menyanyanginya sepenuh hati. Saya bersumpah kepada tuhan yang saya akan mengajarnya membaca Al-Quran.”
Ads
Gadis istimewa ini memiliki cara yang unik untuk menghafaz Al-Quran. Menurut ibunya lagi, Rawan mula menghafaz dengan cara menulisnya kembali dan menghafaz surah Al-Baqarah dalam masa setahun setengah dan mendapat markah penuh dalam ujian. Ketika keluar dari bilik ujian Rawan melakukan sujud syukur sebagai tanda menghargai pemberian Allah kepadanya.
Ads
Cantik berhijab, Rawan meneruskan hafazan dengan caranya tersendiri selama tujuh tahun sebelum berjaya menghafaz keseluruhan isi kitab suci tersebut pada Ramadan tahun ini.
Ads
***P/S- Bangga dengan pencapaian Rawan. Kita yang sempurna ini bila kali terakhir membuka dan membaca Al-Quran? Mulakan sekarang kerana tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa.
Penghormatan yang diberikan oleh pesilat negara senior ini sebagai salah seorang pembawa Jalur Gemilang semasa upacara pembukaan Sabtu lalu seakan-akan membuka mata pemerhati dan penonton dari kesemua 11 buah negara ASEAN.
Ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan atlet lelaki yang mempunyai raut wajah macho dan kelakian ini.
Jom kenali Jufferi Jamari dengan lebih dekat lagi sebelum bermulanya acara yang disertainya pada Sukan SEA 2017 kali ini.
Bagaimana Jufferi sertai sukan silat?
Jufferi: Pada tahun 2007, saya telah menerima pelawaan untuk menyertai silat daripada ibu saudara saya. Sepanjang tahun 2007 dan 2008, saya hanya menjalani latihan saja tanpa menyertai pertandingan. Tak sangka, pada tahun 2009, saya telah dipanggil untuk mewakili skuad Pelapis Malaysia. Rasa takut tu memang ada kerana iyalah, saya kurang pengalaman tapi saya sahut juga cabaran itu dan cuba berikan yang terbaik.
Saya kemudiannya menyertai Sukan Asia Indoor Games di Vietnam dan berjaya meraih pingat emas. Itulah pingat emas pertama saya! Memasuki tahun 2010, saya diserap masuk mewakili pasukan Elit Malaysia dan bukan lagi Pelapis Malaysia.
Mengapa Jufferi menyertai silat dan bukannya sukan lain?
Jufferi: Dulu, saya melihat silat sebagai sukan yang tak terkenal sangat dan saya ingin mencabar diri saya untuk menaikkan nama sukan silat. Pada saya, silat mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih berdisplin. Tutur bahasa juga berubah menjadi sopan.
Bagaimanakah persedian untuk #KL2017?
Jufferi: Banyak juga pengorbanan yang perlu saya lakukan pada tahun ini kerana Malaysia bergelar tuan rumah. Saya terfikir sama ada saya mampu atau tidak untuk mempertahankan pingat emas pada kali ini, seperti yang pernah saya lakukan pada tahun 2015. Tertekan jugalah, sampai tidur pun kadang-kadang tak lena haha.
Seperti biasa, saya akan letakkan sepenuh tumpuan ketika menjalani latihan. Jurulatih saya juga selalu berpesan, “Ingat, orang yang nak kalahkan kita selalunya lebih bersemangat daripada kita.” Oleh itu, saya tak boleh berlatih sambil lewa.
Bagaimana Jufferi kekalkan stamina di dalam dan luar gelanggang?
Jufferi: Selain daripada latihan jurulatih, saya juga sukakan skipping! Selepas tamat latihan, saya akan lakukan skipping sebanyak seribu kali. Dengar macam penat tapi bila sudah terbiasa, saya seronok bila skipping.
Apakah nasihat kamu kepada REMAJA yang ingin menyertai sukan silat?
Jufferi: Jangan pernah berhenti untuk berlatih bersungguh-sungguh dan jangan terlalu obses mencari cara untuk menjadi atlet Malaysia. Tonjolkan bakat kamu terlebih dahulu dan biarkan PESAKA yang menilai bakat kamu. PESAKA sentiasa mencari bakat-bakat baru, jadi kamu tak perlu risau.
Jiwa perlu ada untuk sanggup berkorban segala-galanya demi negara. Paling penting, jangan pentingkan diri kamu jika mahu berjaya.
Candid With Jufferi Jamari
Mendapat sokongan penuh dari…
Tentunya ibu saya. Dalam apa jua situasi, dia akan sentiasa menyokong saya.
Kata-kata motivasi daripada emak
Bila saya rasa give up, emak akan cakap ‘Ingat dulu kenapa awak nak masuk silat. Jangan bila dah senang sikit, terus lupa semuanya.’
10 tahun akan datang, apa yang kamu mahu buktikan?
