Redah Ombak Ambil Result PT3, Pelajar Terengganu Anggap Sudah Biasa

Share

Jika pelajar PT3 di negeri lain hadir di sekolah masing-masing dengan menaiki kereta dan motorsikal untuk mengambil keputusan peperiksaan pada hari ini, lain pula ceritanya dengan seorang pelajar dari Besut, Terengganu.

 

Disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu, dia gigihkan juga diri untuk meredah ombak Laut China Selatan untuk mengambil keputusan.

Lela Sofia Ameran merupakan salah seorang daripada pelajar di Terengganu yang perlu berhadapan dengan musim tengkujuh.


“Tak ada masalah pun untuk naik bot di jeti Kampung Pulau Perhentian bagi mengambil keputusan PT3. Dah biasa sebagai ‘orang laut’. Masa musim sekolah pun saya selalu balik kampung naik bot setiap dua minggu sekali,” kata pelajar SMK Nasiruddin Shah, Besut itu.

Hanya seramai 8 orang pelajar sekolah itu yang berasal dari Kampung Pulau Perhentian. Lela yang menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang anggota polis ini berpuas hati dengan keputusan yang diperolehinya.

Sementara itu, bagi pelajar di Pulau Perhentian yang tidak sempat untuk hadir ke sekolah pada hari ini untuk mengambil keputusan PT3, mereka boleh menghubungi guru masing-masing bagi mengetahui keputusan.

Jabatan Pendidikan Daerah Besut memahami kesukaran pelajar untuk keluar dari pulau kerana keadaan laut yang bergelora.

Sumber : BERNAMA

Published by
webadmin