Tidak sampai seminggu sahaja lagi umat Islam bakal meraikan Hari Raya Aidilftiri yang mulia. Pastinya segala kelengkapan untuk berhari raya kelak sudah disediakan.
Dalam keghairahan menyediakan persiapan raya, janganlah pula kita lupa dengan kenderaan yang akan membawa kita pulang ke kampung halaman nanti ya.
Sudahkah anda ‘check‘ kereta anda untuk perjalanan jauh nanti? Ini beberapa tips pemanduan jarak jauh yang dikongsikan oleh pengguna Twitter (@projekhitam) bagi memastikan perjalanan anda lebih lancar ketika pulang ke kampung halaman. Antaranya:
Penting ya untuk servis kereta sebelum memandu jarak jauh kerana ia dapat memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat sepanjang perjalanan.
Anda boleh menghantar kereta ke bengkel dan meminta mekanik untuk melakukan ‘basic service‘. Kalau boleh hantar kereta ke bengkel lebih awal, lebih bagus.
Ini kerana segelintir mekanik akan mengenakan caj yang mahal jika anda menghantar kereta untuk diservis pada ‘last minute‘.
Jika anda ada kemahiran untuk servis kereta pun boleh juga buat sendiri, tetapi kalau nak lebih cepat dan kemas, lebih baik hantar ke bengkel sahaja.
Ads
Sediakan Peralatan Untuk Pemanduan Yang Cekap
Pemanduan yang cekap memerlukan anda untuk mempunyai beberapa peralatan yang dapat memudahkan urusan untuk memandu pada jarak jauh. Antara peralatan tersebut adalah:
Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Lebih Besar
Saiz cermin pandang belakang (rearview mirror) yang besar membolehkan anda untuk melihat pergerakan kenderaan lain dengan lebih luas dan mengetahui lorong yang dimasuki oleh mereka dengan lebih cekap.
Apabila pemandangan mata lebin luas, maka keselamatan pemanduan juga akan terjamin.
Tempat Pemegang Telefon (Phone Holder)
Alat yang dapat memegang telefon kita dengan baik memang sangat diperlukan untuk tujuan navigasi. Kalau boleh, dapatkan tempat pemegang telefon yang kukuh dan tidak mudah terjatuh.
Ads
Paling penting, alat itu boleh dialihkan dan diletakkan di mana-mana tempat.
Pengepit Tali Pinggang (Seatbelt Clipper)
Segelintir pemandu akan mengalami kegeseran di bahagian leher mereka apabila memakai tali pinggang keledar dalam tempoh yang terlalu lama. Ketidak selesaan itu akan membuatkan pemanduan kurang fokus dan selesa.
Jadi dengan adanya pengepit tali pinggang ini, pemandu akan lebih selesa untuk memandu dan selamat sepanjang perjalanan.
Ads
Ikuti Peraturan ‘Line Of Fires’
Dalam bidang ketenteraan, Line of Rules (LOF) ini merupakan istilah yang digunakan untuk laluan peluru musuh. Apabila ahli tentera mengesan LOF, mereka akan cuba mengelakkan diri sejauh mungkin.
Jadi bagaimana LOF ini boleh dipraktikkan ketika di jalan raya? Anda boleh mengamalkan LOF ini dengan cara mengelakkan beberapa jenis situasi ketika memandu termasuklah:
Menghampiri lori pelbagai saiz
Pemandu yang kurang ‘common sense‘
Lorong yang terlalu padat
Sediakan Peralatan Kecemasan
Untuk setiap kenderaan, pastikan anda mempunyai beberapa alatan kecemasan yang membolehkan anda segera bertindak jika berlakunya sebarang perkara tidak diingini ketika sedang memandu pada jarak jauh.
Antara peralatan penting adalah seperti:
Wayar elektrik
Wayar jumper
Dashcam
Pastikan kesemua peralatan ini diletakkan di dalam beg yang sama supaya memudahkan anda untuk mencarinya di satu tempat sahaja ketika diperlukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kepayahan hidup masyarakat Orang Asli yang masih menjalani kehidupan secara tradisi memberi inspirasi kepada tiga murid kaum Temiar melakar sejarah apabila berjaya mencipta inovasi menggunakan sistem robotik yang membantu memudahkan urusan harian di rumah tradisi mereka.
Menerusi projek yang beri nama Dekatamiar yang dianggotai oleh Romzi Anjang dan Siti Saleha Masri, yang berumur 12 tahun, dan Mekrenik Rabu (11) berjaya mengaplikasikan teknologi robotik dalam rumah tradisi Orang Asli, membabitkan bukaan pintu, lampu, tempat sidai pakaian dan kawasan siraman pokok.
Menurut guru pembimbing mereka, Ahmad Najmuddin Jaafar berkata, produk ciptaan ketiga-tiga murid melalui projek Dekatamiar itu akan dipertandingkan dan mewakili negara ke International Robot Olympiad 2024/2025 di Busan, Korea Selatan yang berlangsung pada 16 hingga 21 Feb 2025.
