Program realiti TV nyanyian popular, Big Stage secara rasminya kembali bersiaran bagi musim 5 secara langsung semalam dan ternyata, ia tidak mengecewakan.
Sempena konsert pertamanya pada 7 Mei, tirai Big Stage dibuka dengan pelbagai kejutan yang disediakan oleh pihak produksi Astro.
Tanpa disangka, hos tetapnya iaitu Elly Mazlein yang lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom telah digandingkan dengan seorang selebriti popular yang diterbangkan jauh dari Indonesia. Ia tidak lain tidak bukan ialah pelawak, penyanyi dan pengacara, Rina Nose!
Tampil dalam penampilan berhijab ala juri tetap Gegar Vaganza iaitu Hetty Koes Endang atau ‘Bunda Hetty’, Rina nyata mudah ‘masuk’ dengan konsep program Big Stage bagi menggantikan gandingan pengacara empat musim sebelum ini iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Gandingan dua wanita hebat dari negara berjiranan itu telah mendapat sambutan meriah dari penonton yang tidak kering gusi melihat ragam mereka berdua di atas pentas.
Selain itu, komposer dan penyanyi, Ajai turut diperkenalkan semula sebagai juri tetap yang akan menggalas tugas selama sepuluh minggu bersama penyanyi terkenal tanah air, Aina Abdul.
Manakala bagi dua kerusi berlainan, Big Stage telahpun menjemput ‘Mas’ Lah Ahmad untuk berkongsi serba-sedikit cara bagi para peserta memperbaiki persembahan pentas masing-masing. Manakala, pelakon jelita Nora Danish pula dilantik sebagai Presiden Netizen yang membaca komen-komen menarik dan ‘pedas’ yang dilontarkan oleh warganet di laman media sosial.
Ads
Nampaknya, Nora benar-benar faham tugasan tersebut dan tidak pula memberikan komen panjang lebar kepada peserta seperti .. okay next!
Sedikit kelainan yang ditampilkan oleh Big Stage musim kelima ini hanya didedahkan pada akhir program di mana ia memperkenalkan sistem Imuniti X.
Menurut pihak produksi, juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul diberikan keistimewaan untuk menyelamatkan peserta yang mempunyai markah tercorot dalam kedudukan Bottom 3 daripada penyingkiran.
Namun, keputusan itu hadir dengan harga yang cukup mahal apabila mereka berdua harus mengganti peserta tersebut dengan menyingkirkan peserta lain daripada grup Bottom 3. Kejam? Well, bak kata Ajai sendiri; ia adalah format yang adil memandangkan cara pemarkahan pada musim kelima ini juga sudah berbeza.
50 peratus diadili berdasarkan teknik nyanyian masing-masing manakala 50 peratus lagi hadir daripada kreativiti persembahan peserta.
Nasib ternyata menyebelahi peserta dari Sigapura, Farhan Shah, yang terselamat biarpun dia mencatatkan markah terendah sebanyak 37%. Ini setelah sesi penyingkiran ditiadakan pada minggu pertama ini.
Di samping itu, gandingan duo Korea Selatan iaitu Hoondoo pula merangkul anugerah Dominasi Persembahan Terbaik (hasil pemilihan juri tetap) setelah berjaya menambat hati kesemua juri dengan persembahan memukau lagu OST K-Drama terkenal, Goblin.
Berikut merupakan senarai markah penuh peserta bagi konsert minggu pertama Big Stage:
Hoondoo = 81%
COEX = 78.67%
Waode = 76.67%
Naufal Azrin = 75.67%
Aufahanie = 75.33%
Putera Muhammad = 72.33%
Nadeera Zaini = 71.33%
Dem Lepak Boyz = 66%
Firdaus Rahmat = 64%
Puteri Khareeza = 62%
Isaac Voo = 56.33%
Meer Nash = 51%
Farhan Shah = 37%
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon baru dan personaliti media, Marc Sadique sebelum ini pernah berkongsi kisah bahawa dia pernah menolak tawaran untuk bergelar seorang pelakon di Malaysia dan beranggapan drama tempatan mempunyai jalan cerita yang terlalu sama dan membosankan.
