Penantian selama 9 tahun oleh peminat filem Toy Story bukan saja berbaloi dengan kehadiran Toy Story 4, tetapi khabarnya jenama Reebok telah bekerjasama dengan Disney Pixar dan BAIT untuk melancarkan model terbaru Instapump Fury dengan rekaan sneakers
inpirasi daripada warna permainan Toy Story.Tidak dinafikan sneakers ini bakal menjadi rebutan bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa pun confirm teringin nak memilikinya.
Dua karakter utama Sheriff Woody dan Buzz Lightyear diambil sebagai inspirasi kepada rekaan sneakers special edition
ini. Dan yang menariknya, kasut ini tidak dipadankan dengan rekaan yang sama. Rare kan?Tapi style wey!
Walau bagaimanapun, katanya Reebok hanya menghasilkan beberapa pasang untuk calon bertuah meraikan Toy Story 4 ini sahaja. Pendek kata, korang hampir tidak mungkin mendapatkannya melainkan jika korang kaya, terkenal atau terkenal dan kaya raya. Hiks!