Saya mahu buktikan pada orang Malaysia yang sukan silat juga mampu menjadi sukan utama dalam setiap pertandingan sukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari luaran, memanglah segalanya nampak glamor dan senang bila sudah bergelar penyanyi popular.
Namun di sebalik semua itu dan senyuman penyanyi remaja popular Shawn Mendes, ternyata dia perlu menghadapi empat perkara yang mengganggu fikirannya sejak dikenali ramai. REMAJA pernah memuat naik artikel mengenai Shawn yang perlu mendapatkan rawatan psikiatri baru-baru ini.
Mungkinkan empat perkara ini yang selalu mengganggunya?
01
Setelah namanya melonjak dek kerana populariti di laman sosial Vine, dia mula mendapat pelbagai jenis mesej, pesanan, email dan panggilan daripada orang yang sudah lama tak berhubungan dengannya. Scary juga, apalah yang mereka nak daripada Shawn?
02
Selepas menjadi popular dengan lagu viral seperti Stitches pada tahun 2016, Shawn mengakui dia mula dibelengu oleh rasa paranoid sama ada dia boleh mempertahankan kejayaan single tersebut melalui single yang seterusnya.
Iyalah, bukan mudah untuk melakukan debut dalam bidang nyanyian Hollywood.
“Saya pernah gembira apabila berjaya. It may sound like I am saying this prematurely. Tapi saya terfikir, bagaimana saya boleh mempertahankan (kejayaan itu) jika saya sendiri tidak tahu MENGAPA saya boleh berjaya?
03
“It was the worst. Saya akan menangis sekali seminggu. Saya pernah fikirkan yang semua orang inginkan sesuatu daripada saya,” kata Shawn kepada New York magazine.
04
Shawn juga seakan takut jika orang akan mulakan judgement terhadapnya. “Saya risau orang akan mula mempersoalkan mengapa saya selalu kelihatan sedih.”
Semua ini terjadi selepas hari kelahiran Shawn yang ke-18, kurang setahun yang lalu. Sebagai langkah terbaik, dia mendapatkan rawatan awal psikiatri untuk membantu menstabilkan emosinya.
Akhirnya, Shawn berjaya menulis dan menceritakan perasaannya ketika itu di dalam album ketiganya; Shawn Mendes pada 25 Mei yang lalu. Manakala, single In My Blood pula adalah penceritaan pertamanya mengenai masalah anxiety ini.
Mungkinkah akan ada lebih banyak single sedih seperti In My Blood? Jom dapatkan album Shawn Mendes sekarang!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas pengumuman Bantuan Nasional Prihatin yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, sebanyak hampir 250 billion telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia meneruskan kehidupan sewaktu negara menghadapi situasi COVID-19.
Jumlah wang yang dikeluarkan bukan sedikit ya, jadi untuk membantu menaikkan lagi ekonomi negara selepas ini, ada beberapa inisiatif yang korang boleh buat daripada hasil perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, Naim Mustafa.
Bangunkan ekonomi setempat dahulu
1. Makan di gerai/restoran di kawasan rumah kita
2. Belanja di gerai runcit kawasan rumah kita
3. Gunakan servis yang ditawarkan di kawasan rumah kita
4. Sokong penjaja tepi jalan di kawasan rumah kita
5. Bercuti di dalam Malaysia
Dengan usaha korang melakukan perkara-perkara tersebut, ekonomi setempat akan berkitar. Bila orang mula membeli di kawasan itu, pekedai akan restock barang dari supplier dan mereka akan gunakan logistic chain untuk hantar barang. Kitaran ini sahaja dah melibatkan 4 pihak, iaitu pembeli, pekedai, supplier dan logistik.
Maka, duit akan berputar kepada:
1. Pembeli bagi duit dekat kedai
2. Kedai bayar barang dekat supplier
3. Supplier bayar postage dekat logistik
4. Logistik akan gajikan driver
5. Kemungkinan driver tersebut adalah pembeli di kedai runcit tersebut
Apa kebaikan sekiranya korang membangunkan ekonomi setempat? Secara tidak langsung ia akan membawa kepada pembangunan ekonomi negeri dan juga negara. Jika kita tidak boleh support banyak, dapat support sikit pun jadilah.
Sekiranya ekonomi gagal berpusing dengan baik, misalnya:
– Jika orang kurang berbelanja
– Demand terhadap barang runcit menurun
– Supplier tak untung, terpaksa buang pekerja
– Bila tak ada demand juga, logistik terpaksa downsizing, buang lagi pekerja
So, ini adalah kitaran ekonomi yang kurang sihat. Maka disebabkan itu kita sebagai rakyat yang prihatan perlu memberi sokongan dan bantuan semula untuk terus berbelanja di kawasan setempat bagi meningkatkan semula ekonomi negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!