Membazir merupakan amalan yang tidak bagus. Namun akibat pandemik COVID-19, banyak perniagaan yang mengalami kerugian terutamanya sektor perniagaan makanan disebabkan ramai yang berkerja dari rumah. Tapi korang tahu tak, kemana perginya makanan yang tak habis tu?
Baru-baru ini, seorang bekas pekerja donut terkenal berani mendedahkan realiti sebenar pembaziran dalam industri F&B melalui video yang dikongsikan di TikTok.
@bryanjohnston_every night … 312 donuts + munchkins 😢@dunkin♬ In This House – Marcus Vinicius Alfaro Nascimento
Remaja yang beru berusia 16 tahun dengan nama Bryan Johnston di TikTok, rasa bersalah kerana perlu membuang beratus-ratus donat yang masih boleh dimakan ke dalam tong sampah setiap malam.
Oleh itu, dia akhirnya memutuskan untuk menyumbangkan makanan itu kepada orang-orang gelandangan dan pekerja-pekerja barisan hadapan seperti kakitangan hospital dan pegawai bomba.
dunkindonuts fired this worker for charitably giving food to the homeless instead of the usual 300+ donut waste that goes in the bin every day… (in just one store btw). organisations do not care about the good of society and they’ll do anything to pretend like they are moral pic.twitter.com/0qFvuS4qoP
— ☾ divya reads books (@itsdivyag) January 29, 2021
Walaupun ramai yang menyatakan perbuatan remaja ini betul namun Bryan akhirnya kehilangan pekerjaannya kerana melanggar protokol.
@bryanjohnston_Reply to @meza_melissa_ If u want to support me, links are in bio. I wanted the truth about Dunkin shared, it costed my job 🙁 wont stop making vids❤️♬ Worship Instrumental – Instrumental – Adrian Jonathan
Kisahnya yang tular ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai, sementara Dunkin’ Donuts juga tampil menjelaskan bahawa mereka mempunyai program sumbangan makanan, tetapi semuanya bergantung kepada pemilik cawangan masing-masing untuk buat apa dengan lebihan donat yang ada.
Namun, ada yang menasihati staff restoran untuk bertindak lebih bijak jika tidak mahu dipecat dengan tidak memuat naik di media sosial.
Please do this more but don’t get caught and don’t post it on social media https://t.co/rCG0Uggkec
— Nabill 易思平 🌹✊🏾🏳️🌈 (@YiSiping) January 31, 2021
Walaupun hilang pekerjaan, sikap remaja ini dipuji ramai dan warga netizen juga mula memberikan tanggapan negatif terhadap jenama donut tersebut.
So apa pandangan korang tentang perkara ini?