Rehatlah! Allah Lebih Sayangkan Dirimu, 2 Remaja Bijak Meninggal Akibat Kanser

Share

Jika pelajar lain menikmati alam persekolahan dengan seribu cerita, berlainan dengan ujian diberi Allah buat dua hambanya, Iskandar Izani dan Ainun Masturah keduanya berusia 16 tahun. Dalam tempoh dua hari, kedua remaja ini dijemput Illahi akibat kanser.

Iskandar pelajar cemerlang yang mendapat 7 A dalam PT3 tahun lalu merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Alor Akar dan tinggal di Asrama Semai Bakti Kuantan di bawah Felda disahkan meninggal pagi tadi akibat kanser otak yang didiagnos April lalu.

Manakala Ainun Masturah dari Balok Fajar, Kuantan pula didiagnos kanser tulang sejak 2016 menemui Illahi  Jumaat lalu pada 12 Julai lalu, jam enam petang dan jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada pagi Sabtu  di kampung halamannya sekaligus meninggalkan segera derita yang dialami selama ini.

Arwah Iskandar, pelajar bijak yang mendapat 7 A dalam PT3 tahun lalu dan disahkan mengidap kanser otak  meninggal dunia pagi tadi selepas tiga bulan bertarung nyawa sejak didiagnos mengidap kanser otak.
Ainun Masturah meninggal Jumaat lalu selepas disahkan mengidap kanser tulang pada usia cukup muda, 16 tahun.

Dalam catatan perkongsian dari Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser, Wan Shahriza turut berkongsi momen sedih ini di atas pemergian pelajar bijak ini. Malah katanya lagi segala sumbangan orang ramai bagi membantu membeli mesin untuk arwah Ainun sudah dikembalikan oleh keluarganya untuk kegunaan mereka yang derita kanser.

Namun catatan rakan-rakan arwah Iskandar yang sudah pun menyiapkan hadiah untuk arwah agar cepat sembuh dan kembali sihat nyata tidak kesampaian apabila arwah Iskandar terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya sekaligus mengundang kesedihan yang bukan sedikit buat rakan-rakannya.

Rakan-rakan Iskandar sudah menyediakan kad ucapan Get Well soon Iskandar namun catatan ini tidak sempat dibaca arwah yang sudah meninggal pagi tadi.
Penyakitnya arwah Iskandar dapat dikesan April lalu dan ternyata Allah sangat sayangkannya

Ternyata, kanser yang amat ditakuti ini sudah meragut sekian banyak nyawa dan semoga roh mereka yang sudah menemui sang pencipta diletakkan bersama di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Bacalah juga catatan peribadi Wan Shahriza di fb PERSONA untuk tatapan kita bersama.

Inalillahiwainailahirojiun.
DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Ainun Masturah, telah selamat pulang ke rahmatullah sekitar jam 6 petang tadi, tidak sampai dua jam setelah dibawa pulang dari hospital.

Malam semalam, dia sempat berbisik pada ibunya,

“Ainun minta maaf, ibu. Cakap dgn abah, Ainun minta maaf.. Ainun dah tak larat..”

Saya sendiri tadi, selepas diberitahu oleh ibu Ainun, Normala, yang mereka akan membawa Ainun pulang dari hospital, sempat terlelap di atas sofa depan kaca TV.

Semoga syurga tempatmu. A Fatihah untuk arwah adik Ainun
Rehatlah dik, Allah sangat sayangkanmu. Kesukaran bernafas antara masalah dialami oleh pesakit kanser

Dan bermimpikan Ainun.. Dalam.mimpi beberapa.minit itu, dia tidak memakaipun tiub oksigen seperti di hospital. Dia sedang duduk dan sedang mencari2 sesuatu di antara barang2 dari hospital yang berselerak di hadapannya.

“Eh, Ainun tak payah pakai tiub oksigen pun.”. Komen saya. Teringat yg Ainun sebelum ni akan tercungap2 tanpa bantuan oksigen.

“Aah tak payah. Cuma mesin oksigen kena standby jugak..”. Kata ibunya.

Sesungguhnya memang berhari2 kami cuba mencarikan mesin oksigen yg sesuai untuk Ainun kerana hospital tidak mengizinkan discaj tanpa mesin oksigen yg berfungsi baik. Hanya pagi tadi, ibunya memberitahu saya, yg Ainun sudah boleh menggunakan mesin oksigen yg kami beli tanpa menyebabkan bacaan oksigen menurun, seperti sebelum ini.

Itulah wajah Ainun yang terakhir yang saya lihat. Dalam.mimpi yg masih baharu. Seolah olah dia datang memohon permisi.

Sewaktu menziarahinya tadi, saya tidak membuka kain yg menutupi wajahnya. Takut saya tewas mengawal perasaan.

Al Fatihah Ainun Masturah. Semoga tenang dan damai selalu dalam istirahat yg abadi.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros