Sekian lama menikus selepas dirinya menjadi orang dikehendaki akibat keceluparan mulut memberi komen dalam dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' terbitan Al Jazeera nampaknya hari Jumaat, penghulu segala hari memberi seribu makna buat warga Malaysia.
Ini keranaa lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sebelum ini sudah ditahan agensi terbabit, hari ini.
Penahanan lelaki berusia 25 tahun itu disahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, namun maklumat diterima mengatakan Rayhan dicekup ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, di sini.
Foto penahanan Rayhan dengan tangan bergari turut dimuat naik melalui laman Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ads
Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki lelaki itu yang memiliki alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Rayhan sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.
Ads
Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.
Polis turut memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu.Sumber : Berita Harian
Lepas ini, mana-mana warga asing atau warganegara yang hendak memberi komen, sila berhati-hati ya. Kena ada fakta sahih beserta bukti. Baru boleh bersuara. Jangan main spekulasi semata-mata.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaharu, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) meramalkan akan berlakunya air pasang besar bermula 8 hingga 11 Disember ini.
Menerusi hantaran di Facebook, pihak PHN memaklumkan keadaan tersebut boleh menyebabkan berlakunya limpahan air di kawasan darat dan berkemungkinan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.
“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini.
“Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” jelasnya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung paras air pasang surut orang ramai boleh melayari ke laman sesawang PHN.
TIP BANJIR
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan kendiri seperti yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia sebelum ini:
1. Gunakan pelindung seperti kasut keselamatan
2. Minum air yang dimasak untuk elak penyakit bawaan air/makanan (kolera, tifoid, hepatitis A)
3. Lindungi makanan dari lalat. Pusat Pemindahan Sementara perlu bersih dari lalat dan juga serangga lain seperti nyamuk, lipas
4. Jika bekalan elektrik terputus, pastikan makanan dimasak tidak rosak. Elakkan makan makanan tercemar daripada banjir, suhu bilik melebihi 4 jam
5. Awas risiko renjatan elektrik. Elakkan penggunaan soket elektrik yang terdedah kepada banjir
6. Amalkan kebersihan persekitaran
7. Jangan merokok/vape di Pusat Pemindahan Sementara kerana ramai anak kecil dan ibu mengandung
8. Toleransi/saling bantu-membantu, hormat menghormati
9. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami batuk, demam, selesema, cirit-birit, mudah dan sebagainya
10. Pastikan bekalan ubat mencukupi
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.
Tiga hari lalu, seorang doktor yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia, Nimelest Max Balanthiren menulis di status fbnya mengenai sikap seorang individu yang telah “menuduh” nurse makan gaji buta.
Isu nurse dituduh tidak berkerja dan hanya tahu makan gaji buta boleh bikin orang yang bekerja di hospital “naik angin”. Tak baik tuduh-tuduh tau..
Mungkin masa tu mereka memang sibuk, tapi oleh sebab media sosial sudah jadi medium “lepas perasaan”, apa lagi si anak pun acah-acah nak mengusik akak nurse dengan membuat tuduhan-tuduhan melulu.
Baca penjelasan doktor muda ini. Memang win! Ye la, sebelum menulis tu kalau boleh bertanya dulu kan lebih baik. Tidaklah timbul salah faham kan?
Nak tanya sikit. Tahun ini 2017 kan? Kenapa pemikiran orang semakin ke belakang pulak. I rasa dalam 10 tahun Telefon akan jadi lebih pintar dari manusia.
Kalau nak mengadu, buat aduan melalui saluran yang betul. Buat apa u nak mengadu kat FB, setakat nak publisiti je. Bukan kah fungsi aduan dibuat adalah supaya masalah tersebut dapat diselesaikan.
Cadar tak ditukar berminggu minggu? Erm. U tau tak cadar semua biasanya ditukar pada waktu pagi atau petang sebelum waktu melawat.
Buat apa Kami nak simpan cadar, selimut lama kat situ yang dikotori KFC yang anda seludup ke wad?
Kami mengambil penting tentang infection control. Bukan sahaja demi pesakit, malah staf juga.
Lagi satu, turnover rate tinggi. Pernah ke Kami kasi pesakit guna katil yang tidak dibersihkan lagi?
