Rebut Peluang Puasa Hari Terakhir Zulhijjah ESOK & Baca Doa Ini

Share

 

Sempena hari terakhir bulan Zulhijjah esok, umat Islam disyorkan untuk berpuasa sunat.

Lagipun, kita sememangnya digalakkan untuk memperbanyakkan pausa pada 4 bulan iaitu Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah – termasuklah esok.

Pada keesokan harinya, puasa pada hari pertama bulan Muharram (Khamis ini) adalah antara puasa yang amat digalakkan.

Sabda Rasulullah SAW bersabda: “…dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram.” (Riwayat Muslim)

Sepotong lagi hadis oleh Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Seutama-utama puasa selepas puasa bulan Ramadan adalah puasa pada bulan Muharram, dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Riwayat Muslim)

Selain itu, hadis Riwayat Ibni Abbas R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijjah dan awal Muharram, nescaya Allah ampunkan segala dosanya selama 50 tahun melakukannya.”

Haa, banyak kan kelebihan berpuasa sunat pada hari esok dan lusa.

 

Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun

Doa ini bukanlah wajib untuk dibacakan, namun umat Islam digalakkan untuk membaca 2 potong doa ini selepas waktu Asar dan selepas waktu maghrib esok.

Kelebihan yang diterima oleh orang yang membaca doa akhir tahun termasuklah terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan sepanjang tahun tersebut.

 

Ini adalah bacaan doa akhir tahun:

Alhamdulillahi rabbil alamin,

Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.

Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu,

Wa lam tansahuu,

Wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa u-quubati,

Wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika,

Fa inni astagfiruka fagfirlii,

Wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardaahu wa wa ’attani ‘alaihis-sawawaba,

Fas’alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam an tataqabbalahuu minni

Wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim,

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam

Wahamdulillahi rabbil alamin.

 

Maksudnya

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.

Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.

Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.

Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

 

Ini pula adalah bacaan Doa Awal Tahun.

Korang digalakkan untuk membacanya 3 kali tau esok selepas solat Maghrib.

 

Alhamdulillahi rabbil alamin,

Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii ajmain,

Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal,

Wa ‘ala fadlikal ‘azim,

wajudikal mu awwali.

Wa haza ‘ammun jadidun qad aqbala ‘alaina,

Nas alukal ismata fiihi minna-syaitoni wa auliya ihi wajunu dihi,

Wal auna ala haazihin-nafsil amarati bil su’i,

Wa istirghola bima yuqorribuna ilaika zulfa,

Yaa zal-jalaali wal ikraam,

Ya arhamarrahimin,

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam

Wahamdulillahi rabbil alamin.

 

Maksudnya

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.

Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.

Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

*
Wallahualam.

Published by
FZ