“Really Ismail Sabri?!” Warganet Berang PM Letak Kelemahan Tangani Banjir Pada Bahu Negeri Selangor

Share

 

Pertemuan di antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri dengan media sewaktu sesi penerangan berhubung Bantuan Bencana Banjir pada Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini telah mencetuskan banyak tanda tanya dan rasa berang dalam kalangan masyarakat.

Ini berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan beliau sewaktu isu mengenai bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini diperkatakan.

Antara poin yang disebut adalah mengenai sikap tidak mengendahkan amaran cuaca oleh sesetengah pihak yang terbabit secara langsung dalam pengurusan banjir biarpun Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) katanya telah mengeluarkan amaran cuaca signifikan yang mengakibatkan hujan lebat berterusan sebanuyak enam kali.

“Persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh lebih banyak tertumpu kepada di Pantai Timur. Perlu saya tekankan di sini bahawa banjir di Selangor merupakan satu kejadian di luar jangkaan dan berikutan kelemahan yang telah dikenal pasti di peringkat negeri dan daerah, menyebabkan saya terpaksa campur tangan.

“Umum mengetahui pada tempoh yang sama, terdapat beberapa negeri lain yang turut dilanda banjir. Malah ada yang pada skala yang lebih buruk seperti negeri Pahang.

“Namun disebabkan jentera pengurusan bencara di peringkat negeri dan daerah (di Pahang) adalah teratur dan bersedia, bencana ini dapat dikendalikan dengan baik walaun terdapat beberapa cabaran,” ulasnya.

*

Tambah Ahli Parlimen Bera itu lagi, kejadian air pasang di Selangor telah menyebabkan banjir bertambah buruk.

“Situasi kelam kabut yang brlaku pada hari pertama pengurusan banjir di Selangor mengakibatkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi kerana berlakunya complexity banjir bandar.

“Pengurusan banjir di Selangor masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada hari kedua dan ketiga hingga menyebabkan ketidakpuasan hati mangsa berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan,” kata Perdana Menteri yang memaklumkan dia segera menyuruh agar talian hotline bagi memudahkan aduan dan pertanyaan berkaitan banjir melalui Pusat Kawalan Bencana Banjir (NDCC) diaktifkan sebaik saja menyedari situasi banjir kritikal di Selangor pada hari kejadian.

Di atas kertas, beberapa kenyataan yang keluar dari mulut Perdana Menteri pada hari ini seakan meletakkan kesalahan serta tanggungjawab kesilapan ke atas pihak Jawatankuasa Pengurusan Banjir di peringkat negeri dan daerah yang dilihat ‘lewat mengendalikan operasi menyelamat’ dan ‘lewat menghantar bantuan’ terutama di negeri berkepadatan tinggi seperti Selangor.

Rata-rata warganet di media sosial berang apabila hasil daripada mesyuarat tergempar itu hanyalah untuk menunding jari kepada pihak lain dan kerajaan persekutuan tidak memaklumkan secara lanjut bagaimana proses menyiap siagakan rakyat sebelum berdepan bencana tahunan seperti banjir sedang dirancang oleh mereka.

Sedikit mengecewakan rakyat apabila di akhir ucapan Perdana Menteri itu, beliau dilihat seakan menyarahkan mangsa-mangsa banjir yang katanya memperlahakan usaha menyelamat setelah ada mangsa enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara ketika pihak PDRM, JBPM, ATM dan APM sedang menggerakkan pasukan masing-masing pada hari pertama kejadian.

“Rata-rata mangsa memberikan alasan hendak menyelamatkan harta benda, jarak pusat pemindahan sementara agak jauh dari rumah, bimbang rumah dimasuki pencuri serta bimbang risiko jangkitan COVID-19 di pusat pemindahan sementara.

“Berikutan itu apabila paras air naik secara mendadak, ramai penduduk terperangkap,” katanya.

Tinjuan REMAJA di bahagian komen Twitter mendapati ramai tampil kecewa dan berang.

REMAJA percaya, cuma satu saja harapan rakyat kini iaitu untuk melihat cara pengendalian bencana tahunan seperti banjir ini lebih sistematik, berkesan dan tidak memudaratkan rakyat.

*

Sumber : (1) (2)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