“Sebenarnya semasa pengikut saya meminta saya untuk jadi pelakon saya tolak. Saya tak nak jadi pelakon di Malaysia. Saya menolak kerana kebanyakkan jalan cerita hampir sama malah ada juga pelakon yang kayu”
“Akan tetapi kadang perkara yang kita tak nak itulah yang dapat”, jelasnya lagi.
Marc atau Syed Umar Sadique Syed Ab Rahman (27) berkata kepada media mStar, di awal kerjayanya sebagai pelakon, bakatnya mula terlihat ketika dia sedang melakukan siaran langsung di aplikasi Tiktok dan pada ketika itu dua penerbit terkenal Malaysia telah menghubunginya.
Walau bagaimanapun, Marc mengaku bahawa wajah kacaknya yang menjadi tarikan utama penerbit sebelum diminta menghadiri uji bakat.
“Mereka awalnya bercakap mengenai rupa saya yang sesuai jadi pelakon tapi bila bertemu mereka cakap saya boleh berlakon”
“Tapi apabila saya mampu bawa sesuatu watak dengan baik, saya rasa rupa itu nombor dua”
Dalam pada itu, pelakon yang baru meningkat naik itu mengakui bahawa drama pertama lakonannya berjudul Jangan Tinggal Abang Dek arahan Erma Fatimah telah menemukan dirinya dengan pelakon hebat lain seperti Adi Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Adira dan ramai lagi.
Dia juga bersyukur kerana melalui drama tersebut, Marc menerima pengalaman dan nasihat yang membantu membuatkan dia lebih bersemangat meneruskan karier seni walaupun awalnya dia gemuruh digandingkan bersama pelakon lain.
Selain itu, Marc Sadique juga sempat berkongsi beberapa fakta mengenai dirinya seperti mahir bertutur tujuh (7) bahasa seperti Jepun, Perancis, dan bahasa Arab, fasih bercakap dalam dialek Sabah, Sarawak, Kelantan, boleh menghasilkan seni kaligrafi dan rupanya Marc tidak boleh makan coklat kerana badannya akan kemerah-merahan!
Alamak kesian betul ya Marc tak boleh makan coklat~ Dah lah sedap!
Sumber: mStar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Deman PRU nampaknya sudah semakin reda. Namun, perhatian terhadap kerajaan baru Malaysia yang ditubuhkan tetap menjadi perhatian ramai terutama di kalangan pengguna laman media sosial.
Sudah banyak yang berteka-teki pemimpin manakah yang akan diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk mengetuai setiap kementerian berbeza. Sehingga kini, Tun Mahathir telah mengumumkan sebanyak 13 portfolio dan menteri-menteri baru. Bagaimana dengan kementerian yang lain? Sama-sama kita tunggu! Sementara menunggu pengumuman dari PM, apa kata korang cuba kuiz yang disediakan eksklusif oleh REMAJA khas buat korang pembaca yang kami sayangi sekalian.
Adakah sebagai Menteri Belia & Sukan? Atau Menteri Pertahanan? Jom sama-sama kita cuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun lalu, lapangan terbang negara kita sudah tidak lagi meriah seperti dahulu. Jika dulu, boleh dikatakan hampir setiap masa keadaan di airport sesak dengan orang ramai, kini ia seakan lengang tanpa kunjungan.
Mana tidaknya, rakyat Malaysia sudah tidak dibenarkan keluar negara tanpa urusan penting dan sekarang pun, sudah berbulan lamanya kita ‘terperangkap’ dengan larangan merentas negeri.
Walau bagaimanapun, sekiranya korang merindui suasana di lapangan terbang, ia masih dibuka dan korang berpeluang untuk membeli-belah di sana.
Berita baik untuk korang yang ingin ber’shopping’, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) crazy sale yang menjual pelbagai produk berjenama seperti minyak wangi, coklat, beg dan jam tangan.
Berlangsung pada 25 hingga 28 Mac 2021, korang boleh mengunjungi Stage Area, Level 5, Departure Hall, KLIA bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam pada 25 dan 28 Mac, manakala 10 pagi hingga 6 malam pada 26 dan 27 Mac.
Apa tunggu lagi guys, jom kita serbu KLIA. Nak membeli-belah tak salah tapi pastikan jaga SOP okay?
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...