redONE Taja Kali Kedua Berturut-Turut, Ini Sebab ‘Data’ Phone Peserta Lebih Cepat Selepas Ini

Share

Kalau tak kenal maka tak cinta.

Mungkin itulah yang boleh dikatakan mengenai kolaborasi antara pencarian Dewi Remaja dan penaja Rakan Telekomunikasi rasminya, redONE.

Untuk musim kedua berturut-turut, redONE sudi menaja pihak penganjur demi merealisasikan impian salah seorang daripada 12 orang finalis untuk bergelar Dewi Remaja 2019.

Tentunya apabila bercakap mengenai finalis ideal di mata penaja redONE, pengasas bersama redONE iaitu Encik Ben Teh ingin mencari individu yang berwawasan tinggi.

Bukan sahaja cantik dari segi luaran dan pandai membawa diri di khalayak ramai, seorang Dewi Remaja perlu pantas membiasakan diri dengan perubahan teknologi yang berlaku sekarang.

Maklumlah, zaman kini sudah berubah kepada konsep digital first. Jadi, para finalis perlu mempunyai strategi untuk memajukan diri menggunakan teknologi yang ada, termasuklah dengan memiliki rangkaian internet pantas dan berbaloi seperti redONE.

Sebahagian daripada Top 12 finalis yang memperolehi beg cenderahati dari redONE selaku penaja.

Apa yang diinginkan oleh pengguna telefon mudah alih hari ini adalah rangkaian internet meluas, data yang mencukupi untuk kegunaan seharian, lebih laju dan pastinya harga yang murah.

Malah perkataan TANPA HAD juga dilihat sebagai satu daya tarikan untuk pengguna membuat pilihan.

“Segala keperluan yang remaja inginkan ada pada pelan yang ditawarkan oleh redONE. Sehingga kini, kami mempunyai dua juta orang pengguna aktif yang menggunakan pelan data kami.

“redONE memperkenalkan pelan data semurah RM8 di mana pengguna dapat menikmati 1GB internet dengan kelajuan 4G LTE selain panggilan PERCUMA tanpa had di antara pengguna redONE postpaid,” jelas beliau ketika ditemui di sidang media TOP 12 Dewi Remaja 2019, semalam.

redONE juga diperkenalkan sebagai Rakan Telekomunikasi rasmi di majlis tersebut.

redONE menjadi rakan telekomunikasi rasmi pencarian Dewi Remaja 2019 buat kali kedua. Mr Ben Teh, pengasas bersama redONE akui bangga dapat bersama-sama penaja dalam merealisasikan bakat dan impian mereka
redONE postpaid menawarkan pelan semurah RM8, rangkaian internet yang laju dan menerima pengguna yang telah disenarai hitam.

Bersama buat kali kedua dengan pencarian Dewi Remaja 2019, Encik Ben melihat golongan remaja sebagai kumpulan pengguna telefon pintar terbesar di dunia.

“Kita melihat bakat yang ada pada remaja sekarang sebagai sesuatu yang amat membanggakan. Mereka ada impian yang besar. Tidak kisah berasal dari kampung atau bandar, masing-masing amat berbakat.

“Jadi kita mahu jadikan impian setiap anak muda ini satu kenyataan dan kolaborasi kita sebagai rakan penaja Dewi Remaja ini mampu menjadi inspirasi khususnya bagi remaja yang berminat dalam dunia keusahawanan.

“Untuk pengetahuan, redONE sudah membina 12 kios utama dan bakal menyiapkan 28 baki kiosk untuk program ONE CAMPUS kami di peringkat universiti.

“Melalui ONE CAMPUS, kami akan membimbing remaja yang berminat dalam dunia keusahawanan. redONE bukan setakat mengajar untung rugi berniaga tetapi ilmu-ilmu keusahawanan penting yang membina sifat minat berniaga.

“Pada masa yang sama, kami mahu para pelajar memberi tumpuan kepada pendidikan mereka dengan data yang data berkelajuan tinggi 4G LTE yang boleh digunakan untuk membantu proses pembelajaran mereka. Harga yang kami tawarkan juga amat berpatutan dengan bajet seorang pelajar,” kata beliau. Program ini bakal dilancarkan pada bulan Disember akan datang.

12 finalis yang terpilih akan bersaing di program Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Terima kasih redONE untuk beg cenderahati yang diberi!

Benarkah kuota TANPA HAD berbaloi dibeli?

Banyak syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan panggilan tanpa had, kuota internet TANPA HAD dan lain-lain tarikan kepada pengguna.

Menyentuh mengenai fenomena ini, Encik Ben yang berpengalaman selama 20 tahun dalam dunia telekomunikasi berkata, redONE menawarkan tiga pelan data dengan harga berbaloi.

“Kami mempunyai pelan data semurah RM8 yang dinamakan Amazing8 dengan kelajuan 4G LTE yang mempunyai rangkaian terluas.

“Selain itu, ada juga pelan Amazing38 di mana pengguna mendapat 8GB dan 4G LTE serta panggilan percuma ke semua nombor. Manakala untuk Amazing68, pengguna mendapat lebih banyak data iaitu 20GB data 4G LTE serta panggilan percuma ke semua rangkaian lain.

“Namun pengguna harus membuat pilihan dengan tepat dan tidak bersandarkan DATA TANPA HAD semata-mata. Semua orang mahukan storan data yang besar. Tapi jika rangkaian internetnya sangat perlahan dan kerap terputus, tak ada gunanya juga.

“Setakat ini apa yang redONE tawarkan buat pengguna adalah yang paling berbaloi terutamanya untuk remaja,” kata beliau lagi.

Untuk pengetahuan kamu, ejen redONE di seluruh negara telah mencecah angka 17,000 dan bakal berkembang pada masa akan datang.

*

THE GIRLS ARE BACK!

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros