Setelah 12 tahun pembinaan dijalankan, esok merupakan antara detik paling bersejarah dalam kalendar pembangunan infrastruktur Malaysia. Lebuh raya Rawang-Serendah atau lebih dikenali sebagai Rawang Bypass bakal dibuka 29 November ini kepada semua pengguna jalan raya tepat jam 6 pagi.
Pembukaannya dijangka akan membantu menyurutkan kesesakan yang sering melanda Bandar Baru Rawang terutamanya pada waktu kemuncak. Jika ada yang menyuruh penulis untuk memandu merentas Rawang pada jam 6 petang, awal-awal lagi dah surrender angkat tangan!
Disebabkan tempoh lama untuknya siap dibina, Rawang Bypass pasti menyimpan banyak fakta menarik di sebalik pembinaannya. Ini dia 7 perkara yang akan membuatkan korang ternganga dan berkata, what?!
Rawang Bypass adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dan menelan belanja sebanyak RM630 juta. Memang nampak mahal tapi dalam jangka masa panjang, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada rakyat.
Pada mulanya, penulis juga sukar untuk hadam fakta ini. Iyalah, Malaysia kan terkenal dengan sistem tol berbelas Ringgitnya walaupun jarak perjalanan tidaklah sejauh mana. Namun, untuk Rawang Bypass, ia tidak akan mempunyai plaza tol di kedua-dua belah laluan.
Pada ketinggian 58.2 meter dari aras bumi, Rawang Bypass merupakan jambatan tertinggi di Malaysia. Ditambah pula dengan muka buminya yang berbukit, kalau korang gayat, penulis sarankan untuk tidak memandang ke bawah jambatan. Just take your time, dan pandang bonet kereta di hadapan saja okay.
Daripada gambar di atas pun korang boleh mengagak betapa tenangnya (jika korang tidak gayat) untuk memandu sambil melihat ke arah banjaran di sekeliling. Rawang Bypass dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan berbengkang-bengkok.
Ini demi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut. Itulah juga sebab mengapa ia harus dibina setinggi hampir 60 meter.
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai spesis pokok unik. Antaranya ialah pokok Merawan Kanching atau Giam Kanching yang hanya tumbuh dalam jumlah kecil di hutan negeri Selangor. And guess what, spesis itu turut tumbuh di laluan Rawang Bypass ini.
Oleh sebab itu, pembinaan ini telah dijalankan dengan penuh cermat agar spesis flora terancam seperti Giam Kanching ini dapat diselamatkan.
P.S: Jika ada pesalah yang didapati menebang pokok Giam Kanching tanpa kebenaran, mereka boleh didenda sehingga sejuta Ringgit tau!
Secara purata, Rawang Bypass mampu memendekkan perjalanan pemandu dari Bandar Rawang ke Kuala Lumpur. Dari 2 jam menjadi 30 minit saja ketika waktu puncak! Ini mungkin sekali disebabkan faktor empat laluan trafiknya.
Tak ada alasan dah untuk korang datang lambat! Hehe.
Kebanyakan foto Rawang Bypass yang ditangkap dan dimuat naik menunjukkan jajaran laluan ‘tergantung’ atau elevated section saja. Akan tetapi, itu bukan bermaksud lebuh raya ini tergantung dari permulaan sehingga akhir laluan.
Ada juga bahagian laluan yang ‘menyentuh’ bumi di sekitar banjaran. Apa yang menarik mengenai elevated section ini adalah panjangnya yang mencecah 2.6 kilometer. Jika korang pernah menonton siri Megastructures di National Geographic, mesti korang tahu betapa susahnya pembinaan yang terpaksa ditempuhi arkitek dan jurutera.
=============================
Macam teringin pula untuk pergi ke Rawang hujung minggu ni. Bukan ada urusan pun dekat situ, just nak cuba Rawang Bypass ni je!