Realiti: Masih Ada Rakyat Malaysia Perlu Gali Lubang Untuk Buang Air

Share

Pernah tak anda terfikir macam mana agaknya hidup tanpa air? Kehidupan kita pada zaman moden ini boleh dikira sangat beruntung kerana celik-celik mata, nak mandi boleh terus masuk bilik air.

Tapi, sedar kah korang masih ada individu yang tidak dapat bekalan air terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman?

Bayangkan bagaimana kehidupan tanpa paip air, nak buat urusan ‘bisnes’ dengan jamban pun tak ada. Apa lagi dalam hal masak-memasak, cuci pakaian dan mandi. Ya mungkin ada yang cakap “Ala, kalau kampung mesti ada sungai kan?”.

Gambar hiasan

Tak semua perkampungan ada sungai guys. Kalau ada pun kena berjalan jauh semata-mata nak dapatkan punca air. Takkan la setiap hari korang nak mandi kena jalan berpuluh kilometer kan?

Sanggup ke?

Gali tanah nak dapatkan air

Walaupun ramai di antara kita yang memandang remeh tentang isu air ini, bagi penduduk Kampung Buruni yang terletak 140km dari Kota Kinabalu ini pula, dah macam satu rahmat besar jika kampung mereka diberikan bekalan air.

Hampir 50 tahun penempatan di kampung ini tidak mempunyai bekalan air yang cukup. Menurut penduduk di sana, boleh dikatakan 99 peratus menggunakan tandas ‘suka-suka’, bermaksud membuang air kecil/besar di hutan dan ia menjadi satu kebiasaan bagi penduduk pada ketika itu kerana tiada sistem buangan air yang sempurna.

Joemin Maratin adalah anak Sabah yang memperjuangkan nasib orang kampung kerana dia individu yang bertanggungjawab membuat rayuan bagi memastikan Kampung Buruni mempunyai bekalan air yang secukupnya.

Joemin Maratin, Penduduk Kampung Buruni

“Sebelum ini, saya memang mengenali Pacos Trust sebagai badan NGO yang banyak membantu komuniti dan membuat partnership dengan beberapa syarikat seperti Coca-Cola dan Raleigh International yang sememangnya menjalankan projek paip air graviti. Daripada pertemuan inilah menjadikan impian penduduk kampung terlaksana dengan pembinaan paip air dan tiga buah tandas baharu di Kampung Buruni,” jelas Joemin.

Kalau nak ceritakan bagaimana kepayahan mereka mendapatkan air, Joemin menambah yang mereka memang ada membuat tandas sendiri dan mendapatkan air daripada telaga yang digali daripada tanah, lalu menggunakan water pump

untuk mengambil air tersebut.

“ Ada juga keluarga yang rumah mereka tidak mempunyai tandas dan terpaksa membuang air di hutan to do theirbusiness’. Jadi, daripada segi kebersihan sangat-sangat kurang, even daripada air bawah tanah sekali pun kebersihannya tidak terjamin dan baunya juga tidak selesa untuk digunakan semasa memasak,” tambah Joemin lagi.

Volunteers dari seluruh negara

Walau bagaimanapun, program “Clean Water for Communities” iaitu projek bersama oleh Raleigh International dan The Coca-Cola Company telah pun membawa perubahan kepada penduduk Kampung Buruni kerana dengan sumbangan hampir RM50 ribu dapat membiayai projek bekalan air dan pembinaan tiga tandas baru.

Secara keseluruhannya, 67 sukarelawan berusia 17 hingga 65 tahun – British, Belanda, Jerman, Hong Kong, Amerika, Belgium dan Malaysia, serta orang Sabah sendiri telah berhempas pulas untuk menyiapkan projek membina empangan air di Kampung Buruni.

Bagi Mya Ameera yang merupakan anak jati Sabah, dia sendiri merasa puas bila dapat membantu menggembirakan penduduk kampung yang terlalu excited mendapat punca bekalan air bersih yang baru. Walaupun dibesarkan di bandar dan tidak mempunyai pengalaman kepayahan untuk mendapatkan air, remaja ini tak pernah teragak-agak untuk turun padang menjadi volunteers dalam projek ini.

“Ibu yang banyak memberikan sokongan dan galakkan untuk saya menjadi volunteers. Selain itu, saya juga dapat ramai kawan baru dari serata negara. Alhamdulillah, semua volunteers memang banyak membantu,”

“Antara kerja yang kami lakukan adalah gali lubang tanah sedalam 6 kaki dan kami perlu berjalan kaki untuk ke empangan lebih kurang 30 minit. Itu pun sekiranya naik kenderaan dari kampung dan perlu lagi berjalan untuk masuk ke tempat air tersebut.” jelas Mya.

Mya Ameera, 18

Melihatkan kesukaran yang dilalui oleh penduduk Kampung Buruni, Remaja turut merasai sendiri bagaimana excitednya mereka setelah diberikan kemudahan air di kampung sendiri.

Kalau kita nampak macam remeh, percayalah ada yang sangat memerlukannya dan mungkin akan lebih menghargainya kerana selama ini tidak berpeluang untuk mendapatkan air yang bersih.

Jadi, selepas ni kalau nak bazirkan air tu, ingatlah pada orang-orang yang memerlukannya. Jangan kerana kita mudah dapat air, korang boleh suka-suka bazirkan macam tu je.

Video di bawah menunjukkan bagaimana susahnya nak membina punca air bersih buat penduduk kampung. Sesekali menyelami dan cuba untuk faham situasi orang yang lebih susah tak salah kan? Hehe

Published by
Noor Ain Norman