Kredit: Ahmad Najmuddin Jaafar
“Dekatemiar bermaksud Rumah Temiar dan ia melambangkan suku kaum mereka di sini. Rumah ini dibina menggunakan bahan semula jadi dengan atapnya diperbuat daripada daun nipah manakala dinding pula dihiasi anyaman kelarai”
Jelasnya, idea membina rumah Orang Asli dengan sistem robotik ini tercetus apabila mendengar keluhan mengenai kepayahan hidup keluarga mereka.
Kredit: Ahmad Najmuddin Jaafar
“Antara kejayaan yang berjaya dirangkul murid-murid ini adalah naib juara robotik di Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Kebangsaan dan tempat ketiga RBTX Challenge 2024 kebangsaan kategori Indigenous Culture and Technology anjuran Petrosains,” ujarnya.
Dalam pada itu, pihaknya juga sudah menerima surat jemputan daripada Jawatankuasa International Robot Olympiad untuk menyertai pertandingan International Robot Olympiad di Busan, Korea pada 17 Januari tahun depan.
Kini, ketiga-tiga pelajar itu giat memperkemas model rumah robotik sebelum bersedia membawanya ke pertandingan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah yang diatur Anna Jobling bagi menembusi pasaran perfileman Indonesia kelihatan semakin cerah setelah aktres itu terpilih bagi membawakan watak utama filem terbaru arahan Baim Wong berjudul Lembayung.
Tampil memegang watak bernama Tantri dalam treler pertama yang menemui penonton Mei lalu, ini merupakan filem Indonesia pertama yang dibintangi Anna dan menurutnya, juga merupakan salah satu bucket list yang berjaya dicapai olehnya.
Anna Jobling.
Anna ketika ditemui REMAJA memberitahu genre filem seram terutamanya dari Indonesia adalah antara genre kegemarannya sejak kecil kerana jalan cerita dan cara penceritaannya yang menakutkan.
“I am not even kidding; I love scary movies from Indonesia. Dan begitu juga ibu saya.
“Apabila mendapat tahu saya terpilih (untuk filem Lembayung), ia ibarat impian menjadi kenyataan kerana ini merupakan salah satu impian saya sejak bergelar pelakon. Sukar untuk gambarkan kegembiraan saya bila menerima perkhabaran tersebut,” katanya yang melalui proses uji bakat sehari sahaja sewaktu Baim Wong berada di Malaysia.
Tidak Kisah Nampak Buruk, Asalkan Naratif ‘Sampai’
Demi menjayakan filem Lembayung, Anna memberitahu perlu berjauhan daripada ibunya di Kuala Lumpur dan terbang ke negara seberang untuk tempoh yang agak lama.
“Saya berada di Yogyakarta selama sebulan. Namun tidaklah sehingga tahap homesick memandangkan (Anna dan ibunya) berhubung pada setiap hari. Kebanyakan waktu penggambaran di sana adalah pada malam hari dan saya tiada masalah mencuri masa bertanya khabar kepada ibu pada sebelah siang.
“Saya tidak mahu spoil mengenai jalan ceritanya tetapi anda dapat melihat saya melakukan sesuatu yang baharu menerusi filem ini. Bila berlakon, saya tidak boleh kisah sama ada saya kelihatan cantik atau tidak; lebih-lebih lagi untuk babak filem seram untuk mendalami tuntutan emosi watak tersebut.”
“Lagipun, apa yang akan ditonton itu bukannya saya tetapi karakter yang saya pegang. Saya tidak kisah jika perlu menangis buruk-buruk sehingga hingus terkeluar asalkan naratif ‘sampai’,” kongsi Anna lagi.
Lembayung bakal menemui penonton pada tahun 2024 namun masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Klik pautan di bawah bagi menyaksikan treler pengenalan Lembayung.
Dalam pada itu, Anna kongsikan bahawa dirinya kini bersilih ganti antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Begitupun, dia masih tidak melupakan peluang membintangi drama bersiri tempatan di Malaysia demi mengubati rindu peminat yang ingin menontonnya di kaca televisyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 kini berakhir dengan menyaksikan Dewi Nurel diangkat sebagai juara untuk program tersebut.
Menerusi kemenangan itu, anak kelahiran dari bumi kenyalang tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sebuah trofi dan Dewi Remaja 2023.
Kemenangan Nurel itu juga sekali gus berjaya mengetepikan lima Dewi yang turut berentap dalam pentas akhir pada malam tadi.
Tracie Sinidol selaku Dewi Remaja 2022 dan Mierul Aiman selaku Hero Remaja 2021 turut hadir di pentas utama untuk memahkotakan penerus legasi kemenangan mereka.
“MasyaAllah, sejujujurnya saya tidak menyangka kerana saingan yang ada pada malam ini semuanya kuat-kuat belaka.
“Kerana semuanya ada bakat tersendiri. Jadi, saya memang tidak menjangka yang saya akan diangkat sebagai juara Dewi Remaja 2023,” katanya.
Pada malam kemuncak Hero Dewi Remaja 2023, para peserta telah dinilai secara oleh barisan juri yang cukup berpengalaman iaitu Scha Alyahya selaku juri tetap dan mentor rancangan ini bersama dua juri jemputan, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Datuk Yusry Abdul Halim.
Untuk info, Pencarian Dewi Remaja yang memasuki edisi ke-13 ini telah dianjurkan oleh Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro sebagai penyiar rasmi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...