Orang yang suka complain ini adalah orang sama yang akan bising bila dia nampak ada katil kosong di wad kelas pertama (padahal pesakit baru discaj, dan katil belum disediakan lagi)
Nurse dibayar untuk buat apa sebenarnya?
Adik. Kalau tak faham tugas/skop orang, bertanya dulu.
You sangka tugas misi hanya untuk cuci berak orang tua awak ke?
Habis Siapa nak kasi ubat2? Siapa nak pantau vital sign pesakit dan memberitahu Doktor dengan segera supaya rawatan dapat diberi cepat.
Sekiranya keadaan pesakit menjadi teruk atau pesakit “collapse”, Siapa yang akan berlari dulu, menjerit meminta pertolongan?
Dengan kerja administrative lagi. “Documentation” yang banyak sangat. Audit audit. Kalau discaj lambat, siapa dipersalahkan lagi?
Satu wad kadang kala boleh mencecah 40-50 pesakit. Jumlah Misi? Tak sampai 4-5. Kadang kala ada yang terpaksa jaga dua kubikel. Ada yang berlari jadi runner.
Kalau anda nak demand sangat, apa kata awak belajar sebagai Misi dulu. Tinggikan ratio Misi kepada Pesakit . Biar satu Misi jaga satu pesakit je.
Satu lagi. Saya nak tanya. Kenapa Ahli keluarga sendiri tak boleh cuci berak orang tua dia ke?
Kalau pesakit yang tiada waris, sudah tentu Misi akan tolong. Kadang kala PPK pun tolong.
Kalau tiada waris dapat menjaga pesakit tersebut, bertanyalah kepada misi wad untuk pertolongan. Masa nak bertanya pun penting. Bukannya tanya apabila misi tengah sibuk cpr pesakit lain.
Nak tanya. Masa kecil , Siapa yang tukar pampers kita? Ibu bapa kita kan.
Adakah ia menghinakan anda sangat sebagai seorang anak untuk mencuci berak ibu bapa anda sendiri?
Misi pun tolong untuk sementara waktu je. Anda sebagai penjaga kena belajar juga. Nanti balik rumah siapa yang akan bersihkan pulak?
Betul apa mereka cakap. Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh anak tak semestinya boleh menjaga seorang ibu.
– Ex Doktor HKL –
Betul juga tu. Hidup ni jangan asyik nak menunding jari je. Cuba muhasabah diri dan jangan ambil tindakan ikut emosi. Silap-silap nanti orang lain pula yang teraniaya dek kerana perbuatan anda sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini, pemilik Facebook yang merupakan laman media sosial terbesar di dunia serta mempunyai lebih dari dua bilion pengguna aktif setiap bulan iaitu Mark Zuckerberg dilapor merancang untuk penjenamaan semula syarikat, yang kini dikenali sebagai Meta.
Terkini, Facebook dilaporkan buat kali pertamanya memperlihatkan pengguna aktif harian yang berkurangan sebanyak satu juta pengguna jika dibandingkan pada suku ketiga tahun 2021, memetik laporan The Verge.
Mengikut laporan ini lagi, kehilangan satu juta pengguna aktif itu berlaku di Amerika Utara di mana negara itu dipercayai menghasilkan jumlah wang paling banyak kepada Facebook melalui pengiklanan.
Difahamkan, angka penurunan itu menyebabkan kini hanya 1.929 bilion pengguna harian Facebook jika dibandingkan daripada suku ketiga sebelumnya iaitu sebanyak 1.93 bilion pengguna aktif.
Malah, hal ini juga terjadi selepas 18 tahun Facebook diperkenalkan kepada dunia.
Dalam pada itu, saham Meta yang masih berdagang di bawah nama Facebook turut mencatatkan penurunan sebanyak 20 peratus. Walau bagaimanapun, angka keseluruhan masih menunjukkan bahawa Facebook tetap mempunyai angka pengguna terbesar iaitu sebanyak 1.929 bilion pengguna aktif harian.
Sebab mengapa berlakunya penurunan ini adalah dipercayai kerana kurangnya perkaitan aplikasi ini dalam kalangan golongan muda.
Begitulah kehidupan ada naik dan turunnya juga kan. Hmm…korang rasa agak-agaknya golongan muda lari ke laman sosial mana sekarang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.